tag:blogger.com,1999:blog-11412072052870672692024-03-14T03:17:17.700-04:00Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Yahudi dan IsraelMaklumat dari akhbar, buku, bahan bacaan, internet dan pelbagai sumber berita mengenai Yahudi-Zionis-IsraelMohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.comBlogger48125tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-35559462242031658942014-07-25T18:53:00.000-04:002014-07-25T18:53:38.557-04:00Sepintas lalu tentang Yahudi, Israel & Zionis (Zionazi)
Sumber - Blog Persatuan Mahasiswa FST UKM
1. Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang
bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam
(semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen
dan Assyrian.
2. Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para
nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail
yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari
perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi
Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.
3. Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub
mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi
Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka
mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua
Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi.
KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang
boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.
4. Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel
beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi
berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk
dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani
Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.
5. Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu
bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan
Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan
pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan
Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat
agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada
Goyyim(manusia selain Yahudi).
6. Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu.
Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani
Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan
datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari
keturunan jurai ibu tapi bapa.
7. Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga
penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini
kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan
bertentangan dengan melakukan kezaliman.
8. Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative.
Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk
gerakan ini dan sangat agresif terhadap Palestin.
9. Berikut merupakan nama Yahudi di seluruh dunia:
• Berg” ( Goldberg)
• Man” (Goldman,Ligthman)
• Stein” (Einstein)
• Ler” (Adler)
• Ner” (Asner)
• Ilin” (Gitlin)
• Witz” (Horowitz)
• Baum” (Teitelbaum)
• Off” (Chartoff)
• Nik” (Resnik)
• Thal” (Rosenthal)
• Ling” (Spelling)
• Sky” (Linsky)
• Farb”(Himmelfarb)
• Feld”(Seinfeld)
Sebagai contoh Arnold Swarzenegger,seorang pelakon Hollywood terkenal
merangkap Gabenor California sebenarnya adalah Yahudi kelahiran
Austria. Bapanya pula ialah Parti Nazi Austria yang pernah menjawat
jawatan penting dalam pasukan keselamtan Austria.
10. Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang
dijanjikan’ antara Sungai Nil,Mesir hingga ke Sungai Eupharates,
Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.
11. Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess
yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada
tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong
penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di
Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki
Uthmaniyah.
12. Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara 1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.
13. Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang
Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat
Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat).
Sejak itu,perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60
tahun.
14. Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :
• Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.
• Perang 1967- ½ juta keluar.
• Perang 1973- Arab kalah
• 1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun
15. Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah
menyerang Palestin terkini iaitu antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009.
Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah
aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi
pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan.
Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya
kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula
menutup aurat melepasi paras lutut.
16. Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis
Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan
golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.
17. Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad
ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan
gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang
dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang
Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh
pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya.
18. Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di
Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang
mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia.
Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah
untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai
maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.
19. Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar
Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih
daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) pada tahun 1945.
20. Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan
Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear
dan lain-lain.
21. Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan
pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’
dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai
seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak
lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut
bertambah
22. Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuclear dan
tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti
nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification
Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina
senjata nuclear.
23. Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin
berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad
mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.
24. Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan
beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin
di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah
mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.
Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-46762408641281915372014-07-21T00:26:00.003-04:002014-07-21T00:28:10.429-04:00Dr. Norman Finkelstein - Yahudi yang dimusuhi Zionis-Israel
Sumber - Blog TKO
Dia berketurunan Yahudi
tetapi sangat memusuhi dan sebaliknya amat dimusuhi Israel dan Zionis
Antarabangsa. Secara berani dan terbuka beliau menyatakan solidariti,
sokongan dan pembelaan terhadap penduduk Gaza, Hamas, Hizbollah dan
lain-lain musuh Israel di Timur Tengah. Kemenangan Hizbollah menewaskan
Israel dalam peperangan pada tahun 2006 di anggapnya sebagai pembelaan
dan penebusan maruah Lubnan (dan Arab). Tonton wawancaranya di TV
Lebanon Di Sini
Bilangan
cendikiawan Yahudi yang tampil kehadapan bersuara secara terbuka
tentangan mereka terhadap Israel dan Zionis semakin hari semakin
bertambah tetapi pada masa ini Norman Finkelstein jelas tersohor orang
yang paling lantang dan keras dan aktif diperingkat antarabangsa.
Baginya
Zionisma adalah polisi rasis yang mengamalkan apartheid berdasarkan
diskriminasi dan kebencian kaum yang lebih zalim berbanding apartheid di
Afrika Selatan. Israel baginya merupakan satu satunya negara dunia yang
menghalalkan pembersihan kaum, perampasan tanah dan pembunuhan wewenang
terhadap goyim iaitu orang lain selain yahudi / Israel / zionis. Israel
juga merupakan negara yang mempunyai rekod jenayah kemanusiaan paling
banyak di dunia. Menurutnya kepungan haram Israel terhadap Gaza dan
menjadikan Gaza penjara terbuka terbesar di dunia adalah sama kejamnya
dengan apa yang dilakukan terhadap yahudi di ghetto Warsaw semasa
Peperangan Dunia Kedua (PDK2).
Sejauh ini beliau telah menulis
enam buah buku setiap satu didedikasi kearah ‘menelanjangkan’ siapa
Israel dan Zionis yang sebenarnya. Kezaliman Israel dan Zionis
didedahkan dengan begitu jelas dan terperinci lengkap dengan bukti kukuh
mencerminkan ketelitian, kajian dan kesarjanaan seorang professor dalam
bidang politik antarabangsa. Buku buku beliau telah diterjemahkan
kedalam 60 bahasa lain diseluruh dunia. Tiga buku beliau yang terkini
dan paling mendapat perhatian dunia adalah The Holocaust Industry:
reflections on the exploitation of Jewish Suffering (Verso, 2000),
Beyond Chutzpah: On the misuse of anti-Semitism and the abuse of history
(University of California Press, 2005) dan ‘This Time We Went Too Far’:
Truth & Consequences of the Gaza Invasion.
Melalui buku
buku tersebut serta ceramah, wawancara, perdebatan, symposium dan
lain-lain di seluruh dunia, beliau berjaya dengan cemerlang membuktikan
mesej utama beliau bahawa zionis antarabangsa dan Israel merupakan
teroris dunia yang sebenarnya. Beliau melabel Israel sebagai negara
ganas (maddog state) & negara gila (Lunatic State)’ – tonton
ceramahnya Disini.
Dia juga bertegas bahawa Israel hendaklah diseret ke muka pengadilan
Mahkamah Antarabangsa atas kesalahan keganasan melampau dan jenayah
perang – lihat wawancara di Crosstalk vs Raanan Gissin (wakil Israel
& zionis tegar) Di sini dan wawancara di Russia Today Studio (RT) Di Sini.
Dia
juga mendedahkan bagaimana zionis antarabangsa mengekploitasi
kesengsaraan mangsa Holokos Nazi yang amat zalim itu menjadi industri
multi billion USD di mana zionis memperalatkannya untuk memeras ugut dan
mendapatkan ‘wang tebusan’ (wang pampasan) dari pelbagai negara dan
bank serta kutipan derma dari orang ramai atau organisasi termasuklah
kutipn derma untuk israel yang dilakukan gereja kristian diseluruh
dunia. Lihat Di Sini dan Di Sini.
Bukan
sekadar bertemu buku dengan ruas. Boleh dikatakan seluruh jentera
propaganda Israel dan Zionis tertewas kepadanya – bukan sekadar TKO
tetapi KO berpanjangan; bukan sekadar di sebahagian pusingan malah di
setiap pusingan dan biasanya mereka tewas dalam pusingan awal. Dalam
setiap ‘perdebatan’ samada secara wawancara ‘live’ dalam media
elektronik atau lebih lazimnya melalui media cetak (buku, jurnal, surat
khabar dll), hujah setiap jurubicara, apologis, pengampu dan penjilat
Zionis Israel mampu diperbudakannya. Tokoh tersohor ini biasa berhadapan
dalam ‘debat’ live dengan lebih dari seorang professor apologis zionis
yang dikerah untuk mengeroyok beliau.
Apa yang mengkakumkan pada
kebanyakan masa beliau tidak perlu membawa sebarang nota atau buku
rujukan dalam berdebat sebaliknya mampu menyebutkan rujukannya – nama
buku, nama penulis, muka surat, tarikh dan ulangbaca verbatim ayat demi
ayat perkataan demi perkataan. Sebaliknya beliau berulang kali
memperbetulkan rujukan yang terlupa atau tersalah sebut oleh pendebat
lawan. Berhadapan dengan kekuatan ingatan, kekentalan fakta serta bukti
sejelas kristal yang dibawanya membuat pendebat pro Israel zionis
‘macet’ akal dan kelihatan seperti budak sekolah.
Frankelstein
mempunyai pengalaman mengajar di university terkemuka seperti Brooklyn
College, Rutgers University, Hunter College, New York Universiti dan
yang terakhir di DePaul University yang merupakan university Roman
Catholic tersohor dan terbesar di Amerika Syarikat. Pada tahun 2007
beliau telah ‘meletak jawatan’ atas tekanan dan asakan hebat ke atas
pihak pengurusan universiti oleh lobi Isarel dan golongan ahli akademik
pro zionis di ketuai oleh Alan Dershowitz profesor undang-undang di
University Harvard.
Beliau merupakan seorang yang pakar dalam isu
Konflik di Timur Tengah, Politik Holokos dan sejarah Zionisma yang
merupakan kajian thesis beliau semasa di peringkat PhD. Semasa di DePaul
University beliau merupakan seorang ‘world-class intellectual’ yang
kesungguhan terhadap tugasnya sukar disaingi. Di kalangan tenaga
pengajar di sana beliau memperolehi taraf ‘celebrated professor’
pengajar tersohor yang di perakui kesarjanaan diperingkat dunia serta
yang teliti dan amat bertanggung jawab di dalam setiap buku tulisannya.
Keunikan
Finkelstein adalah dimana beliau merupakan anak kepada bekas penghuni
Warsaw Ghetto dan kem tahanan Nazi (Nazi Concentration Camp) semasa
perang Dunia Kedua. Ayah beliau Zacharias Finkelstein dan ibu Maryla
Husyt Finkelstein di tempatkan di Warsaw Ghetto dari September 1939
hingga Mei 1943. Selepas itu Zakarias Finkelstein dipasung di kem
konsentrasi Nazi di Auschwitz dan Maryla Finkelstein ditahan di kem
konsentrasi Maidanek. Mereka telah diselamatkan dan dari kem kem
tersebut apabila tentera Rusia menawan kem kem tersebut di penghujung
PDK2. Menurut Finkelstein keseluruhan keluarga di sebelah bapa dan ibu
beliau lenyap dibunuh Nazi. Justru dia dapat merasakan bahawa dia
mempunyai ‘sedikit’ kelebihan dan otoriti untuk ‘bercakap’ mengenai
Yahudi, Israel, Holokos, konflik Israel-Palestin mahupun zionisma
berbanding kebanyakan ahli politik jahat dan oportunis Israel atau
apologis mereka di Amerika. Norman Finkelstein - Biodata Lengkap Lihat Di Sini .
Lihat juga sebahagian tulisan beliau atau berkitan dengan beliau di Counterpunch Di Sini, Di sini, Di Sini, Di Sini, Di Sini "
Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-68598554518518602412012-11-22T22:19:00.002-05:002012-11-22T22:19:23.621-05:00Gaza Bermandi Darah Lagi!
Oleh Johan Jaafar
Sumber : Berita Harian 23 Nov 2012
Pada tahun 2006, tentera Israel menyerang Lubnan. Di tengah kemarahan
dunia terhadap Israel, bekas pegawai tinggi tenteranya, Ave Azrieli
menulis di dalam akhbar International Herald Tribune tentang perlunya
negara itu berubah sikap. Azrieli menggesa Israel menjadi sebahagian
daripada ‘negara Asia Barat’, bukan sebuah pulau di tengah wilayah yang
membenci dan mengasingkannya.
Menurut beliau, demi kelangsungan, Israel ‘harus menerima hakikat
bahawa manusia di sekelilingnya bukan sahaja perlu dilihat sebagai
musuh tetapi juga mereka yang harus hidup bersama-sama di dalam wilayah
yang paling bermasalah di dunia.” Malah beliau mencadangkan agar Israel
menghantar mesej yang jelas kepada dunia Arab, ‘bahawa kami menghormati
kamu.’
Pandangan sedemikian tidak pernah dan tidak mungkin dipedulikan oleh
pimpinan Israel. Banyak lagi sebenarnya ilmuwan dan pemikir berbangsa
Yahudi yang tidak menyenangi dasar Israel dan fahaman Zionisme. Noam
Chomsky, cendekiawan berbangsa Yahudi, yang juga ahli falsafah, tokoh
sejarah dan ahli linguistik tersohor banyak menyuarakan kecaman beliau
terhadap dasar Israel.
Israel hantar mesej pada Obama
Gaza in Crisis: Reflections on Israel’s War Against the
Palestinians yang merupakan koleksi wawancara dan esei beliau yang
terbit pada tahun 2010 amat relevan ditelaah pada masa ini. Dua buah bab
di dalamnya, ‘The Ghettoization of Palestine’ dan ‘The Killing Fields
of Gaza 2004-2009’ sangat penting dibaca hari ini.
Serangan ke atas Lubnan pada tahun 2006 tidak menguntungkan
Israel. Pada tahun itu, dalam satu tinjauan ke atas rakyat negara-negara
Kesatuan Eropah (EU) mendapati 59 peratus responden mengatakan dalam
konteks mengacau keamanan dunia, Israel lebih berbahaya daripada Iran,
Korea Selatan dan Pakistan.
Seperti biasa, Israel tidak akan menghormati sesiapa. Malah tidak
memandang sebelah matapun pada bantahan dan kecaman 1.3 bilion umat
Islam. Serangan ke atas Gaza yang bermula dua minggu lalu menunjukkan
satu lagi contoh bagaimana Israel akan berbuat apa sahaja yang
disukainya. Seperti biasa juga, alasan yang diberikan adalah demi
‘mempertahankan diri’. Tiada siapa yang menanyakan hak rakyat Palestin
untuk hidup. Apakah dengan menyerang pejabat Perdana Menteri Palestin,
Ismael Haniyeh dan membunuh dan Ahmad Jabari sebahagian daripada usaha
mempertahankan diri?
Israel sebenarnya mahu menghantar mesej pada Presiden Barack
Obama bahawa “kami tidak perlu mengikut cakap kamu.” Atau amaran pada
Obama bahawa Israel tidak menghormati sesiapa dalam konteks menangani
jiran-jirannya. Obama yang dilantik semula sebagai Presiden AS antara
lain kerana sokongan lobi Yahudi yang kuat, tidak akan mengecam tindakan
Israel. Pada waktu yang sama AS meminta Mesir menggunakan ‘pengaruhnya’
di rantau itu untuk menenangkan keadaan. Apakah pula ‘nasihat’ AS
terhadap sekutunya, Israel?
Kebangkitan ‘Arab Spring’
Kali ini tindakan Israel membawa implikasi yang jauh lebih
berbahaya. ‘Arab Spring’ telah memberikan nafas demokrasi baru di
negara-negara Arab. Kemarahan anak-anak muda kali ini tidak mampu
dibendung oleh kerajaan baru yang lebih demokratik dan terbuka. Kita
semua tahu Palestin adalah punca utama kemarahan orang Islam terhadap
Israel dan AS. Sikap radikal di kalangan anak-anak muda Islam dicetuskan
sebahagian besarnya oleh isu Palestin.
Tidak ada seorangpun Presiden AS yang sehingga ini dapat
menyelesaikan masalah Palestin. Harapan umat Islam pada Obama nampaknya
terlalu tinggi. Kita semua tahu siapapun di Rumah Putih tidak akan
mengubah dasar AS terhadap Israel. Nampaknya untuk empat tahun lagi,
rakyat Palestin akan terus menderita. Sebahagian besar daripada mereka
menjadi pelarian di negara orang – tanpa negara, tidak dikehendaki dan
hanya menjadi statistik dalam bentuk jumlah pelarian. Selepas Obama?
Keadaan mungkin lebih buruk. Jikalau Obama tidak dapat mengekang
keganasan Israel, tiada siapa lagi yang boleh berbuat demikian.
Tidak lama dahulu seorang penulis sejarah berbangsa Yahudi
menulis buku Hitler’s Willing Executioners: Ordinary Germans and the
Holocaust. Menurut beliau, bukan Hitler dan anggota Parti Nazi sahaja
yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kaum Yahudi sewaktu Perang
Dunia Kedua. Rakyat Jerman seluruhnya ‘turut bertanggungjawab’.
Apakah agaknya teori beliau terhadap kekejaman kerajaan Israel
hari ini terhadap rakyat Palestin? Tidakkah seluruh rakyat Israel
sepatutnya ‘bertanggungjawab’? Bukankah mereka juga pada masa ini
‘willing executioners’ seperti juga tuduhan yang beliau lemparkan ke
atas seluruh rakyat Jerman sewaktu pemerintahan Hitler?
Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-28122550278726131752012-09-04T21:22:00.002-04:002012-09-04T21:22:46.410-04:00Zionis Sebenar
Gambar Ihsan http://oyaonsketch.blogspot.ca/2012/06/membedakan-zionisme-dari-yahudi.html
Artikel dimuatkan kembali di sini dari laman web Cloudfable atas persetujuan penulis dan pengendali web. Artikel asal boleh didapati di
http://cloudfable.com/2012/08/zionis-sebenar/
RAMAI dalam kalangan masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan
bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun
masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya
merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah
negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan
istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana
bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman
Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna Land of Israel.
Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan
Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan
negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan
Zionisme mula menampakkan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama
Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, tetapi hakikatnya terdapat
beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan
kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utamanya ialah:
1. Faktor ekonomi
Kerajaan Uthmaniyyah
menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah.
Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa
syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya
kepada pihak Eropah. Kebanyakan negara islam merupakan jajahan takluk
kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.
2. Arab Revolt 1916
Kebangkitan semangat
nasionalis dalam kalangan masyarakat Arab telah mewujudkan satu usaha
untuk memisahkan negara Arab daripada kawalan kerajaan Islam
Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak
penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup
baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dalam kalangan
masyarakat arab. Arab Saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik
untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde‘ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan McMahon selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.
3. Perjanjian Sykes-Picot 1916
Perjanjian rahsia
ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei
1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang.
Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek
wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan,
Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia
menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani.
Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya
jatuh ke tangan British. Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan
British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish People‘ ke dalam
negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dalam
kalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya
akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman
terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan
bagi memberikan pihak British mandat:
“His Majesty’s Government view with favour the establishment in
Palestine of a national home for the jewish people, and will use their
best endeavour to facilitate the achievement of this object, it being
clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the
civil and religious right of existing non-Jewish communities in
Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any
other country.”
Sejarah Awal Gerakan Zionis
Nama tokoh Yahudi selaku Pioneers gerakan Zionis seperti
Theodore Herzl (1860-1904) pastinya dikenali ramai, namun hakikatnya ia
telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu oleh tokoh seperti Shabbetai
Zvi (1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875), dan
Leo Pinsker (1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore
Herzl pada tahun 1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di
Basle pada 27-29 Ogos 1897. Gerakan ini telah menjadi satu usaha di
peringkat global untuk mewujudkan sebuah negara Israel di Palestin dan
seterusnya mendapatkan sokongan kepada kewujudannya. Herzl mewujudkan
hubungan diplomatik yang kuat bagi mendapatkan sokongan kuasa besar
ketika itu dan memujuk British untuk terlibat sama dalam Jewish Project.
Sebenarnya, negara Palestin merupakan bukan pilihan utama sebagai
tempat penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih sebuah negara di
Afrika iaitu Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu Second Zionist Conference.
Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke Palestin, dia tidak merasa
berminat dengan Palestin kerana negara Palestin ketika itu kotor dan
telah berlaku pencemaran. Akhirnya, untuk mengekalkan strategi agar
terus berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan
penubuhan negara Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah
menawarkan bantuan kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan
Uthmaniyyah) sebagai pertukaran kepada kewujudan negara Israel di
Palestin, namun Sultan Abdul Hamid mengambil keputusan untuk menolak
cadangan itu. British mengambil alih Zionist Project apabila World Zionist Organization tajaan Herzl gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya mendapatkan negara Palestin pada september 1918.
Semasa kekuasaan British di Palestin (1918-1948), pintu negara
Palestin telah dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan
pelarian Yahudi dari seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat
secara mendadak dari 55 000 orang (1918) kepada 646 00 orang (1948).
Selepas perang Dunia ke-2 dan penubuhan negara Israel di Palestin, pihak
Zionis mengalami kesukaran untuk memujuk lebih ramai bangsa Yahudi
masuk ke dalam Palestin. Jika hal ini berterusan, negara Israel akan
mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila rakyat asal
Palestin berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa Holocaust yang
berlaku di Eropah seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa
Yahudi di Eropah kembali memikirkan semula perpindahan mereka ke
Palestin.
Kristian Zionis
Mungkin istilah ini sesuatu yang baru dan asing, hakikatnya ia
merupakan tulang belakang yang banyak membantu penubuhan dan seterusnya
mengekalkan negara Israel di bumi Palestin. Kristian Zionism ini boleh
diertikan sebagai penganut Kristian yang menyokong kepulangan bangsa
Yahudi ke wilayah Palestin mengikut ramalan Bible. Ia merupakan satu kepercayaan dalam kalangan sebahagian penganut agama Kristian yang mana mempercayai kedatangan Messiah ke bumi dan pemerintahannya sebagai Raja. Kristian Zionis menafsirkan Torah dan New Testament sebagai ramalan masa hadapan bagaimana dunia ini berakhir dengan kedatangan Jesus
dari syurga yang akan memerintah dunia. Kewujudan negara Israel
dianggap sebagai titik pusat terhadap visi mereka itu. Merujuk kepada
risalah yang dikeluarkan oleh Prebyterian Church (AS), golongan Kristian Zionis ini mengaitkan tafsiran literal Genesis 12:3 adalah merujuk kepada Israel iaitu, “I will bless those who bless you, and the one curses you will curse.“
Sokongan golongan ini bukan baru, tetapi bermula seawal tahun 1880
apabila William Hechler membentuk satu komuniti Kristian Zionis untuk
membantu pemindahan bangsa Yahudi Rusia ke Palestin. Beberapa tahun
kemudian, dia berkawan dengan Theodor Herzl selepas membaca buku Herzl
yang bertajuk The Jewish State dan turut membantu meningkatkan sokongan terhadap gerakan Zionism. Pada tahun 1980, Jerry Falwell iaitu pengasas Moral Majority (gerakan pro-Zionism) berkata tentang negara Israel, “I
firmly believe God has blessed America because America has blessed the
Jew. If this nation wants her fields to remain white with grain, her
scientific achievements to remain notable, and her freedom to remain
intact, America must continue to stand with Israel.“
Melalui kerja-kerja kebajikan, sokongan politik dan bantuan kewangan
kepada Israel, Kristian Zionis telah menunjukkan bahawa mereka adalah
seteru terbaik kepada kewujudan negara Israel. Terdapat beberapa contoh
yang membuktikan fakta ini, antaranya ialah; Pastor John Hagee telah
berjaya memungut USD 4.7 Million untuk disalurkan kepada United Jewish Communities, Pat Robertsons daripada Christian Broadcasting Network
telah mendermakan ratusan ribu dolar untuk membantu Yahudi diseluruh
dunia untuk berpindah ke Israel. Dalam konteks semasa, kita dapat
melihat sokongan kerajaan Amerika Syarikat dan barat secara amnya
terhadap negara Israel dengan pemberian bantuan kewangan berbillion
dollar dan sokongan ketenteraan atas alasan keselamatan.
Naturei Karta
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua Yahudi adalah Zionis
dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan kumpulan Neturei Karta (The Guardians of The City)
telah membuktikan kebenaran fakta ini. Menurut kefahaman mereka,
gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel adalah bertujuan untuk
merosakkan agama Yahudi. Mereka juga mendakwa gerakan Zionism tidak
sesekali mewakili bangsa Yahudi secara keseluruhan dan mereka yang
berpegang kepada fahaman Zionis ini dianggap kafir oleh mereka. Gerakan
ini diasaskan di Jerusalem, Palestin pada tahun 1938 hasil dari serpihan
pecahan kumpulan Agusdas Yisroel. Agusda Yisroel pada awalnya wujud
menentang aliran Zionism, tetapi akhirnya mula melemahkan pegangnya
apabila ramai dalam kalangan pengikutnya mulai terpengaruh dengan
gerakan Zionisme. Masalah ini berlarutan apabila Rabbi Cook the Elder
mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi seluruh dunia menyokong
gerakan Zionism berdasarkan tafsiran semula Talmud. Bagi mereka yang
masih berpegang teguh pada kepercayaan asal dan meneruskan penentangan
terhadap Zionis, mereka menyisihkan diri daripada kumpulan Agusdas
Yisroel dan membentuk Neturei Karta.
Antara perbezaan yang ketara di antara Neturei Karta dengan golongan
Zionis adalah sikap mereka terhadap isu negara Israel di Palestin.
Kumpulan Neturei Karta sama sekali menentang pembinaan negara Israel
(Erez Yizrael) kerana beranggapan bahawa ini hak Tuhan mereka untuk
menentukannya, apatah lagi pembinaan negara Erez Yizrael menumpahkan
banyak darah serta mengambil hak orang lain. Mereka berpegang pada apa
yang disebut di dalam Tenach, “not with armed force and not with power, but in My spirit says the Lord of Hosts.” Mereka sebenarnya yakin terhadap kedatangan Messiah
yang telah dijanjikan Tuhan untuk pulang bersama ke Palestin dan hidup
aman dan harmoni dengan penduduk lain dalam keadaan beriman kepada
Tuhan. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, terdapat kisah Messiah dalam versi agama Kristian, Yahudi dan juga Islam, namun apakah kebenaran disebalik cerita Messiah ini dari sudut Islam?
Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kumpulan ini bukan hanya
tidak mengiktiraf gerakan Zionism, mereka banyak mengeluarkan
kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di
bawah kerajaan Islam berbanding di bawah pemerintahan Zionis. Kenyataan
ini dibuat di dalam akhbar-akhbar mereka sejak dari tahun 1944 lagi.
Mereka juga sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengutuk
kerajaan Israel dan sering kali menggantung bendera Israel separa tiang
apabila tiba hari sambutan kebangsaan penubuhan negara Israel yang
dilakukan pada setiap tahun. Kenyataan paling berani yang pernah
dikeluarkan oleh mereka adalah mengenai kesediaan mereka untuk hidup
bersama-sama kaum Muslimin di dalam sebuah negara Islam Palestin. Hal
ini telah mendatangkan tindak balas yang negatif oleh pihak Zionis
apabila penempatan mereka di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan
oleh rejim Zionis. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar
berhijrah meninggalkan wilayah Palestin.
Gerakan Neturei Karta kini telah mempunyai 60 000 keahlian di serata
dunia dan berpusat di Brooklyn, AS. Mereka juga sering berhubung dengan
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan pandangan-pandangan
mereka terhadap isu Palestin dan menggesa PBB agar tidak mengiktiraf
kewujudan negara Israel. Usaha mereka juga meliputi masyarakat
antarabangsa apabila ia menyeru masyarakat dunia agar tidak mengiktiraf
kewujudan negara Israel dan ia perlu digantikan dengan negara Palestin
yang merdeka.
Terdapat juga segelintir golongan Yahudi yang merasa tidak selesa dengan gerakan Zionis terutamanya Christian Zionist. Mereka merasa tidak selesa disebabkan oleh beberapa isu seperti Christian replacement theology, evangelical proselytizing
dan hal-hal berkaitan dengan isu politik domestik. Mereka juga
merasakan bahawa Kristian Zionis adalah lebih konservatif terhadap isu
di Palestin lebih daripada orang Yahudi sendiri. Apabila kerajaan Israel
memberi sebahagian kawasan Israel kepada penduduk Palestin, berlaku
kritikan yang hebat daripada golongan Kristian Zionis. Golongan Kristian
Zionis beranggapan bahawa negara Israel adalah pemberian kepada bangsa
Yahudi oleh Tuhan. Pat Robertson menyatakan bahawa, “It’s an absolute disaster…I don’t think the holy God is going to be happy about someone giving up his land.”
Dia juga mendakwa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon jatuh
sakit adalah sebagai balasan kerana menyerahkan sebahagian Israel kepada
rakyat Palestin.
Kesimpulan
Isu yang melibatkan negara Palestin bukan membabitkan pertempuran di
antara umat islam dengan bangsa Yahudi semata, hakikatnya jika isu ini
dinilai dari kaca mata yang lebih luas, umat Islam sebenarnya berhadapan
dengan hampir keseluruhan kuasa besar dunia yang menganuti akidah
Zionis. Usaha untuk melahirkan kembali tokoh pahlawan Islam sehebat
Sallehudin Al-Ayubi hasil usaha tajdid oleh Imam Al-Ghazali bukan mampu
untuk direalisasikan dalam masa puluhan tahun, bahkan ia mungkin
mengambil masa ratusan tahun. Kewujudan negara haram Israel moden masih
boleh dianggap terlalu baru, sejarah telah membuktikan hal ini. Usaha
menyedarkan umat islam tentang hakikat pertempuran yang sedang berlaku
di antara ideologi Zionisme (terutamanya Kristian Zionis) dengan agama
Islam perlu dicanangkan secara meluas. Suka juga untuk penulis ingatkan,
usahlah kita terlalu mendabik dada dengan sejumlah besar bantuan
kewangan yang disumbangkan saban tahun kepada rakyat Palestin, kerana
belum pasti sumbangan kita itu sampai ke kumpulan sasaran. Di sekeliling
bumi Palestin, ramainya jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis
mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi kantong poket dengan darah
saudaranya!Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-23234915808857836362012-08-11T22:44:00.002-04:002012-08-11T22:46:36.636-04:00Rahsia kehebatan Yahudi
Oleh: Ku Seman Ku Husain
Di salin dari http://utusan.com.my/utusan/Sastera/20120729/sa_02/Rahsia-kehebatan-Yahudi
BARANGKALI sebahagian besar daripada kita melihat
konflik di Asia Barat antara Israel dan Palestin dengan penuh
persoalan; kenapa Israel kuat dan sukar ditewaskan? Israel kini menjadi
satu-satunya negara Yahudi selepas merampas daripada Palestin tahun
1948.
Israel yang saiznya jauh lebih kecil berbanding negara-negara dunia
Arab. Tetapi sejak 1948 hingga kini Israel terus kuat, apa lagi dengan
sokongan padu oleh Amerika Syarikat (AS). Maka kita pun berkata, Yahudi
di Israel hebat kerana diberi perlindungan oleh AS.
Melihat Yahudi di Israel dalam penguasaan politik di Asia Barat
sebenarnya berbeza dengan melihat kejayaan dan penguasaan Yahudi di
peringkat global. Yahudi pada relatifnya tidak ramai. Tetapi Yahudi
muncul sebagai bangsa yang berkuasa daripada sudut ekonomi dan
teknologi.
Buku Mengapa Yahudi Berprestasi ini membawa kita menyusuri
banyak hujah yang menyuraikan persoalan tersebut. Suatu yang penting
dimuatkan dalam buku ini ialah sikap orang Yahudi yang berkerja keras
dan sentiasa berazam menguasai ilmu setinggi yang mungkin. Dengan ilmu
Yahudi boleh menguasai dunia.
Satu hakikat yang kita tidak dapat menolaknya ialah Yahudi didokong
oleh warga yang patriotik terhadap bangsanya. Sebelum ini buku The Jews Contribution to the 20th Century susunan
Alan Symons telah menyenaraikan 1,000 tokoh Yahudi di pelbagai bidang.
Dari korporat, sastera, filem dan falsafah, semuanya dikuasai oleh tokoh
berbangsa Yahudi. Bangsa lain tidak begitu beriltizam untuk
memperjuangkan bangsanya.
Pengalaman pahit pada era Nazi pimpinan Hitler adalah cetusan
kebangkitan Yahudi abad ke-20. Jumlah 1,000 tokoh dalam senarai Symons
ini datangnya dari 40 buah negara di dunia. Pada akhir abad ke-20,
Spielberg diangkat sebagai wira apabila menghasilkan filem Schindler's List. Filem ini mengingatkan kekejaman terhadap Yahudi semasa Perang Dunia Kedua di Jerman.
Penulis buku Mengapa Yahudi Berprestasi pula sangat realistik
apabila menyenaraikan sekian banyak tokoh Yahudi dalam pelbagai bidang
yang seterusnya menguasai dunia. Tokoh-tokoh ini bukan melalui jalan
singkat tetapi berkerja keras selain tidak berpecah belah seperti banyak
bangsa lain yang kemudiannya melemahkan bangsa tersebut. Tetapi Yahudi
bersatu dan saling membantu demi bangsanya.
Yahudi tidak seperti bangsa-bangsa lain yang sangat kemaruk dengan
politik kononnya boleh membantu bangsa. Tetapi politik sebenarnya
bergantung kepada kuasa ekonomi yang dipegang oleh Yahudi. Di AS
misalnya, biar siapa pun yang dipilih menjadi Presiden, yang menentukan
haluannya ialah Yahudi. Sebab itu Barack Obama semasa berkempen dan
semasa baru menjadi Presiden memperlihatkan dasarnya mendekati dunia
Islam.
Tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang? Obama tidak boleh mengubah
dasar yang ditentukan Yahudi sesuka hati. Akhirnya Obama juga seperti
Bush yang berhasrat menyerang Iran sebabnya Iran satu-satunya negara di
dunia Islam yang memberi masalah kepada Yahudi di Israel.
Menurut buku ini, pengalaman hidup yang pahit serta kemampuan
mendepani pelbagai tentangan telah membawa kepada satu hipotesis bahawa
Yahudi bertahan kerana mahu terus hidup. Mereka seakan-akan terus hidup
dalam suasana terancam dan ini telah mempengaruhi psikologi sense of competition. Ini menjadikan mereka sentiasa waspada, proaktif dan kuat dalam semua bidang.
Dengan bermodalkan kemampuan untuk terus hidup dalam setiap pentas
sejarah telah dijadikan fakta keunggulan bangsa untuk terus meraih
kejayaan.
Yahudi memang berkiblatkan wang kerana wang adalah kuasa. Tetapi
mereka tidak ada jalan pintas untuk mendapat wang kecuali berkerja keras
dan berfikiran cerdas. Yahudi telah lama mengalihkan sesuatu yang
negatif menjadi positif. Misalnya pada setiap tragedi yang menyakitkan
dilihat sudut positif sebagai pendorong mendepani tentangan.
Bayangkan, majalah Forbes telah
mencatatkan 400 orang terkaya di dunia setakat ini di mana 45 peratus
daripadanya adalah Yahudi padahal populasi Yahudi hanya dua peratus
daripada penduduk Amerika Syarikat. Selain itu 20 peratus profesor yang
mengajar di universiti ulung di AS adalah Yahudi, 40 peratus syarikat
perundangan di bandar raya New York dan Washington dimiliki oleh Yahudi.
Di dunia ini ada bangsa yang besar pun boleh terpecah dua atau tiga
kerana berbeza fahaman politik biarpun satu agama. Akhirnya bangsa lain
yang lebih kecil tetapi bersatu telah menguasai ekonomi. Tetapi
perpecahan begini tidak berlaku kalangan Yahudi kerana mereka sedar
dengan jumlah yang kecil tetapi mempunyai otak (kebijaksanaan) yang
besar, mereka boleh berkuasa.
Untuk mendapatkan otak yang besar Yahudi terpaksa berusaha berlipat
ganda sebagai golongan minoriti khususnya di AS. Sebenarnya untuk duduk
sebagai orang nombor satu mengepalai syarikat gergasi di AS bukanlah
mudah. Tetapi Yahudi boleh melakukannya kerana kesatuan dan sangat yakin
dengan bangsanya.
Maka kita tidak perlulah menjadi panik apabila dikaitkan dengan
Yahudi. Ini kerana jaringan Yahudi berada di sekeliling kita dan kita
pula memanfaatkan mereka, setidak-tidaknya barangan yang ada pertalian
dengan Yahudi. Kenapa kita tidak mencontohi Yahudi sebagai bangsa yang
bersatu, berkerja keras dan sentiasa sanggup mendepani tentangan.
Sebabnya itulah kunci mengapa Yahudi berprestasi tinggi di seluruh
dunia.Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-57955918445267540682012-07-31T07:57:00.004-04:002012-07-31T07:58:11.395-04:00Baitulmaqdis milik Israel ?
Sumber Utusan Malaysia 30 Julai 2012
BAITULMAQDIS 30 Julai - Calon Presiden Amerika
Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Mitt Romney semalam mengiktiraf
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Tindakan beliau itu adalah satu sokongan pemilikan ke atas wilayah
yang diduduki oleh rejim Zionis walaupun ia tidak pernah diiktiraf oleh
masyarakat antarabangsa.
"Ia adalah satu pengalaman bermakna berada di Baitulmaqdis, ibu
negara Israel," ucap Romney ketika berada di sini, sempena lawatannya ke
Israel, semalam, menjelang pilihan raya AS November ini.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada
beliau dan menyifatkannya sebagai kenyataan sokongan yang paling lantang
dan hubungan persahabatan dengan Israel.
"Hari ini penduduk di bandar ini memperingati kemusnahan kota suci
ini beribu-ribu tahun lalu. Apa yang anda lihat kini, ia telah dibina
semula oleh orang Yahudi, kemudiannya dibuka kepada ketiga-tiga agama
besar dan berubah menjadi bandar yang bersemangat serta sibuk.
"Seperti yang anda katakan iaitu Baitulmaqdis adalah ibu negara
Israel, bandar ini akan terus menjadi ibu negara penduduk Yahudi,"
katanya sejurus selepas tamatnya upacara Tisha B'Av.
Status Baitulmaqdis adalah isu utama dalam konflik Israel-Palestin
selepas rejim Zionis menjajah sebahagian besar bahagian timur Arab
ketika perang 1967 dan mendakwa bandar yang terbahagi dua itu sebagai
'ibu negaranya'.
Namun, Palestin mahu Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya serta
menentang usaha Israel memperluaskan kedaulatan mereka di bandar itu dan
masyarakat antarabangsa termasuk AS, turut tidak secara rasmi
mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana konflik yang
masih berterusan.
Semalam, Romney turut mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan
diri dan berjanji akan 'menghormati' tindakan ketenteraan rejim Zionis
itu ke atas kemudahan nuklear Iran.
"Menghalang Iran daripada menjadi negara kuasa nuklear 'perlu menjadi matlamat utama keselamatan kebangsaan," katanya. - AFP/dpa
Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-46617187043737179822012-07-31T07:54:00.000-04:002012-07-31T07:54:15.909-04:00Tiada Peta Palestin dalam Google Maps!
Menyedihkan!Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-25123559888981765772012-07-17T11:43:00.002-04:002012-07-17T11:43:52.251-04:00Apa itu Undang-Undang Anti Semitik
Oleh Dr. Maszlee Malik
Rencana ini dipetik dari laman web Palestinkini.info dengan judul
"Anti Semitik: Jerat yang Terbuka Untuk Semua"
PADA bulan Oktober tahun2004), Presiden AS, Goerge W. Bush Jr.
telah menandatangi satu undang-undang untuk mensabitkan kesalahan
mana-mana pihak yang terlibat dengan tindakan "Anti-Semitik" di seluruh
dunia. Di pihak yang lain pula, Setiusaha Agung PBB juga telah menyokong
tindakan AS itu dengan komentarnya: "Setiap individu Yahudi di serata
dunia sepatutnya merasakan PBB sentiasa bersama mereka".
Perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan dunia. Ianya
meletakkan semua pihak di seluruh dunia di dalam bahaya. Setiap individu
di serata dunia adalah potensi untuk menjadi pesalah jenayah
Anti-Semitik yang bukan hanya dikuat kuasakan oleh AS, malah juga PBB.
Undang-undang ini membawa maksud:
Jika anda mengkritik keganasan dan kezaliman rejim Zionis Israel, maka anda adalah Anti-Semitik, dan anda bersalah!
Jika anda menyokong tindakan para pejuang Palestin menentang tentera Zionis yang mengganas, anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda mengatakan rejim Zionis adalah pengganas dan penjajah bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda mengutuk serangan tentera Zionis ke atas orang awam
Palestin di Gaza, Jenin, Rafah, Nablus dan di mana-mana bumi Palestin,
anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda mengecam tembok pemisah di Tebing Barat, anda juga Anti-Semitik!
Jika anda menulis sesuatu yang mendedahkan kezaliman rejim Zionis, anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda bersimpati terhadap anak-anak, wanita dan juga keseluruhan
rakyat Palestin yang telah kehilangan nyawa, rumah, tanah dan Negara
mereka, anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda menolak cadangan pelan damai anjuran Zionis yang lebih
merupakan lakonan mereka untuk melaga-lagakan di antara rakyat Palestin,
anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda mendedahkan kepalsuan dakwaan-dakwaan Zionis terhadap sejarah lampau mereka, anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda mengutuk tindakan Zionis satu hari nanti merobohkan Masjid al-Aqsa, anda adalah Anti-Semitik!
Begitulah bahayanya jerangkap yang terbuka menanti semua orang dari
seluruh dunia untuk dihukum dan dilabelkan sebagai penjenayah setaraf
dengan Hitler semata-mata kerana mempertahankan keganasan dan kejahatan
sekumpulan manusia beraqidah Zionis di dalam millennium yang baru ini.
Peranchis, walau bagaimanapun telah mendahului AS dalam perkara ini
semenjak tahun 1990 lagi. Mereka telah pun mempunyai undang-undang yang
dikenali sebagai "Undang-undang Fabious Jasbou" yang meletakkan sesiapa
sahaja yang menafikan bahawa Kum Yahudi pernah dibakar oleh Hitler.
Antara manusia yang telah menjadi mangsa undang-undang draconian
tersebut ialah pemikir Islam berbangsa Perancis, iatu Dr. Roger Graudy.
Beliau telah dipenjarakan pada tahun 1998 kerana kajiannya yang
mendedahkan kepalsuan dakwaan bahawa 6 juta kaum Yahudi telah dibakar
oleh Hitler di dalam bukunya "Dongeng Institut Politik Israel". Antara
kandungan di dalam bukunya itu ialah pertikaiannya terhadap jumlah enam
juta itu dengan komentarnya: "Bagaimana mungkin enam juta Yahudi telah
dibunuh oleh Hitler sedangkan jumlah keseluruhan orang Yahudi di Eropah
tidak pun sampai tiga juta orang".
Selepas sahaja buku tersebut berada di pasaran, lobi Yahudi di
Peranchis telah mendakwanya di mahkamah yang kemudiannya mendapati
beliau bersalah. Oleh kerana ?jenayah?nya itu, beliau dijatuhkan hukuman
penjara sembilan bulan, disamping dikenakan denda yang tinggi dan
bukunya diharamkan dari pasaran Peranchis. Kejayaan lobi Yahudi di
Peranchis itu telah menjadi amaran kepada setiap pemikir, penulis,
pengkaji dan juga pakar analisis politik di seluruh Eropah agar mereka
sentiasa berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya menyentuh apa-apa
yang berkaitan dengan pihak Yahudi dan Zionis.
Lobi Yahudi tidak terhenti setakat itu sahaja, hukuman ke atas Garudy
itu telah menyebabkan banyak kajian-kajian dan buku-buku lain digam,
diharamkan dan ditarik dari toko-toko buku dan perpustakaan-perpustakaan
di seluruh Eropah. Semuanya hanya kerana apa yang dinamakan sebagai
?Jenayah Anti-Semitik?. Malah ruang `Anti Semitik tersebut pun tiada
sempadannya. Jika dahulunya ianya ditafsir sebagai segala tindakan
berbau perkauman ke atas bangsa Yahudi yang pernah menjadi mangsa
kekejaman Hitler kerana dasar "Eugenic"nya dan juga jenayah "Holocaust".
Kini ianya menjadi sesuatu yang tidak bersempadan. Apa sahaja kritikan,
kutukan, kenyataan yang tidak selari dengan politik Zionis adalah
Anti-Semitik. Malah apa sahaja usaha untuk menyentuh walaupun sedikit
dari polisi Zionis di Negara haram Israel, walaupun ianya bertentangan
dengan kemanusiaan dan juga undang-undang antarabangsa juga
dikategorikan sebagai Anti-Semitik.
Di Jerman pula, lobi Zionis di bawah bayangan undang-undang
Anti-Semitik juga telah berjaya menyebabkan seorang ahli Parlimennya
telah dilucutkan jawatannya di atas tuduhan Anti-Semitik. Ini
menunjukkan lobi Zionis dengan senjata Anti-Semitiknya bukan hanya
menguasai bidang undang-undang, malah turut mempunyai pengaruh ke atas
bidang politik di Eropah.
Mereka jugalah yang telah melakukan kempen besar-besaran di serata
dunia mengutuk kenyataan mantan Perdana menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Muhammad yang pernah mengatakan bahawa kaum Yahudi menguasai
dunia melalui proksi-proksi mereka. Cuma beliau bernasib baik kerana
tidak membuat kenyataan tersebut di mana-mana Negara yang mempunyai lobi
Zionis yang kuat. Jika tidak sudah tentu tindakan undang-undang akan
dikenakan ke atasnya.
Lobi ini juga telah membawa puaka sentiment Anti-Semitik ini ke
seluruh dunia di dalam bidang media. Di Timur Tengah pula, seorang
pengarang akhbar terkenal berbahasa Arab pernah didakwa di mahkamah
Peranchis di atas dakwaan Anti-Semitik semata-mata kerana beliau
membenarkan sebuah artikel yang mereka kategorikan sebagai Anti-Semitik.
Di Mesir pula, duta AS dan duta Israel telah berjaya mengenakan tekanan
ke atas pengarang sebuah akhbar tabloid di Kaherah yang akhirnya
menyebabkan beliau dipecat kerana membenarkan sebuah artikel yang
dikategorikan sebagai Anti-Semitik disiarkan di akhbar tersebut. Penulis
artikel itu juga telah diharamkan dari menyumbangkan tulisannya kepada
akhbar tersebut.
Di Peranchis, televisyen satelit al-Manar juga telah diharamkan dari
disiarkan di Peranchis di atas dakwaan yang sama. Di AS pula, al-manar
pula telah dikategorikan sebagai media propaganda pengganas dan
dimasukkan ke dalam senarai pertubuhan pengganas CIA. Begitu hebatnya
lobi Zionis di serata dunia, dan betapa gigihnya mereka melakukan onar
secara global.
Hakikatnya kita semua terdedah kepada kebuasan lobi Zionis
bersenjatakan sentimen Anti-Semitik ini. Dengan senjata tersebut, pihak
Zionis dan AS bermaharajalela mencabul segala hak asasi manusia, samada
ianya hak bersuara, hak mengeluarkan pendapat, hak akademik dan juga hak
untuk mempertahankan diri. Segala medium, dari percetakan, media,
akademik, undang-undang, politik dan apa-apa sahaja yang wujud adalah
terdedah untuk dimanipulasi oleh golongan ini menggunakan sentiment
Anti-Semitik. Akhirnya mereka menjadi kebal dan bebas melakukan apa
sahaja di serata dunia, terutamanya di Palestin, kerana undang-undang
Anti-Semitik menjadi tangkal kebal mereka.
Tanpa disedari oleh ramai pemonopolian mereka terhadap gelaran
Semitik ini telah berjaya menipu masyarakat dunia bahawa mereka
sahajalah yang layak menjadi keturunan Semitik. Sedangkan pada
hakikatnya sejarah, kajian akademik dan juga ilmu Antropologi telah
berijmak bahawa bangsa Arab juga merupakan bangsa Semit. Sayangnya, jika
fakta ini cuba dikemukan, pastinya pembawanya akan disabitkan kesalah
di bawah undang-undang Anti-Semitik kerana menghina kaum Yahudi dengan
meletakkan mereka setaraf dengan bangsa Arab!
Apa yang berlaku ini benar-benar perlu diberikan perhatian kepada
setiap golongan yang mempunyai kesedaran tentang bahayanya projek Zionis
kepada masyarakat dunia dan masyarakat Islam khususnya. Jika mereka
bercita-cita untuk menghentikan kegilaan Zionis, mereka perlu terlebih
dahulu melepasi pagar berduri yang bernama ?Anti-Semitik? yang telah
berjaya mencederakan banyak mangsanya.Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-85674620821000609042012-06-29T08:03:00.002-04:002012-06-29T08:03:49.823-04:00Yahudi Bangsa Paling Angkuh
Oleh Amran Zakaria
2012/03/25
Berita Harian ( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Yahudibangsapalingangkuh/Article/index_html)
ABDULLAH bin Salam atau nama sebenarnya Hushain bin Salam bin Harits,
pemimpin Yahudi di Madinah membuat pendedahan kepada Rasulullah SAW
siapakah sebenarnya kaum Yahudi itu. Katanya: “Wahai Rasulullah! Kaum
Yahudi adalah puak paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut
Islam, mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi
engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenai aku.”
Maka Rasulullah SAW menyembunyikan Abdullah Salam lantas menghantar
orang untuk memanggil golongan Yahudi yang kemudiannya menemui Baginda.
Rasulullah bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada
pandangan kalian?” Jawab mereka: “Dia terbaik daripada kalangan kami,
anak orang terbaik. Pemimpin, anak pemimpin kami. Ulama, anak ulama
kami”.
Rasulullah SAW bertanya mereka lagi: “Jika dia menganut Islam kalian
akan turut menyertainya (menganut Islam)?” Jawab mereka: “Tuhan
lindunginya daripada perkara berkenaan.”
Rasulullah kemudian meminta Abdullah bin Salam keluar memberitahu
kumpulan Yahudi itu. Abdullah keluar dan menyatakan dengan penuh yakin:
“Aku menyaksikan tiada Ilah melainkan Allah dan Muhammad itu
Rasulullah”.
Lantas golongan Yahudi berkata: “Dialah orang paling jahat dalam
kalangan kami, anak orang paling jahat. Orang paling jahil dalam
kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam
kepada Rasulullah: “Aku sudah beritahu wahai Rasulullah, Yahudi adalah
kaum yang kuat berdusta (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).
Pendedahan itu memudahkan kita untuk mengenal siapa Yahudi yang
begitu kontroversi kepada sebilangan kita hari ini. Memang tidak
dinafikan bangsa Yahudi asalnya daripada keturunan mulia apabila
dikaitkan dengan Nabi dan Rasul yang dibangkitkan dalam kalangan mereka,
namun kemuliaan itu hancur disebabkan tindakan mereka sendiri.
Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel
dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi
dua kali dan pasti kamu akan menyombong diri dengan kesombongan yang
besar.” (Surah Al- Isra’, ayat 4)
Bangsa Yahudi ini terkenal dengan keangkuhan dan kebiadapannya.
Mereka menganggap bangsa lain setaraf haiwan, malah ada di kalangan
mereka yang menganggap lebih teruk daripada itu. Bangsa Yahudi sangat
menyanjungi kitab suci mereka, hanya mereka satu-satunya bangsa
dipilih untuk menguasai dunia. Dalam catatan kitabnya menyebut: “Hanya
bangsa Yahudi adalah manusia, sedangkan bangsa lain bukan manusia,
melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)
Mereka percaya Tuhan memilih mereka sebagai satu-satunya
bangsa yang berhak memerintah dunia ini. Manifestasi itu membawa mereka
kepada kesombongan yang tinggi sehingga sanggup bersumpah memerangi
agama dan bangsa lain. Pegangan mereka adalah kitab Talmud, manakala
kitab lain dianggap pembohong.
Halal bagi mereka membunuh bangsa lain khususnya Muslim. Malah
dituntut, tidak menjadi kesalahan jika pembunuhan itu dilakukan mereka.
Lebih jahat daripada itu mereka sanggup membunuh nabi dan rasul. Nabi
Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh kejam.
Hakikat sebenarnya menunjukkan jumlah mereka di atas muka bumi ini
tidak ramai, hanya seorang bagi setiap 100 Muslim. Keseluruhan mereka
berjumlah 14 juta saja, iaitu tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia,
dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Sebahagian besarnya berada di
Asia Barat dan Eropah termasuk di Israel, Amerika Syarikat, Rusisa
(negara Kesatuan Soviet), Poland, Kanada, Jerman, Perancis, England,
Sepanyol, Amerika Latin dan Iraq.
Ethnik mereka terdiri daripada Ashkenaz, Sephard, Mizrah dan orang
Samaria. Bahasa pertuturan mereka ialah Ibrani, Yiddish, Ladino, Dzhidi
Judeo-Aram, Judeo-Arab Juhuri, Krymchak, Karaim, Knaanik, Judeo-Parsi,
Yevanik dan Zarphatik, manakala gerakan politik mereka ialah Zionisme
Buruh, Zionisme Am, Zionisme Keagamaan, Zionisme Revisionis, Bund dan
Kibbutzim. Zionisme ialah ideologi dirumuskan Dr Theodore Hertzl pada
akhir abad ke-19. Tujuannya menghimpun seluruh etnik Yahudi yang
berselerak.
Bermula penghijrahan beramai-ramai Yahudi ke Palestin pada 1882 dan
sehingga 1903, sekitar 20,000 sudah berada di Palestin. Selepas
mencapai kemerdekaan dari British pada Oktober 1917, Balfour berjanji
kepada orang Yahudi pada 2 November 1917 untuk membina negara Yahudi di
Palestin.
Ketika peperangan pada 1948, jumlah penduduk Palestin dua juta
berbanding Yahudi 650,000, nisbah 69 peratus penduduk asal dengan 31
peratus pendatang haram Yahudi. Pertambahan berlaku disebabkan
kemasukan tentera keamanan di bawah kawalan British ketika perang ini.
Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-58573280764021493952012-06-21T12:27:00.004-04:002012-06-21T12:29:21.558-04:00Kesalahan Dalam Memahami Kelebihan Bangsa Yahudi (Israel)Artikel ini diambil dari blog rakan kita dari negara jiran Indonesia. Rujukannya di link di bawah.
http://ruangsc.blogspot.ca/2010/07/kesalahan-dalam-memahami-kelebihan.html
Banyak kalangan di antara umat Islam yang beranggapan bahwa bangsa
Yahudi (Israel) diberi kelebihan oleh Allah SWT sehingga mereka memiliki
keunggulan dalam bidang kecerdasan dan kekuatan dibandingkan dengan
bangsa-bangsa lain di dunia. Anggapan tersebut didasarkan pada surat
Al-Baqarah ayat 47, yang berbunyi:
"Hai
Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu
dan (ingat pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala
umat." (QS 2:47)
Anggapan seperti di
atas jelas keliru dan bertentangan dengan Keadilan Ilahi. Allah SWT,
sebagai Tuhan Yang Maha Adil, tidak mungkin melakukan pembedaan terhadap
makhluk ciptaanNya (manusia) dengan memberikan kelebihan-kelebihan
hanya kepada manusia dari bangsa tertentu saja dan mengabaikan manusia
lainnya. Segala kelebihan yang diperoleh manusia hanyalah sebagai hasil
dari sebuah usaha, bukan pemberian khusus sejak ajali. Allah
menyebutkan, "baginya yang meraka usahakan, dan baginya pula yang mereka dapatkan"
(QS 2:286), mengandung pengertian bahwa hasil yang diperoleh manusia,
baik itu kecerdasan, kekayaan, kekuatan, dll., sangat bergantung kepada
usaha yang dilakukan sebelumnya.
Jika anggapan itu benar,
dimanakah bangsa Yahudi ketika Al-Khawarizmi menciptakan Logaritma dan
Al-Jabar? Dimanakah mereka ketika Ibnu Sina merumuskan ilmu Kedokteran?
Dimanakah mereka ketika Ibnu Khaldun membuat dasar-dasar ilmu Sosiologi?
Dimanakah mereka ketika raja-raja Islam menundukkan kerajaan Persia
hingga kerajaan Romawi? Jadi jelas anggapan bahwa bangsa Yahudi diberi
kelebihan kecerdasan dan kekuatan oleh Allah SWT sangat keliru, tidak
masuk akal, dan a-historis.
Anggapan kelebihan bangsa
Yahudi seperti itulah yang telah melemahkan sebagian umat Islam sehingga
seolah-olah umat Islam tidak akan sanggup untuk menandingi "kehebatan"
mereka. Padahal jika umat Islam mau merubah pola pikirnya ke arah yang
lebih maju, bukan tidak mungkin umat Islam mampu mengalahkan hegemoni
bangsa Yahudi di bidang kekuatan persenjataan dan teknologi seperti yang
sekarang ini terjadi.
Kelebihan Bangsa Israel (Yahudi)
Kelebihan
bangsa Israel yang dimaksud dalam surat Al-Baqarah ayat 47 di atas,
bukanlah kelebihan dalam hal kecerdasan dan kekuatan. Kelebihan yang
diberikan oleh Allah SWT kepada bangsa Israel hanya sebatas pada
penunjukan Nabi-nabi. Sebagian besar Nabi-nabi yang ditunjuk oleh Allah
SWT berasal dari keturunan Nabi Ishak AS ('alaihi salam) melalui
anaknya, Nabi Yakub AS (nama lain Nabi Yakub adalah Israel). Hanya satu
orang Nabi saja berasal dari keturunan Nabi Ismail AS, yaitu Nabi
Muhammad SAWW (shalallahu 'alaihi wa-aalihi wasalam).
Namun
jika melihat latar belakang diturunkannya Nabi-nabi oleh Allah SWT,
bisa saja hal itu bukan menunjukkan kelebihan melainkan sebagai suatu
bukti bahwa sejak dahulu kala bangsa Israel (Yahudi) ini merupakan
bangsa pembangkang, barbar, dan tak bermoral (jahiliyah). Karena Allah SWT selalu menurunkan Nabi-nabi-Nya kepada masyarakat jahiliyah
seperti itu, yaitu kepada masyarakat yang tengah mengalami "kekacauan
budaya" akibat kehilangan moralitas dan norma-norma sosial.
Jadi
sebenarnya bangsa Yahudi sama saja dengan bangsa-bangsa lain di dunia,
mereka tidak dianugrahi kelebihan apapun di bidang kecerdasan dan
kekuatan. Kelebihan-kelebihan yang mereka miliki sekarang hanyalah
sebagai hasil dari kerja keras mereka dalam menggali ilmu pengetahuan
dan teknologi. Dan bukan tidak mungkin umat Islam pun bisa mengalahkan
mereka selama mau menggali ilmu pengetahuan sebagaimana telah
ditunjukkan oleh Al-Khawarizmi, Al-Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Haitham, dll. pada masa-masa keemasan Islam.
Wallahu a'lamMohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-27350561688345856362012-06-04T18:58:00.002-04:002012-06-04T18:58:26.181-04:00Empat Dekad Selepas Perang Arab-Israel
Oleh : Abu Bakar Abdul Jalal (UKM)
Sumber : Berita Harian 5/6/2012
HARI ini genaplah 45 tahun Israel menduduki Tebing Barat, Bukit Golan
dan Semenanjung Gaza. Tanggal 5 Jun 1967, perang ketiga Arab-Israel
tercetus sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua yang digelar 'Perang 6
Hari'.
Ia dinamakan Perang 6 Hari kerana dalam tempoh enam hari saja, tentera
Yahudi menawan Semenanjung Sinai, Tebing Barat, Bukit Golan dan
Semenanjung Gaza.
Mesir, Jordan dan Syria terbabit secara langsung dalam peperangan itu.
Negara Arab lain yang turut membantu dengan menghantar tentera darat
ialah Arab Saudi, Libya, Iraq serta beberapa negara Islam berdekatan. Di
luar rantau, Pakistan turut menyumbang juruterbang tentera udaranya
bagi memandu jet pejuang Jordan.
Setiap konflik membabitkan
Arab-Israel sememangnya rumit untuk dibincang dan boleh diperdebat dari
pelbagai sudut iaitu agama, ekonomi, sejarah, ketenteraan mahupun
hubungan antarabangsa. Sejarah hubungan Arab-Israel sangat panjang dan
boleh disingkap sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan.
Umat
Islam di seluruh dunia khususnya di luar dunia Arab sukar mendapat
gambaran sebenar mengenai perang Arab-Israel kerana kebanyakan buku
ditulis penyelidik dan wartawan Barat berdasarkan ‘kaca mata’ bukan
Islam dan pro-Yahudi. Justeru, Israel sentiasa dilihat kuat dan negara
Arab nampak lemah, tidak hebat dan mudah dikalahkan.
Mungkin ada
buku dihasilkan mereka yang menjadi pegawai kerajaan atau tentera
berkhidmat ketika Perang 6 Hari berlaku. Namun jika bahasa Arab tidak
diterjemahkan, mana mungkin dunia dapat mengetahuinya.
Perang 6 Hari bermula apabila juruterbang Tentera Udara Israel
yang mempunyai semangat patriotik tinggi melancarkan serangan udara
mengejut ke Mesir dan Jordan pada pagi 5 Jun 1967. Operasi itu dinamakan
‘Operation Moked’ kemudian disusuli serangan darat dilengkapi kereta
kebal dan meriam artileri. Ia sekali gus melumpuhkan kekuatan tentera
udara Mesir dan Jordan.
Media Barat melaporkan, daripada 416
pesawat pelbagai jenis dimiliki Mesir, Jordan, Syria dan Iraq, 393
pesawat berjaya dimusnahkan tentera Israel. Sebelum perang meletus,
Jordan hanya memiliki 24 jet pejuang untuk melindungi keseluruhan
jajahannya termasuk Baitulmaqdis di Tebing Barat.
Israel
menuduh Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdul Nasser menjadi penyebab
utama kepada perang berkenaan apabila menutup Selat Tiran di antara
Teluk Aqaba dan Laut Merah. Gamal Nasser dikatakan menyemarakkan api
kebencian terhadap Yahudi melalui siaran radio Mesir, Voice of the
Arabs.
Apabila perang bermula, Israel menipu dunia dengan
menyatakan tentera darat Mesir menyerang mereka dulu, sedangkan ketika
itu 70,000 atau satu pertiga kekuatan tentera Mesir terbabit perang
saudara di Yaman Utara. Apabila pangkalan udara mereka diserang 5 Jun
1967, Mesir menggerakkan 950 kereta kebalnya ke Semenanjung Sinai.
Dalam buku bertajuk Six Days: How the 1967 War Shaped the Middle East
karya Jeremy Bowen dengan jelas menyatakan, Amerika Syarikat tahu dan
merestui tindakan Israel memulakan Perang 6 Hari. Buku itu turut memetik
kata-kata Moshe Dayan, Menteri Pertahanan Israel ‘bermata satu’
mengesahkan 80 peratus pertembungan dan pertempuran sempadan dengan
Syria sebelum Perang 6 Hari adalah hasil tindak-tanduk provokasi Israel
sendiri.
Israel jugalah yang sedikit demi sedikit mula mengambil
Tebing Barat ketika masih di bawah penguasaan Jordan apabila menyerang
pekan Samua (berhampiran Hebron) yang terletak di selatan Baitulmaqdis,
13 November 1966.
Resipi utama kejayaan Israel mudah,
mengambil kesempatan di sebalik ketidaktentuan dan kekacauan politik
dalaman negara Arab. Dalam tempoh 17 tahun sebelum 1967, Syria mengalami
sembilan rampasan kuasa tentera mengorbankan banyak nyawa.
Agensi Perisikan Israel, Mossad, menempatkan beberapa ejen mereka di
Syria, antaranya Eli Cohen. Ejen seperti Cohen bertugas melagakan
pemerintah dengan rakyat, selain mendapatkan maklumat sulit kerajaan dan
tentera Syria. Cohen akhirnya dibunuh pihak berkuasa Syria.
Tentera Yahudi juga bijak melatih dan melahirkan pengkhianat serta tali
barut untuk kepentingan mereka. Ini dijelaskan dalam buku The Six Day
War 1967: Jordan and Syria tulisan Simon Dunstan mendedahkan mengenai
seorang juruterbang Tentera Udara Iraq, Munir Redfa berpaling tadah ke
Israel pada 16 Ogos 1966.
Bersama-sama beliau ialah sebuah
jet pejuang buatan Russia MIG-21 milik Iraq. Tidak diketahui sama ada
beliau diugut atau diberi rasuah, namun yang pasti Israel dapat mengkaji
dan memandu uji jet itu untuk menilai kekuatan Tentera Udara Mesir dan
Syria yang memiliki banyak pesawat MIG-21.
Pada 12 Mei 1967,
Israel mengeluarkan kenyataan akan menggunakan kuasa tentera menukar
rejim pemerintah Syria yang didakwa menyokong kegiatan pengganas di
sempadan kedua-dua negara. Apakah hak Israel menentukan pemerintah
negara berdaulat seperti Syria ketika itu?
Selepas 45 tahun,
mutakhir ini kita dapat menilai sendiri siapa menjadi ‘kuasa ghaib’ di
sebalik konflik yang bakal memusnahkan Syria khasnya dan dunia Arab
amnya.
Israel memiliki ramai pegawai tentera yang pernah
berkhidmat dengan Tentera Britain ketika Perang Dunia Kedua di Eropah.
Mereka mengetahui kelemahan tentera Arab berdasarkan pengalaman sebelum
1967, iaitu peperangan pada 1948 dan 1956.
Selain menggunakan
strategi Barat dalam perisikan dan semboyan, tentera Yahudi
mengaplikasikan ‘Lima Strategi Utama Memenangi Perang’ dipelopori Sun
Tzu. Tiga daripada strategi utama itu ialah mengetahui masa sesuai untuk
bertempur, memperlengkap pasukan sendiri serta menyerang musuh yang
tidak bersedia dan strategi terakhir, mempunyai matlamat perang yang
jelas dalam semua lapisan pasukan tanpa mengira pangkat.
Tentera Yahudi maklum Mesir tidak bersedia kerana terbabit dengan perang
saudara di Yaman, manakala Syria masih dibelenggu masalah politik
dalaman. Perbalahan sesama Arab jelas sekali menguntungkan Yahudi.
Jordan pula bukanlah tandingan mereka, apatah lagi hampir semua
kelengkapan tentera negara beraja itu datang dari sumber sama dengan
Israel iaitu Amerika Syarikat dan Britain.
Perkara pokok yang
menyatukan matlamat semua anggota tentera Israel ialah untuk mengambil
semula kota suci Baitulmaqdis keseluruhannya. Mereka sedar tidak akan
dapat menawan kota itu dengan cara lembut atau melalui meja rundingan.
Perang, huru-hara dan keganasan adalah pilihan utama. Sesungguhnya
Perang 6 Hari mencorakkan politik Arab-Israel bertahun-tahun lamanya.
Sejak itu bermulalah episod sedih penindasan dan pelarian di bumi
sendiri oleh penduduk Palestin.
Satu ketika dulu, ancaman
dizahirkan dalam bentuk jet pejuang, kereta kebal dan tentera infantri
lengkap bersenjata. Kebelakangan ini, apa yang perlu untuk mencetuskan
kacau bilau sesebuah negara hanyalah internet, pentas ceramah dan akhbar
politik. Emosi pembaca dan pendengar menjadi bahan mainan pihak yang
kemaruk untuk memerintah. Selepas Kerajaan Mesir tumbang oleh
demonstrasi jalanan, giliran Syria bakal dihancurkan tangan-tangan
‘rakyat’ sendiri.
Istilah ‘rakyat’ sesuai dijaja di negara
tertentu dan bukanlah seperti sepasang kasut yang boleh memuatkan semua
saiz kaki. Republik ‘Rakyat’ China masih diperintah oleh hanya satu
parti saja yang bertunjangkan fahaman komunis, manakala di seberang
tambak, pemimpin Parti Tindakan ‘Rakyat’ akan mengheret ke mahkamah
‘rakyat’ yang mengkritik mereka.
Sehingga hari ini, negara
kota singa yang ‘bersih’ daripada sampah dan sebarang perhimpunan haram
itu belum memansuhkan undang-undang ‘tidak berperi kemanusiaan’, ISA.
Adakah
‘rakyat’ kedua-dua negara itu dijamin kebebasan bersuara serta
berdemonstrasi sehingga boleh memekik di tempat awam dengan berkata
‘kerajaan negara itu tidak telus dan tidak adil’? Sesuaikah pelarian
Syria yang berharta hidup selesa sebagai seorang Islam di kedua-dua
negara ‘rakyat’ berkenaan?
Penulis ialah lulusan Sarjana Sains Sosial (Analisis Strategi & Keselamatan) UKMMohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-17083459940297146532012-05-16T08:54:00.000-04:002012-05-16T08:54:12.056-04:00Yahudi Kuasai Ekonomi & Politik Dunia
Dari Blog Imlan Adabi (Wartawan Berita Harian)
SEJARAH kezaliman rejim Zionis tidak pernah luntur daripada catatan.
Terbaru, komando Israel menyerang kapal Mavi Marmara ketika misi
menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, Semua 12 rakyat Malaysia yang
berada dalam kapal terselamat daripada kekejaman.
Ketika dunia bersuara menentang kekejaman dan kerakusan rejim Zionis,
negara Arab yang berada beberapa kilometer dari Israel mendiamkan diri.
Mereka bagai tidak ada apa-apa ketika Turki, Malaysia, Iran dan
Venezuela mengutuk tindakan ganas dan mendesak Majlis Keselamatan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertegas.
Aneh, negara Arab yang selama ini mendakwa sebagai paksi kekuatan Islam
dan mempunyai sejarah akrab mengenai kelahiran nabi, rasul dan agama
wahyu hanya mendiamkan diri, malah ada yang sering menutup pintu
sempadan ketika misi kemanusiaan cuba membantu penduduk Palestin.
Keadaan sama juga berlaku ketika penyembelihan di Sabra dan Shatila
(Chatila) di Beirut, Lubnan pada September 1982. Tidak banyak negara
Arab yang bertindak, malahan sekadar retorik berbincang pada sidang
puncak Liga Arab tanpa sebarang resolusi. sedangkan kes di Sabra dan
Shatila dianggap PBB sebagai penghapusan kaum (genocide) membabitkan
2,750 kematian.
Dari segi angka, bangsa Yahudi hanya 14 juta di seluruh dunia, dengan
tujuh juta di Amerika Syarikat, lima juta di Asia, dua juta di Eropah
dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap seorang Yahudi, ada 100 Muslim
(1:100). Namun Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada umat Islam.
Mengapa ini berlaku?
Tentunya penganalisis sejarah moden melihat kekuatan ilmu, perancangan
dan kewangan sebagai sumber terunggul yang membantu Yahudi menguasai
dunia. Malahan, pemilihan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat
juga dianggap sebagai kejayaan cemerlang pelobi Yahudi.
Beberapa keturunan Yahudi sudah dan sedang menguasai dunia dalam
pelbagai bidang. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka
dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang
Yahudi; Sigmund Freud menerusi teori id, ego dan super-ego ialah bapa
psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul
Samuelson dan Milton Friedman.
Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk
pencipta vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin
polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan
leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich
menemukan rawatan untuk siflis.
Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard
Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Hadiah Nobel dalam kajian endokrinologi
(berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).
Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan
fobia). Gregory Pincus (mencipta pil perancang keluarga secara oral yang
pertama), George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley
Cohen (kajian embriologi), Willem Kolff (mencipta mesin dialisis),
Stanley Mezor (mencipta mikrocip pertama), Leo Szilards (membangunkan
reaktor rangkaian nuklear pertama), Peter Schultz (kabel gentian optik),
Charles Adler (lampu isyarat), Benno Strauss (besi tahan karat), Isador
Kisee (sistem suara di pawagam), Emile Berliner (mikrofon telefon) dan
Charles Ginsburg (alat pita rakaman) adalah keturunan Yahudi.
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren
(Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's),
Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison
(Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan
Bill Rossenberg (Dunkin Donuts). Jenama mereka menjadi buruan dunia dan
bayangkan berapa bilion keuntungan disalurkan ke Tel Aviv setiap bulan?
Richard Levin, presiden universiti tersohor (Universiti Yale) ialah
seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright
(semua bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi
Rizab Persekutuan AS di bawah Ronald Reagan, George Bush, Bill Clinton
dan George W Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union);
David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs
(bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan
penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas
jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas
Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143
Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno
Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha
Perbendaharaan AS). Mereka pemain utama politik dunia dan bayangkan
betapa negara Islam dan Arab menjadi bidak percaturan mereka.
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN);
Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry
Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington
Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max
Frankel (The New York Times). Merekalah yang menguasai pandangan dunia
dan mencorakkan pemikiran sejagat.
Dalam bidang seni pula, pelakon Harrison Ford, George Burns, Tony
Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul
Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley,
Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk berbangsa
Yahudi. Hollywood sendiri pun diwujudkan oleh Yahudi. Antara pengarah
dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron
Spelling, (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew
Vaina (Rambo), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew
Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and
Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya Yahudi. Merekalah yang turut
mencorakkan pemikiran dan keseronokan di ruang tamu rumah kita.
Washington yang menjadi ibu negara Amerika Syarikat mempunyai satu
pertubuhan lobi yang amat berkuasa dikenali Jawatankuasa Hal Ehwal Awam
Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan
resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel. William James Sidis
dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik di dunia. Dia juga Yahudi. Dia
juga yang banyak mendidik rejim Zionis bertindak seperti yang berlaku
sekarang,
Bayangkanlah betapa pemikiran Zionis banyak digerakkan oleh Yahudi dan
sekutu mereka di seluruh dunia. Bayangkan, betapa hingga kini negara
Arab tetap kalah di Asia Barat! - Berita Harian, 9 Jun 2010Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-16489615271523429652012-05-16T08:47:00.000-04:002012-05-16T08:48:27.271-04:00Hampir 200 Yahudi Menang Hadiah Nobel
Dari Blog Imlan Adabi (Wartawan Berita Harian)
BANYAK yang menimbulkan isu Yahudi tanpa memahami keadaan sebenar.
Lebih malang, apabila dipolitikkan kononnya sesuatu pihak dianggap
‘sahabat’ Yahudi dan pihak lain pula pejuang Islam.
Ada pihak yang kononnya menentang kezaliman Yahudi, tetapi mempunyai
kenalan akrab sebagai penasihat ekonomi dan siasah mereka. Mereka
menggunakan wang dari sumber misteri untuk kegiatan hak asasi.
Sama ada ahli politik, persatuan sosial, mahupun pemimpin pelajar, isu
Yahudi pernah menghangatkan suasana. Gerakan pelajar pada 1974 dikaitkan
perjuangan menentang kapitalis pro-Yahudi yang didakwa melemahkan
pemikiran generasi muda.
Keadaan memuncak apabila Ayatollah Khomeini berjaya menjatuhkan Shah
Iran pada 1979. Ada dalam kalangan kita yang mendewakan rejim Syiah
pejuang sejati kerana menghalang kebangkitan kuasa tunggal Amerika
Syarikat pasca Perang Dingin.
\Ketika itu ada ahli politik sanggup menuduh pihak lain sebagai ejen
’asing’ tanpa membezakan makna sebenar Yahudi dan Zionis. Isu kafir
mengkafir dan ‘amanat’ seorang ulama yang menuduh pihak lain tidak
Islamik kedengaran.
Yahudi berasal perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong
jalan/berpindah. Mereka keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Bermula
dengan Nabi Ibrahim yang dianggap bapa kepada nabi lain termasuk Nabi
Ismail, Nabi Ishak, Nabi Isa dan Nabi Yaakub. Bukan semua Bani Israel
berfahaman Yahudi kerana ada yang beragama Islam dan Kristian.
Munculnya warga Hungary berbangsa Yahudi, Theoder Herzl’s
menimbulkan kemelut sehingga kini. Dia menyarankan bangsa Israel
berkumpul dan membentuk Israel raya.
Dari sini lahirnya gerakan Zionis yang dipelopori Moses Hess untuk mengukuhkan negara Israel di Asia Barat.
Hari ini polemik Yahudi dan helah mereka mencatur dunia begitu banyak
diperkatakan. Di sebalik sikap jelek yang merobekkan sejarah bangsa Arab
dan Islam, Yahudi mempunyai kualiti sebagai kaum yang tekun, pintar dan
kreatif. Kerajinan dan kepintaran mereka perlu dikaji, sementara
kejahatan dan kerakusan dihindari.
Tiga saintis Zionis baru diumumkan menerima Hadiah Nobel Perubatan
2011 iaitu Bruce Beutler, Jules Hoffmann dan Ralph Steinman kerana
kepakaran bidang saraf dan organ. Kehadiran mereka tentunya melengkap
senarai Yahudi yang menjadi pencetus dunia baru.
Majalah Time menyenaraikan Albert Einstein sebagai saintis ‘Manusia
Abad ini'. Sigmund Freud yang memperkenalkan teori id, ego dan
super-ego juga Yahudi. Begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton
Friedman.
Sejarah perubatan membariskan jasa mereka. Benjamin Rubin
memperkenalkan jarum suntikan pelalian, Johas Salk (vaksin polio),
Gertrude Elion (ubat leukemia) dan Baruch Blumberg (vaksin
Hepatitis B)
Dalam tempoh 106 tahun, hampir 200 Yahudi menang Hadiah Nobel
berbanding tiga dimenangi umat Islam. Bangsa Yahudi berjumlah 14 juta,
sedangkan umat Islam 1.4 bilion. Bayangkan jurang pemikiran mereka
dengan kita!
Amerika Syarikat sebagai kuasa utama dunia kerap dinaungi ahli siasah
Yahudi. Henry Kissinger, Harold Brown, Robert Rubin, Madeleine
Albright dan penasihat Bekas Naib Presiden Al Gore (1993-2001),
Michael Chertoff juga Yahudi.
Bekas Presiden George W Bush juga dikaitkan keturunan Yahudi. Tidak
hairanlah dia melancarkan kempen memerangi keganasan di Iraq dan
Afghanistan semata-mata untuk menjaga kepentingan Zionis di seluruh
dunia.
Ketika kita bercakap isu hak asasi dan makna kebebasan, jangan terperangkap helah untuk menghalalkan cara! - Berita Harian, 14 Oktober 2011Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-5732252473454445382012-03-30T16:46:00.002-04:002012-03-30T17:05:52.727-04:00Mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin
Oleh SITI AINIZA KAMSARI dan AZHARI ZAINOODIN
Sumber Utusan Malaysia
"LANGSUNG tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala.
"Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut," kata Dr. Mohd. Tahir Abdul Rahman.
Beliau merupakan aktivis kemanusiaan Palestin terkenal yang kini merupakan Pengerusi Sekretariat Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) iaitu satu acara di peringkat dunia yang akan berlangsung pada hari ini di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.
Dr. Mohd. Tahir berkata, rejim Israel yang begitu zalim dan ganas terhadap penduduk Palestin akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Masjid Al-Aqsa akhirnya akan terlepas sepenuhnya ke tangan mereka.
Ini bagi menjayakan cita-cita mereka mendirikan Kuil Haikal (Solomon Temple) yang kononnya terletak di tapak Masjid Al-Aqsa tersebut.
"Apabila sekatan demi sekatan mereka kenakan, akhirnya Masjid Al-Aqsa tidak lagi dikunjungi oleh umat Islam kerana tentunya mereka tidak mampu untuk membayar cukai yang tidak masuk akal itu.
"Akhirnya apabila tiada lagi umat Islam ke masjid itu, ia akan dijadikan alasan oleh rejim Israel untuk mengambil alih dan seterusnya merobohkan masjid tersebut untuk dibina kuil di atas tapaknya.
"Mereka akan berkata 'kami tidak pernah menyekat umat Islam untuk ke masjid ini, tetapi lihat sekarang, umat Islam sendiri yang sudah tidak mahu ke masjid itu. Jadi ini awak katakan bahawa Masjid Al-Aqsa adalah milik Islam dari aspek sejarah, budaya dan agama? Ternyata semua itu palsu," kata Dr. Mohd. Tahir.
Justeru MyGMJ bukan untuk mengalih pandangan umat Islam terhadap penderitaan umat Islam di Gaza, satu-satunya wilayah di Palestin yang masih dikuasai oleh rakyat Palestin kepada wilayah Baitul Maqdis yang telah ditakluk Israel pada tahun 1967.
"Isunya masih sama. Kita mahu memberi peringatan keras kepada Israel bahawa, sama ada Baitulmaqdis mahupun lain-lain wilayah yang mereka jajah termasuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sebenarnya milik rakyat Palestin. Mereka tidak ada hak barang seinci pun merampasnya daripada penduduk asal," katanya.
GMJ atau Perarakan Menuju Baitul Maqdis merupakan program yang menggabung inisiatif global membela dan membebaskan Baitulmaqdis dan bumi Palestin daripada cengkaman Israel yang telah menceroboh tanah suci dan pusat agama terbesar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
"Selama 64 tahun terbentuknya negara haram Israel dan 45 tahun Baitulmaqdis dijajah oleh rejim angkuh itu, pelbagai bentuk tindakan kurang ajar dan biadap dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadat terutamanya milik Islam dan Kristian," katanya.
Perlu disedari, ketika berlakunya Perang 1948 itu, Israel mengusir keluar lebih daripada 800,000 penduduk Palestin dengan 100,000 daripada mereka adalah beragama Kristian.
Rejim itu turut memusnahkan 492 perkampungan asal Palestin, 480 masjid dengan 14 buah masjid ditukar menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan.
Manakala 410 tanah perkuburan Islam lama dan baru dibongkar dan diratakan yang kemudian menyaksikan mereka mendirikan pelbagai premis di atas tapak kubur tersebut.
Hotel Hilton di ibu negara Israel, Tel Aviv misalnya, didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed An Nabi.
"Nasib yang menimpa Masjid Al-Aqsa adalah lebih menyedihkan. Sepanjang tahun lalu sahaja Yayasan Al Aqsa untuk Wakaf dan Warisan melaporkan lebih daripada 100 serangan termasuk membakar dan menghina dilakukan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh pihak zionis dan sekutu mereka," ujarnya.
Tegas Dr. Mohd. Tahir, kesemua tindakan biadap Israel itu merupakan untuk menyahudikan seluruh Baitulmaqdis dengan memadamkan ciri-ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian tiga agama sejak dahulu lagi.
Usaha tersebut bertambah rancak dengan membawa masuk seramai mungkin pendatang-pendatang haram Yahudi dari seluruh dunia untuk ditempatkan di sekitar Baitulmaqdis.
"Penempatan itu kini telah meliputi kawasan seluas 112.13 kilometer persegi atau 47.7 peratus dari kawasan Kota Al Quds yang dikelilingi oleh Tembok Pemisah yang kini telah menempatkan 236,480 pendatang Yahudi.
"Ia melebihi penduduk asal Palestin yang kini tinggal seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan tembok tersebut," katanya.
Dengan terpaksa hidup dalam pelbagai tekanan dan sekatan, sekali gus menafikan keseluruhan hak-hak rakyat Palestin sebagai penduduk asal.Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-11118818070835801072012-03-30T16:43:00.003-04:002012-03-30T17:01:36.564-04:00Di sebalik tembok Israel
Oleh AZHARI ZAINOODDIN
Sumber Utusan Malaysia
TIADA yang lebih di tangisi oleh umat Islam selain Masjid Al-Aqsa di Kota Suci Al Quds, Baitulmaqdis berada dalam cengkaman rejim zionis Israel hingga ke hari ini.
Cengkaman tersebut menyebabkan umat Islam dinafikan untuk keluar masuk melakukan solat di dalamnya. Lebih memedihkan, Israel merancang untuk melenyapkan masjid itu dari muka bumi ini.
Berkongsi pengalaman, seorang rakyat Malaysia yang pernah berada hampir sebulan di Baitulmaqdis, sekali gus berpeluang beribadat di Masjid Al-Aqsa perlu menjadi satu inspirasi kepada seluruh umat Islam untuk ke sana.
Setiausaha Eksekutif Komuniti Viva Palestin Malaysia (VPM), Azra Banu, 49, berada di Baitulmaqdis sekitar Jun 2010 yang disifatkan sebagai paling terkesan dalam hidupnya.
“Pengalaman berada di sana itulah yang mengajar saya untuk menumpahkan seluruh jiwa raga demi Palestin,” ujarnya.
Azra melihat segala-galanya. Betapa rejim Israel yang mendukung fahaman zionis sebenarnya adalah kaum terpilih untuk melakukan pelbagai kerosakan di muka bumi ini.
“Bayangkan apa dosa sebuah tanah perkuburan yang berusia ratusan tahun penduduk Palestin dirobohkan dan dilenyapkan. Lalu tergamak didirikan segala macam premis bangunan.
“Sedangkan, mereka boleh dirikan di atas tanah lain tanpa perlu membongkar kubur-kubur lama tersebut. Alasannya, kubur-kubur tersebut tidak ada permit dan tiada siapa boleh mempersoalkan kewajaran tindakan rakus mereka itu,” katanya.
Azra menyaksikan sendiri tanah perkuburan Mamilla dipercayai wakaf perkuburan milik orang Islam Palestin yang terletak di tengah-tengah bandar Baitulmaqdis telah bertukar menjadi hotel mewah.
Reka bentuk Hotel Mamilla disifatkan sebagai yang terhebat bertaraf dunia .
Begitu juga tindakan rejim zionis itu merampas rumah-rumah dan tanah milik penduduk Palestin. Ia bagi mendirikan kawasan-kawasan penempatan kepada pendatang haram Israel yang dibawa masuk dari segenap dunia.
Selain itu, penduduk Palestin juga dikenakan pelbagai sekatan hingga menghalang kebebasan mereka. Mereka dilarang bergerak bebas di bumi sendiri.
Hak mereka sebagai penduduk pribumi dinafikan tanpa ada sebarang kompromi, jauh sekali belas ihsan. Sekali gus menjadikan Baitulmaqdis, bandar yang penuh dengan tekanan.
“Rakyat Palestin tidak seperti kita (orang luar) yang bebas bergerak ke mana sahaja. Mereka perlu melalui check point yang terlalu banyak.
“Ada kawasan-kawasan tertentu yang tidak dibenarkan untuk mereka masuki ataupun melaluinya. Jadi rakyat Palestin terpaksa berpatah balik dan melalui jalan lain.
“Bukan itu sahaja, bagi mereka yang bekerja di Baitulmaqdis, permit kerja yang dikeluarkan sangat susah sehingga setiap maklumat perlu diperincikan termasuklah tempoh masa bekerja.
“Jika tertera masa bekerja bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang, mereka akan dihujani dengan pelbagai soalan oleh pegawai di check point sekiranya tiba melepasi waktu itu,” ceritanya lagi.
Menyentuh mengenai lawatannya ke Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam, Azra berkata terlalu sukar untuk membolosi sekatan bagi membolehkan umat Islam memasuki masjid tersebut.
Jelasnya, boleh dikatakan hampir setiap 10 meter perlu melalui pemeriksaan askar Israel dan lelaki yang berusia 10 sehingga 40 tahun, langsung tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.
“Mereka langsung tidak membenarkan golongan belia untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sehinggakan ibu yang memimpin anak lelaki yang berusia belasan tahun, hanya si ibu dibenarkan masuk,” jelasnya
Tambah Azra, senario kawalan tentera Yahudi itu akan lebih ketat pada hari Jumaat.
Jelas wanita kelahiran Singapura itu lagi, pembinaan tembok-tembok pemisah yang didirikan Israel juga jelas menunjukkan berlakunya rampasan tanah rakyat Palestin.
“Mereka bina tembok itu sehingga masuk ke dalam kawasan milik rakyat Palestin. Selain memisahkan penempatan rakyat Palestin ia juga memaksa mereka berpusing jauh untuk ke sekolah dan hospital,” jelasnya.
Solat di Masjid Al-Aqsa
Bagaimanapun jelas Azra, perjalanannya sendiri sepanjang berada di sana agak mudah kerana pihak Israel tidak menyekat kebebasan orang luar untuk bergerak di kawasan berkenaan.
“Sepanjang berada di sana, melalui kawasan pemeriksaan itu adalah perkara wajib, namun tidaklah dilayan seperti rakyat Palestin.
“Masih juga buruk dan teruk tetapi akhirnya mereka akan lepaskan kita bagi menjaga imej Israel di mata antarabangsa.
“Kami juga bernasib baik kerana dapat menyewa kereta yang menggunakan nombor pendaftaran Israel. Jadi ia tidaklah terbatas seperti kenderaan yang didaftarkan untuk rakyat Palestin,” ujarnya.
Namun Azra masih dapat merasakan ketenangan yang tiada taranya sebaik memasuki kawasan Masjidil Al-Aqsa.
“Mereka tidak percaya saya hendak masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk tujuan melakukan ibadat dan solat sehinggalah mereka memaksa saya membaca lengkap surah al-Fatihah.
“Apabila mereka berpuas hati, barulah saya dibenarkan masuk dengan layanan yang cukup buruk,” katanya.
Detik masa bagaikan terhenti apabila berada di dalam Masjid Al-Aqsa bagi memberikan peluang untuk kita menginsafi diri dan merasa lebih dekat dengan Maha Pencipta.
“Segala-galanya hening di sini dan tidak semena-mena hati ini mudah terusik dan sangat merindukan Allah,” kata Azra.
Maka umat Islam sangat digalakkan ke Masjid Al-Aqsa. Ini kerana menurut Azra dari perbualannya dengan pengusaha agensi pelancongan di Baitulmaqdis, hampir setiap tahun seramai dua juta pelancong datang mengunjungi Baitulmaqdis.
“Sayangnya dari jumlah tersebut hanya 500,000 umat Islam. Selebihnya, adalah orang luar dari seluruh pelosok dunia.
“Kita masih boleh mengunjungi Baitulmaqdis jika kita mahu Allah akan sentiasa membantu usaha kita itu, lebih-lebih lagi jika niat kita adalah satu, iaitu hendak bersolat di Masjid Al-Aqsa,” katanya.
Hakikatnya, banyak lagi pengalaman yang ditempuh oleh Azra sepanjang berada di Baitulmaqdis, terutama apabila berpeluang bertemu dengan pendatang Israel dari negara-negara Eropah yang lain.
Katanya, biarpun mereka adalah pendatang di Palestin tetapi diberi segala macam kemudahan oleh pihak Israel termasuk ditanggung sepenuhnya jika hendak pulang bercuti ke negara asal masing-masing.Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-23763656583717689202012-03-25T08:57:00.000-04:002012-03-25T08:57:29.275-04:00Apabila Zionis jadi Nazi di Gaza
Oleh: Zin Mahmud
Utusan Malaysia : 11/1/2009
Akhbar Utusan Malaysia hari Jumaat, 9 Januari menyiarkan tajuk besar Hizbullah bantu Hamas, serangan mungkin permulaan konflik lebih luas di Asia Barat.
Berita yang sama juga didengar melalui radio dan televisyen. Tetapi tajuk-tajuk mereka tidaklah menyebut Hizbullah membantu Hamas. Di satu pihak perkara itu tidak mustahil. Mungkin Hizbullah benar-benar melancarkan roket bagi mengalih tumpuan tentera Israel dan mengurangkan tekanan terhadap Hamas di Gaza.
Pada sudut lain pula, berasa naik semangat kerana penentang-penentang Israel turut membalas dengan apa senjata yang ada. Tentunya Hizbullah, walaupun ia bukan pihak Palestin, berasa setiakawan untuk membantu Hamas. Lebih-lebih lagi gerakan Hizbullah dan Hamas dilihat sebagai dua kumpulan militan yang masih mampu untuk menentang Israel. Kedua-duanya pula mendapat sokongan daripada Iran dan Syria, dua negara yang masih aktif menentang Israel dengan menggunakan ancaman senjata.
Tetapi pada hari yang sama penulis menerima khidmat pesanan ringkas (sms) menyatakan bahawa laporan itu adalah untuk memenuhi kepentingan Israel dan tujuannya adalah memberitahu dunia bahawa Israel sedang diancam oleh militan Islam terdiri daripada Hizbullah dan Hamas yang berupaya mempunyai roket untuk mencederakan rakyat Israel.
Oleh itu, dunia khususnya Amerika Syarikat dan Eropah Barat yang merupakan sekutu Israel harus terus memberi sokongan kepada rejim Tel Aviv itu untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza. Bagi Israel, sokongan Amerika dan Eropah amat penting. Kalau lain-lain bahagian dunia, khususnya umat Islam marah padanya sekalipun, ia tidak peduli. Apa yang penting bagi mereka ialah Amerika dan Eropah mesti menyokongnya. Maka apa yang ia boleh lakukan ialah untuk sentiasa meyakinkan orang ramai di Amerika dan Eropah bahawa tujuannya membunuh rakyat Palestin di Gaza adalah semata-mata bagi menghapuskan pengganas iaitu Hamas.
Mereka juga mahu menekankan bahawa dua kumpulan yang dianggap pengganas ini, iaitu Hamas dan Hizbullah disokong oleh Iran dan Syria bukan saja mengancam Israel tetapi keseluruhan tamadun dan dunia barat, iaitu Amerika dan Eropah. Jadi, Israel mahu menggambarkan kepada mereka bahawa ia melakukan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza itu adalah semata-mata berjuang bagi pihak Amerika dan Eropah untuk menyelamatkan tamadun Barat.
Justeru, oleh kerana Israel menggambarkan diri mereka sebagai pembela tamadun Barat daripada dimusnahkan oleh golongan yang dikatakan sebagai penegak tamadun Islam, maka Amerika dan Eropah mesti terus membantu Israel dengan bekalan dana dan senjata kerana apa yang dilakukan oleh negara Zionis itu adalah untuk menjadi benteng kepada Barat.
Itulah yang cuba digambarkan oleh Israel kepada dunia Barat. Sebab itu, Israel melalui pengulas-pengulasnya dalam televisyen satelit termasuk Al-Jazeera sentiasa menekankan mengenai matlamat perjuangan Hamas yang mereka turut kaitkan dengan Hizbullah dan Iran, iaitu perjuangan untuk menegakkan negara Islam. Maka Hamas digambarkan sebagai kuasa jahat yang mahu memusnahkan Israel dan menegakkan negara Islam di situ bersekali dengan amalan hukum Syariah, yang kemudian berusaha meluaskan wilayah takluk hingga ke Eropah dan Amerika.
Hamas dipaparkan sebagai suatu gerakan yang akhirnya akan memusnahkan dunia demokrasi dan kapitalisme untuk digantikan dengan fasisme Islam, atau istilah mereka Islamofasisme, sebagai pewaris kepada Nazisme Adolf Hitler.
Gambaran israel itu sentiasa diulang-ulang untuk dijadikan alasan bagi membolehkan mereka membunuh orang Palestin termasuk kanak-kanak. Dalam konflik di Gaza ini pula, kanak-kanak adalah dikatakan majoriti yang menjadi mangsa, baik terbunuh atau cedera. Antara alasan yang penyokong-penyokong Israel beri bagi membolehkan pembunuhan kanak-kanak Palestin ialah bahawa mereka itu bakal menjadi pejuang Hamas. Sebab itu dapat dipercayai bahawa askar Israel tidak sedikit pun berasa bersalah apabila membunuh ibu-ibu Palestin yang hamil. Ini kerana bagi mereka anak yang dikandung itu bakal menjadi ancaman kepada Israel.
Hamas
Sedangkan hakikatnya tidak sedemikian. Hamas walaupun merupakan organisasi berasaskan Islam hanya mahu sebuah negara Palestin yang merdeka di mana penduduknya bebas mengamalkan agama dan budaya mereka iaitu Islam. Hasrat untuk memusnahkan Israel adalah dalam konteks bahawa negara Zionis itu telah menghancurkan negara Palestin dan penghalang kebebasan rakyat Palestin itu sendiri. Begitu juga dengan Hizbullah. Mereka hanya mahu hidup merdeka sebagai rakyat Lebanon yang bebas mengamalkan agama dan budaya sendiri, iaitu Islam mazhab Syiah. Serangan mereka ke atas Israel adalah untuk menghalau negara Zionis itu daripada menjajah mereka. Sebagai seorang Islam dan berperikemanusiaan, sudah tentu mereka berasa setiakawan dengan rakyat Palestin.
Pastinya pihak israel faham mengenai perkara ini. Tetapi mereka hanya mahu menjadikan asas perjuangan Hamas itu sebagai alasan bagi membolehkan mereka terus menundukkan Palestin secara kejam. Tidak menghairankan bahawa di peringkat awal, Israel dan Amerika yang membantu Hamas untuk menjadi kuat supaya dapat melemahkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang berjuang atas nasionalisme sekular.
Kini Amerika dan Israel memihak kepada PLO dan diberi bantuan supaya menekan Hamas pula. Ini kerana mereka melihat Hamas sudah menjadi ancaman kepada Israel. Itupun kalaulah benar. Dunia sukar untuk mengetahui apa yang sebenar kedudukan organisasi ini. Tetapi Amerika dan Israel mempunyai rangkaian perisikan yang lebih canggih daripada pihak lain dan mampu membuat penilaian lebih tepat.
Namun daripada pemerhatian dunia, apa yang dilakukan oleh Israel dan Amerika adalah untuk memastikan PLO khususnya organisasi utamanya iaitu Fatah akan sentiasa berseteru dengan Hamas. Maka akhirnya kedua- duanya lemah.
Maka daripada pemerhatian ini, keadaan kedudukannya ialah Israel merupakan pihak yang sebenarnya fasis. Demokrasi yang diamalkan oleh Zionisme ini hanya untuk bangsa mereka saja. Tetapi demokrasi mereka telah cacat dengan sikap perkauman yang tebal dengan melayan rakyat Palestin sebagai bukan manusia. Mereka percaya kepada keagungan bangsa sendiri iaitu Yahudi. Jadi, apa bezanya mereka dengan Nazi Jerman? Ketika mana mereka menuduh gerakan Islam sebagai Islamofasis, tetapi apa yang berlaku ialah bahawa negara Israel mempunyai fahaman dan amalan yang boleh diistilahkan sebagai Zionofasis. Kata dulang paku serpih.
Ketika Zionis menuduh umat Islam mahu menguasai dunia dan menubuhkan daulah Islamiah yang mengamalkan syariah, tetapi apa yang berlaku ialah mereka iaitu orang Yahudi yang bukan saja mahu menguasai dunia tetapi sebenarnya telah pun menguasai dunia. Mereka menguasai dunia ketenteraan, akademik, korporat, budaya, teknologi dan kewangan sejagat dengan teras wilayah penguasaannya ialah Amerika dan Eropah.
Sistem kewangan yang dipakai dunia hari ini berasal daripada Yahudi hingga hari ini mengancam manusia dengan sistem berasaskan riba. Sistem ini telah mengkayakan golongan mereka dan memiskinkan jutaan manusia yang lain. Bukan orang Islam yang merosakkan dunia, tetapi orang Yahudi. Dengan kecerdekan mereka, orang Yahudi juga memikul tanggungjawab memberikan kesejahtreraan kepada manusia. Tetapi apa yang mereka lakukan ialah merosakkan dunia, dalam semua segi termasuk alam sekitar.
Bagi umat Islam, Hamas dan Hizbullah bukannya gerakan yang perlu ditakuti. Syariah yang mahu diamalkan adalah suatu perkara yang sudah menjadi amalan seharian mereka. Sementara sistem Syariah masih jauh daripada mereka kerana apa yang mereka perlukan saat ini adalah kehidupan seharian iaitu makan, minum, pekerjaan dan pendidikan.
Kalaupun Syariah yang hendak diamalkan, sudah tentu ia mula berlegar pada soal-soal perkahwinan dan akhirnya kepada kewangan islam. Sistem kewangan Islam merupakan amalan Syariah yang semula jadi bagi orang Islam dan memberi manfaat kepada orang bukan Islam.
Maka kebangkitan Hamas serta dibantu Hizbullah adalah suatu yang wajar kerana kedua-duanya adalah sesama Islam. Namun begitu, apabila diteliti berita mengenai pelancaran roket oleh Hizbullah ke atas Israel, maka dapat dilihat ia berpunca daripada laporan oleh agensi berita Amerika iaitu AP, Associated Press.
Walaupun ia merupakan agensi berita profesional; tetapi dapat difahami bahawa ia tentunya memihak kepada Israel. Maka apabila diteliti di mana sumbernya, maka dapat diketahui bahawa laporan AP itu tidak menyebut di mana ia dapat berita itu. Apa yang dilaporkan adalah seolah-olahnya disaksikan sendiri oleh pemberita itu tetapi tidak pula dinyatakan demikian.
Laporan itu kemudian memetik media Israel yang mendakwa pejuang Palestin yang melancarkan roket dari Lebanon ke atas Israel. Tetapi adakah media Israel itu boleh dipercayai kerana mereka sudah tentunya mahu membantu tentera mereka. Persoalan juga timbul dari mana mereka memperoleh maklumat. tentunya daripada sumber tentera mereka yang juga mempunyai kepentingan.
Sementara kerajaan Lebanon pula, yang turut dianggotai oleh Hizbullah sedang menyiasat siapakah yang melancarkan roket itu. Dalam laporan lain pula dinyatakan bahawa Hizbullah, Hamas dan Fatah menafikan telah melancarkan roket. Malah Hizbullah menegaskan bahawa ia tidak mahu diperangkap oleh Israel dengan turut menyertai dalam peperangan itu.
Apa yang berlaku sebenar tidak akan dapat diketahui kerana Israel menguasai semua laporan daripada Gaza. Malah laporan mengenai serangan roket baik yang dikatakan dari Hamas mahupun Hizbullah boleh jadi dibuat oleh Israel sendiri bagi membolehkan mereka terus menyerang dan membunuh rakyat Palestin.
Bukan saja Israel menguasai maklumat di Gaza, tetapi di seluruh dunia. Para wartawan Barat hanya dibenarkan sampai di sempadan Gaza dan Israel. Bagaimanakah wartawan hendak mengetahui keadaan sebenar? Tentunya laporan mereka juga ditapis oleh pihak tentera Israel.
Namun begitu, ada wartawan yang masuk melalui Rafah di sempadan antara Mesir dan Gaza, itupun amat terhad. Sementara itu terdapat wartawan yang sudah bearda dalam Gaza, termasuk Al-Jazeera. Namun begitu, pergerakan mereka amat terhad dengan kekurangan bekalan peralatan dan ancaman dari Israel.
Dengan kesukaran wartawan untuk membuat liputan Gaza, maklumat yang dapat dikeluarkan pula akan ditapis di ibu pejabat agensi berita masing-masing. Sudah tentu laporan AP dan Reuters akan disunting di Amerika dan Britain yang kecenderungannya adalah kepada Israel. Agensi berita Perancis AFP mungkin lebih bebas sedikit tetapi ia tetap berada dalam jalur pemikiran Eropah yang juga cenderung kepada Israel. Begitu juga dengan stesen-stesen televisyen seperti CNN dan BBC.
Maka yang tinggal ialah Al-Jazeera milik kerajaan Qatar. Namun begitu pergerakan mereka juga terhad. Selain itu, politik negara-negara Arab di Asia Barat juga perlu diambil kira. Negara-negara Teluk termasuk Arab Saudi dan juga Mesir serta Jordan merupakan sekutu Amerika. Sedangkan Mesir dan Jordan mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Sukarnya rakyat Palestin di Gaza untuk menyelamatkan nyawa dan zuriat mereka.
Maka dunia termasuk Malaysia hanya dapat maklumat daripada apa yang disampaikan melalui aganesi-agensi berita. Palsu atau benar, seleweng atau berusaha untuk tepat adalah kesemuanya tidak ada kepastian. Suatu masa nanti akan terbit buku-buku yang ditulis oleh saksi mata mengenai peperangan di Gaza itu.
Para ahli akademik akan membuat penyelidikan melalui sumber pertama akan mengumpul maklumat yang akhirnya boleh memberi gambaran kejadian sebenar di Gaza. Tidak kurang pula wartawan yang terlibat menyampaikan maklumat termasuk penyunting mereka di ibu pejabat akan menceritakan tekanan-tekanan yang mereka terima daripada pelbagai pihak termasuk pemilik yang dipengaruhi oleh lobi Yahudi.
Dalam mana-mana peperangan, mangsa pertama adalah kebenaran. Atas cebisan maklumat yang diterima oleh dunia inipun dapat dirasakan betapa perit dan sengsaranya rakyat Palestin di Gaza menjadi mangsa Israel.
Buat masa ini perang panjang oleh Israel yang dilancarkan terhadap rakyat Palestin sejak tahun 40-an dahulu memihak padanya. Keupayaan mereka untuk menang bermula daripada penguasaan mereka terhadap media antarabangsa. Untuk melawan balik, umat Islam mesti menang dalam medan media.Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-758601813124174232012-03-25T08:48:00.000-04:002012-03-25T08:48:32.628-04:00Jentera Propaganda Zionis-Israel
Oleh: Muhammad Alias (Bekas Konsulat Malaysia)
Dari : Utusan Malaysia 24/1/2009
Dalam sejarah konflik Palestin sejak lebih 60 tahun lalu negara-negara Arab sering melepas peluang untuk merealisasikan pembentukan sebuah negara untuk rakyat Palestin. Kesilapan demi kesilapan dilakukan bermula dengan perang Arab-Israel pertama tahun 1948.
Pengajaran daripada beberapa peperangan Arab-Israel itu ialah jumlah ramainya penduduk sahaja tidak memadai. Apa yang penting ialah strategi, persediaan, latihan, persenjataan, moral dan jentera propaganda. Sayangnya hingga ke hari ini jentera propaganda merupakan kelemahan negara-negara Arab yang paling ketara.
Perkara ini terjadi di kala negara-negara Arab menguasai pengeluaran minyak mentah dunia. Malahan pelaburan Arab melimpah ruah ke negara-negara Barat khususnya sebelum tragedi 11 September 2001. Beberapa buah negara Eropah boleh dikatakan hidup kerana duit Arab.
Meskipun begitu mereka tidak berjaya mempengaruhi dan mendapatkan simpati negara-negara Barat dalam konflik Palestin. Meskipun lebih 1,300 orang menjadi korban dalam serangan Israel ke atas Genting Gaza baru-baru ini.
Namun keadaan amat berbeza dengan Israel. Negara-negara Eropah dan AS amat menyayangi Israel. Mereka sanggup menyokong Israel meskipun rejim Zionis itu sering kali berlaku zalim. Puncanya ialah jentera propagandanya yang efisien.
Kempen-kempen propaganda Israel berkembang ekoran daripada kewujudan fahaman Zionis lebih seratus tahun lalu. Perisytiharan Balfour tahun 1917 dan penubuhan negara Israel merupakan kemuncak kepada kejayaan Zionis.
Melalui propaganda yang berterusan, Zionis berjaya menguasai pengembang-pengembang agama Kristian berhaluan kanan, ahli-ahli politik, media massa dan paling penting industri perfileman Hollywood.
Sejak kewujudan Israel hampir-hampir seratus buah filem Hollywood yang bertemakan bangsa Yahudi khususnya mengenai kekejaman Nazi di samping mempertahan dan menghalalkan pembentukan negara Israel tahun 1948.
Hari ini kritikan terhadap Israel dicap sebagai 'anti-Semites.' Di beberapa negara Eropah perbuatan mempersoalkan kewujudan holocaust boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pengaruh Israel dalam dasar luar AS jelas dinyatakan oleh John Mearsheimer dan Stephen Walt dalam buku bertajuk The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy (Lobi Israel dan Dasar Luar Amerika) terbitan tahun 2006.
Nadi propaganda zionis berpusat di Simon Wiesenthal Center atau SWC di Los Angeles. SWC menjalankan pelbagai aktiviti bertujuan mempertahankan keselamatan bangsa Yahudi di seluruh dunia, khususnya Israel dan menentang anti-semitisme.
SWC juga terdapat di New York, Miami, Paris, Toronto, Buenos Aires and Jerusalem. SWC mendapat taraf sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di pertubuhan-pertubuhan antarabangsa termasuk PBB, UNESCO dan Majlis Eropah (Council of Europe).
Muzium Toleransi (Museum of Tolerance) juga memainkan peranan yang sama penting dengan SWC. Objektif utama ialah mendidik dan menyebarkan tragedi yang menimpa bangsa Yahudi di Eropah dalam Perang Dunia Kedua.
Muzium ini menyediakan bacam-macam program untuk pelbagai lapisan masyarakat khususnya para pelajar dari sekolah rendah hingga ke universiti, ahli-ahli akademik, guru-guru, penguatkuasa undang-undang dan pekerja-pekerja sosial.
Sebaliknya sejak 60 tahun lalu hampir-hampir tidak ada filem-filem tentang holocaust rakyat Palestin. Sepanjang penulis ketahui tidak ada satu pun pusat dan muzium tentang tragedi rakyat Palestin seperti mana Simon Wiesenthal Center dan Museum of Tolerance.
Kenapa agaknya perkara seumpama ini tidak terlintas di fikiran pemimpin-pemimpin Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Pusat ini sepatutnya dibina di AS, Eropah, Timur Tengah dan beberapa buah negara di Afrika dan Asia.
Mesir mempunyai industri perfileman yang bermutu tinggi dan dirasa mampu mengeluarkan filem-filem yang baik dengan pelaburan dari negara-negara Arab/OIC. Kesan filem-filem ini dikira dapat mempengaruhi pemikiran dunia tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat Palestin.
Bagaimana pula dengan penubuhan sebuah badan agensi berita dan stesen televisyen OIC. Isu propaganda ini patut dipandang serius oleh OIC. Adalah lebih baik OIC membincangkan isu-isu yang mudah dipraktikkan daripada isu-isu besar dan penuh dengan retorik sedangkan sukar sekali dilaksanakan.
Sepatutnya jentera propaganda Liga Arab dan OIC memanipulasikan pembunuhan kejam terhadap penduduk Gaza baru-baru ini. Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya lebih 1,300 orang yang terkorban itu merupakan rakyat Israel.
Sebaliknya pemimpin-pemimpin Arab terus menerus bercakaran sesama sendiri. Sidang Kemuncak Ekonomi Arab di Kuwait menambah tebal lagi permusuhan sesama mereka sedangkan Gaza telah hampir musnah, termasuk lebih 20 buah masjid ranap dibedil Israel.
Di zaman Perang Dingin, Republik Rakyat China (PRC), India, Soviet Union, sebahagian besar negara-negara blok komunis dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Kini hampir-hampir semua menjadi rakan Israel. Nampaknya nasib rakyat Palestin semakin gelap.Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-3701078834417239562012-03-25T08:43:00.000-04:002012-03-25T08:43:55.696-04:00Keazaman Zionis Tubuhkan Negara Israel
Oleh : Mustafa Kamal Basri
Utusan Malaysia 26/1/2009
Konflik di bumi Palestin berlaku disebabkan oleh ideologi Zionisme yang dianuti oleh bangsa Yahudi. Ideologi itu diasaskan oleh Theodor Herzl, seorang Yahudi dari Austria, yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara kekal bagi bangsanya di Palestin.
Herzl menekankan perkara ini dalam buku bertajuk Der Judenstaat (The Jewish State) pada 1896, kerana sedar bangsa Yahudi tidak pernah mempunyai negara sendiri.
Keaadan itu berkait rapat dengan sifat bangsa itu sendiri yang sering disingkirkan, berpindah-randah atau dihalau atas kesombongan mereka sendiri, termasuk ingkar ajaran Allah dan juga membunuh nabi-nabi di kalangan mereka.
Ke mana sahaja mereka pergi, bangsa Yahudi sentiasa menjadi kebencian masyarakat dan sering ditindas serta dibunuh.
Peristiwa pembunuhan yang paling popular melibatkan bangsa itu ialah pembunuhan beribu-ribu Yahudi oleh Czar Rusia pada 1881 dan Holocaust oleh Nazi Jerman.
Bangsa Yahudi percaya mereka berasal dari kerajaan Judah (Judae), sebuah pusat kenabian terdiri daripada nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israel yang diturunkan untuk berdakwah.
Bangsa Yahudi mula menjadi bangsa pelarian dan merempat sejak Babylon menawan kerajaan Judah pada 641 Sebelum Masehi yang ketika itu menguasai Baitulmaqdis.
Sejak itu, bangsa Yahudi meratapi nasib mereka terpaksa meninggalkan Bukit Zion dan berazam untuk kembali semula ke tanah air mereka itu. Sempena nama Bukit Zion itulah pergerakan Zionisme ditubuhkan.
Tanah Palestin kemudian jatuh pula kepada Parsi setelah ia menawan Babylon dan kemudian beralih kepada Rom setelah empayar itu menawan Baitulmaqdis sebelum dikuasai oleh kerajaan Mamaluk dan Othmaniah.
Di Eropah, Yahudi muncul sebagai bangsa yang berjaya sehingga wujud perasaan cemburu dan benci di kalangan bangsa asal dan fenomena ini dipanggil sebagai antisemitik.
Kempen antisemitik di Eropah dan Rusia mendorong dua juta penduduk Yahudi berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) sekitar 1880 sehingga 1928 sementara sebahagian kecil lagi berhijrah ke Palestin kerana faktor agama.
Pergerakan Zionisme kemudian berjaya menyebarkan fahaman itu di kalangan dua juta bangsa Yahudi di AS dan memesongkan penganut Kristian mengenai kedatangan Nabi Isa s.a bagi menarik sokongan terhadap konsep itu.
Zionisme mula mendapat sokongan kerajaan AS semasa pentadbiran Presiden John Adams. Sementara itu, Presiden Harry S. Truman pula adalah presiden yang bertanggungjawab mengiktiraf penubuhan negara Israel.
Ideologi Zionisme merupakan satu ajaran sesat yang memesongkan ajaran kitab Taurat berhubung "bumi yang dijanjikan Tuhan" untuk bangsa Yahudi dan "kepulangan bangsa Yahudi ke bumi asal mereka di Baitulmaqdis atau Al-Quds (Kota Suci)".
Herzl yang juga seorang peguam dan wartawan di Perancis telah memberi manifestasi baru kepada ajaran Taurat berhubung "kepulangan bangsa Yahudi ke bumi asal mereka". Beliau mengambil sebahagian daripada saranan dalam kitab itu dan mengetepikan sebahagian lagi ayat berhubung "sehingga datang perintah dari Tuhan".
Herzl berpendapat bangsa Yahudi tidak perlu menunggu perintah Tuhan, sebaliknya bangsa itu yang menentukan bila dan bagaimana mereka harus pulang.
Herzl bekerja keras bagi menjayakan cita-citanya itu. Beliau kemudian mengumpulkan wakil daripada semua pertubuhan kecil Yahudi di seluruh dunia untuk menghadiri Kongres Pertama Yahudi di Basel, Switzerland pada 27 hingga 29 Ogos 1897 bagi membincangkan idea itu.
Kongres itu melahirkan 'Program Basel' mengenai penubuhan negara kekal bagi bangsa Yahudi. Dan lahirlah juga Pertubuhan Yahudi Sedunia (PYS) bagi menggerakkan usaha penubuhan negara Yahudi kekal di Palestin.
Herzl dipilih sebagai Presiden pertama PYS dan terus menerajui pertubuhan itu sehinggalah mati pada 1904.
Atas idea dan kegigihan beliau itu, Herzl telah digelar sebagai bapa politik moden Zionisme oleh bangsa Yahudi.
Herzl bijak mengatur langkah bagi mencapai impiannya itu serta menonjolkan dirinya sebagai pemimpin.
Beliau mampu mempengaruhi pemimpin dunia agar bersimpati terhadap bangsa Yahudi. Herzl berjaya membuatkan pemimpin-pemimpin Kristian di Eropah berasa bersalah kerana tindakan kerajaan mengusir, menindas dan membunuh orang Yahudi.
Melalui kempen dan strategi yang tersusun, Herzl berjaya menyatukan sebahagian besar bangsa Yahudi dengan memesongkan akidah mereka sehingga menganggap perjuangan dan tindakan bagi menubuhkan negara Yahudi itu sebagai satu jihad.
Herzl juga mendekati dan mempengaruhi pemimpin dunia, terutama Kristian di Eropah dan AS. Yahudi juga bangkit menguasai sistem ekonomi, politik serta budaya termasuk industri maklumat, hiburan dan keilmuan. Dalam masa yang sama, mereka menyerapkan ideologi Zionisme.
PYS akhirnya berjaya mempengaruhi kerajaan Britain berhubung penubuhan negara Yahudi di Palestin, apabila London mengeluarkan Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 yang mengiktiraf penubuhan negara kekal Yahudi.
Pada mulanya, Britain memperkenalkan 'Projek Uganda' bagi menawarkan Uganda di Afrika kepada PYS. Argentina dan Kashmir, India juga pernah dicadangkan sebagai negara Yahudi.
PYS menolak tawaran itu dan berkeras mahukan Palestin.
Akhirnya Britain bersetuju dan mengemukakan cadangan itu kepada Liga Bangsa-Bangsa dan kepada kerajaan Othmaniah di Turki, yang ketika itu memerintah Palestin.
Pada Jun 1986, Herzl sendiri menghadap Sultan Abdul Hamid II, pemimpin Othmaniah bagi memohon tanah di Palestin.
Sultan itu menolak mentah-mentah idea Herzl.
"Jika satu hari negara Islam (kerajaan Othmaniah) runtuh, maka pada masa itu barulah kamu boleh mengambil Palestin tetapi selagi beta hidup, beta lebih rela tubuh dikerat daripada menyerahkan Palestin untuk Yahudi."
Herzl tidak putus asa dan terus mendekati pemimpin Britain, Perancis dan AS untuk membantu menjayakan cita-citanya.
Pada waktu itu, pergerakan Zionisme telah berjaya meresap ke dalam sistem politik, pentadbiran, ekonomi dan keilmuan di AS.
Di Britain, konco-konco Herzl termasuk Chaim Weizmann dan Nahum Sokolow, pemimpin utama Zionis di London berjaya mendampingi dan mempengaruhi Setiausaha Luar Britain pada waktu itu, Arthur James Balfour, sehingga lahirlah Perisytiharan Balfour 1917 itu.
Weizmann menjadi Presiden pertama negara Israel apabila ia ditubuhkan pada 14 Mei 1948.
Pada 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan supaya Wilayah Mandat Palestin yang ditadbir oleh Britain dibahagi kepada dua negara, Yahudi dan Arab, tetapi ditolak oleh Palestin sehingga berlakunya pemberontakan Arab 1936-1939.
Liga Bangsa-Bangsa yang ditubuhkan pada 28 Jun 1919 selepas tamat Perang Dunia Pertama kemudian memanjangkan cadangan Suruhanjaya Peel itu mengenai pembahagian dua negara di wilayah Palestin.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa-Bangsa pada September 1947 telah menubuhkan Jawatankuasa Khas PBB mengenai Palestin (UNSCOP) yang mengemukakan pelan pembahagian wilayah Palestin kepada dua negara.
Pelan UNSCOP itu kemudian disahkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 dengan bandar Baitulmaqdis diletak di bawah pentadbiran langsung PBB.
Pelan itu ditolak oleh kerajaan Palestin dan negara-negara Arab kerana ia bercanggah dengan Piagam PBB sendiri.
Apabila Britain berundur dari Palestin pada 14 Mei 1948, ketua PYS, David Ben-Gurion mengisytiharkan pembentukan negara Israel selaras dengan Resolusi PBB 1947, yang mencadangkan pembahagian Palestin kepada dua negara.
David Ben-Gurion kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Israel.
Sebelas minit selepas pembentukan negara Israel, Presiden AS ketika itu, Harry S. Truman mengiktiraf negara baru itu diikuti oleh Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin sejam kemudian.
Pada 15 Mei, 1948, sehari selepas pembentukan negara Israel, penduduk Palestin pula mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Hitam (Yawm al-Nakba), apabila ribuan penduduk Palestin dibunuh oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Akhirnya, setelah 51 tahun berjuang, matlamat pergerakan Zionisme untuk menubuhkan negara Yahudi di Palestin mencapai kejayaan pada 14 Mei 1948.
Sejak itu bermula konflik di Palestin di era moden dan penganiayaan, penindasan dan pembunuhan bangsa Palestin oleh rejim Zionis Israel sehingga ke hari ini.Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-5136482164048314082012-03-25T08:37:00.000-04:002012-03-25T08:37:00.668-04:00Yahudi : Bangsa Cerdik Tapi di Benci Seluruh Dunia
Dari Kolum Untung Sabut Timbul, Utusan Malaysia 6/6/2010
PADA tahun 2004 ketika menyaksikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang memberikan kemenangan George W. Bush, penulis ditanya oleh seorang Yahudi yang duduk sebelah dalam satu jamuan makan malam.
Dia bertanya mengapakah orang Malaysia yang berada jauh dari Palestin dan tidak pernah bermusuh dengan Yahudi tetapi amat benci pada Israel.
Penulis jawab bahawa rakyat Palestin telah dirampas tanah mereka dan dinafikan hak mereka sebagai negara berdaulat dan merdeka.
Dia berhujah kembali bahawa apa kena mengena rakyat Palestin dengan Malaysia yang duduk jauh dan tidak menjejaskan kehidupan dan keamanan rakyat negara ini.
Penulis berhujah kembali bahawa walaupun Palestin itu jauh dari segi geografi tetapi dekat di hati rakyat Malaysia. Jauh dan dekat sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain bukannya kerana kedudukan geografi tetapi kerana ikatan emosi yang lain.
Ikatan antara rakyat Palestin dengan Malaysia bukan hanya soal agama. Palestin sudah dianggap bangsa saudara kepada Malaysia, tidak kira anutan agama.
Selain daripada agama, lebih penting lagi ialah Palestin telah menjadi bangsa tertindas dan teraniaya. Rakyat Malaysia dalam semangat kemanusiaan tentunya menyebelahi Palestin.
Orang Amerika itu kemudian mengheret penulis untuk berdebat mengenai isu Palestin yang dikaitkan dengan perkauman anti-Yahudi.
Sebagai orang Melayu tentunya penulis menyebelahi Palestin. Tetapi sebagai peminat intelektual Barat, penulis menyatakan kekaguman terhadap orang Yahudi yang dapat menghasilkan banyak karya pemikiran hebat hingga mencorak tamadun dunia sejak dari dahulu lagi.
Tentunya berbeza dunia hari ini tanpa pemikiran-pemikiran Karl Marx, Sigmund Freud, Albert Einstein dan banyak lagi tokoh pelbagai bidang akademik, kesusasteraan sains dan malah perfileman.
Antara tokoh Yahudi yang penulis kagumi ialah Noam Chomsky, seorang ahli linguistik. Tetapi pemikiran politiknya yang menolak Zionisme, Israel dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa perjuangan pembebasan Palestin adalah fahaman kemanusiaan, dan tidak berkaitan mengenai bangsa dan agama semata-mata.
Bangsa Yahudi walaupun bilangannya kecil tetapi berpengaruh besar dalam sejarah dunia. Mereka memberi sumbangan intelektual bukan saja kepada tamadun Barat tetapi juga Islam.
Tetapi selepas Perang Dunia Kedua, Yahudi muncul sebagai bangsa yang merampas dan menindas bangsa Palestin di atas fahaman Zionisme.
Bagi orang Melayu sejak dari dahulu, Baitulmakdis yang tidak ramai menjejakinya adalah hampir dalam jiwa bangsa. Seperti Mekah dan Madinah, Baitulmakdis juga dianggap bukan saja kota suci tetapi sebahagian daripada jiwa bangsa. Di rumah-rumah orang Melayu, antara gambar masjid yang sering digantung di dinding ialah Kubah Al-Sakhrah di Masjid Al-Aqsa.
Dalam hal ini, penulis teringat kepada seorang warga Palestin yang berhijrah ke sini dan berkahwin dengan rakyat Malaysia. Beliau menghadiahkan dua gambar Masjid Al-Aqsa yang besar dan cantik untuk digantung di dinding rumah penulis dan bapa penulis.
Generasi demi generasi orang Melayu akan diajar mengenai isu Palestin hinggakan mereka seolah-olah saudara sebangsa. Tidak hairanlah mengapa ada seorang bapa saudara penulis yang bernama Yasir. Mungkin datuk penulis menamakannya sempena Yasser Arafat.
Tetapi adiknya, Jamaluddin Elias yang merasa menjadi mangsa tahanan Israel apabila berlaku serangan ke atas kapal Mavi Marmara minggu lalu. Maka akhirnya kekejaman negara Zionis itu sampai juga kepada sanak saudara sendiri.
Beliau yang dijangka pulang pagi ini adalah rakan sepermainan penulis semasa kecil di kampung tetapi tidak selalu dapat bertemu dan berbicara dengannya.
Ternyata beliau berpengalaman luas dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan khususnya semasa tsunami Aceh dan gempa bumi yang berlaku ekoran daripadanya.
Dua minggu lalu, agak terkejut apabila menerima sms daripadanya bahawa beliau dipilih menyertai konvoi bantuan ke Gaza bagi mewakili Yayasan Amal Malaysia di mana beliau ialah Timbalan Pengerusinya. Apa yang boleh dilakukan hanyalah memanjatkan doa agar beliau selamat sambil memikirkan mengenai isterinya dan sepuluh orang anak-anaknya.
Hati hanya lega apabila kemudiannya diberitahu bahawa mereka telah sampai ke Jordan.
Di Jordan, penulis dapat menghubunginya melalui telefon dan beliau menceritakan pengalamannya di atas kapal Mavi Marmara ketika diserbu komando Israel. Betapa tiba-tiba angin kencang yang menolak ke tepi gas komando Israel yang dilemparkan ke atas dek kapal.
Jamaluddin juga menceritakan bagaimana wang RM50,000 untuk digunakan di Gaza yang diletakkan di tempat barang hilang apabila Mavi Marmara ditawan oleh komando Israel itu.
Pastinya apabila dia balik nanti, akan diceritakan kisahnya kepada rakyat Malaysia. Bukan dia saja tetapi juga semua rakyat Malaysia yang mengalami peristiwa mencemaskan di Laut Mediterranean itu.
Maka dapat dibayangkan juga banyak mereka yang terlibat dengan misi flotila itu kembali ke negara masing-masing dan menceritakan pengalaman mereka mengenai keganasan Israel. Bukan saja dari kalangan orang Islam tetapi bukan Islam.
Kalau dilihat taktik rejim Tel Aviv, mereka cenderong menjadikan Palestin sebagai isu agama. Perjuangan pembebasan Palestin digambarkan sebagai keganasan yang dikaitkan dengan agama.
Tetapi misi flotila bantuan untuk Gaza ini menyaksikan penglibatan rakyat dari banyak negara bukan Islam. Palestin telah menjadi bangsa semua manusia.
Dalam hal ini, Yahudi sebagai bangsa cerdik sepatutnya sedar bahawa Zionisme dan Israel tiada tempat dalam kamus kemanusiaan.Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-65749888173544292652012-01-01T12:57:00.000-05:002012-01-01T12:57:50.582-05:00Newt Gingrich Penerus Agenda Zionis
Sumber dari blog Imlan Adabi
JANGAN terperanjat jika Newt Gingrich terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) menggantikan Barack Hussein Obama yang semakin kurang sokongan Yahudi.
Berbeza tiga tahun lalu Obama mendapat sokongan Yahudi kerana sikap mesra Israel, kini Gingrich lebih keyahudiannya. Gingrich memuji Yahudi sebagai manusia suci dan negara Palestin tidak wujud.
Ketika kempen merebut pencalonan Presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan, Gingrich memberi jaminan AS akan terus membantu Israel sebagai negara berdaulat dan selamat daripada ancaman pengganas Islam.
Kenyataan tersebut meskipun mendapat bantahan pemimpin Islam seluruh dunia, Gingrich tetap bertegas bagi merintis laluan ke Rumah Putih.
Televisyen kabel Amerika, The Jewish Channel, menyiarkan kenyataan Gingrich: “Ingat, negara Palestin tidak pernah wujud, ia sebahagian empayar Uthmaniyah.”
Gingrich sengaja memainkan isu Yahudi ketika Obama semakin kurang disenangi di Tel Aviv. Kenyataan Obama mengenai penempatan Yahudi di Tebing Barat menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Pelobi Yahudi dari Virginia, Robert Copeland yang sebelum ini menyokong Obama mempertikaikan dasar AS yang kurang memihak kepada rejim Zionis.
Obama yang tertekan bagi menghadapi pilihan raya Presiden tahun depan terpaksa mengarahkan penasihat Yahudi, Penny Pritzker menambah dana kempen.
Beliau pernah melantik Debbie Wasserman-Schultz sebagai Ketua Jawatankuasa Nasional Demokrat (DNC) bagi meraih populariti bangsa Yahudi.
Bagaimanapun Gingrich tidak keseorangan kerana media bertaraf dunia memberi ruang terbanyak untuk menempatkan beliau ke Rumah Putih. Seperti lazimnya, pilihan raya Presiden AS sering ditentukan oleh kaum yang paling kecil jumlahnya (14 juta bangsa Yahudi) tapi paling berpengaruh di dunia. Mereka pelobi dan pendesak paling berkuasa hingga menentukan peralihan kuasa bukan saja di AS, juga perkembangan politik dan gerakan demokrasi di negara Arab sejak Disember 2010.
Sesiapa saja menyokong Yahudi bakal mendapat manfaat politik dan ekonomi. Dunia berada di telapak kaki Yahudi.
Alan Symons menulis buku The Jewish Contribution To The 20th Century menyenaraikan 1,000 Yahudi berpengaruh di dunia. Symons tidak saja menggariskan tokoh ilmuwan, diplomat, politikus, ahli ekonomi, sasterawan serta budayawan tetapi juga samseng terkenal seperti Bugsy Seigel dan Lois Buchalter. Tidak terkecuali Michael Milken, peniaga ‘junk bond’ yang menyebabkan beberapa institusi kewangan New York hampir muflis.
Yahudi terbabit secara langsung mencorak pemikiran massa. Boris Pasternak, Joseph Brodsky, Albert Einstein, Henry Kissinger, Milton Friedman, Sigmund Freud, Gary Kasparov, Peter Drucker, Steven Spielberg, Harrison Ford, Paul Newman, Carl Bernstein, Rupert Murdoch dan Larry King mempunyai pengikut yang besar. Mereka ikon sepanjang zaman.
Pentadbiran AS sebelum ini mempunyai rekod Zionis yang luar biasa. George W Bush yang memperkenalkan perang menentang keganasan dikaitkan dengan Yahudi. Beliau dibantu Paul Wolfowitz, Elliot Adams, Douglas Feith, Dov Zekheim, Marc Grossman dan Richard Harris -- semuanya mempunyai pengaruh besar ke atas dasar Bush mengenai Israel, Afghanistan dan Iraq.
Kekuatan mereka dipelajari Gingrich. Justeru, kempen menyokong Zionis dilakukan secara terbuka bagi mencapai cita-cita siasah. Gingrich tentunya tidak keseorangan kerana selepas ini ramai lagi politikus di AS akan menggunakan isu Yahudi bagi meraih undi.
Tanpa Yahudi, cita-cita politik seseorang akan terbantut. Begitu juga di Malaysia, apabila ada kalangan kita yang bersekutu dengan Zionis atas nama kebebasan, kedaulatan undang-udang dan hak asasi! - Berita Harian, 28 Disember 2011Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-14796863517763591892011-07-18T11:29:00.000-04:002011-07-18T11:29:11.217-04:00Rupert Murdoch, Yahudi dan Media
Sumber :
http://imlanadabi.blogspot.com/2011/07/media-alat-kepentingan-penguasa.html
News of the World bukti suara Yahudi kuasai jagat
DUNIA kewartawanan tidak mungkin melupakan tarikh 10 Julai 2011 apabila akhbar tabloid Britain, News of the World diterbitkan buat kali terakhir -- menamatkan sejarah 168 tahun ‘berita eksklusif dan skandal’ -- dengan muka depannya tertulis ‘Thank You and Goodbye’ (Terima Kasih dan Selamat Tinggal).
News of the World terkenal sebagai akhbar mingguan mendapat jualan tertinggi di Britain kerana laporan sensasi gara-gara pencerobohan telefon.
Dengan reputasi 7.5 juta pembaca setia setiap minggu, pemiliknya Rupert Murdoch pernah dianggap raja media yang boleh melakukan apa saja untuk menguasai dunia. Murdoch juga hartawan Yahudi yang menguasai organisasi The Wall Street Journal, Twentieth Century Fox, The New York Post,The Times dan Dow Jones & Company.
News of the World dianggap gaya tipikal Yahudi menguasai minda manusia. Ia bukan saja merisik pejabat tokoh politik dan seniman tersohor dunia, bahkan menceroboh talian istana dan pejabat Perdana Menteri Britain. Hak peribadi Ratu Elizabeth, Puteri Diana dan Putera Charles pernah dicabul. Kehidupan bekas bintang bola sepak England, David Beckham diselongkar secara leluasa. Hak peribadi mereka menjadi bahan eksklusif di tangan wartawan. Peminat dan pembaca terlalu senang mendapat cerita ranjang tanpa perlu menapis kebenaran fakta.
Lebih malang lagi, keghairahan News of the World dikaitkan juga dengan usaha terancang Yahudi memburukkan individu kontroversi beragama Islam dengan segala keserakahan peribadi. Anwar Saddat, Sukarno, Hosni Mubarak, Shah Iran, Omar Shariff dan Idi Amin pernah menjadi fokus. Wartawan seolah-olah berkuasa sebagai tuhan yang menentukan dosa seseorang insan. Media tanpa silu melaporkan hal peribadi dengan warna yang mengghairahkan.
Bagaimanapun menjadi misteri apabila Murdoch terlalu senang menghentikan edaran  News of the World tanpa penjelasan lanjut. Apakah kerana akhbarnya disiasat, maka  News of the World terus ditutup dan 200 pekerja hilang jawatan?
Murdoch seperti kebanyakan Yahudi lain, mempunyai pelbagai helah. Dia mempunyai strategi untuk mengelak reputasinya terdedah dan ke mana perginya wang keuntungan industri media disalurkan. Ada yang mengaitkan Tel Aviv antara penerima sumbangan terbesar industri media tersohor.
Dari segi angka, bangsa Yahudi hanya 14 juta di seluruh dunia, dengan tujuh juta di Amerika Syarikat, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap seorang Yahudi, ada 100 Muslim (1:100). Namun Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada umat Islam. Tentunya fungsi media tidak boleh ketepikan. Tokoh Yahudi menguasai media termasuk Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). Merekalah yang mencorakkan pemikiran sejagat. Hari ini isu kebebasan sering dikaitkan sebagai perjuangan hak. Ada yang sanggup menggunakan media sebagai propaganda perang era moden. Zaman pasca Perang Dingin dianggap simbol kejayaan Yahudi menguasai dunia.
Penguasaan media menjadi agenda utama mempengaruhi pandangan massa. Murdoch dan rakan Yahudi lain tidak terkecuali menguasai pusat media di Hong Kong, Singapura dan Australia. Laporan kritikal mengenai Malaysia tentunya mudah difahami agenda mereka kerana ada dalam kalangan kita sendiri yang bersekutu untuk merosakkan imej negara pada peringkat global.
News of the World sudah menjadi tinggalan sejarah. Namun warisan media sensasi belum tentu berakhir. Malaysia akan terus menjadi mangsa dengan pelbagai kerenah dan helah! - Berita Harian, 18 Julai 2011Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-22082077015165676712011-03-27T09:19:00.000-04:002011-03-27T09:19:41.589-04:00Kemunculan Semula Bani Israel
Sumber :Utusan Malaysia 4/8/2006
Oleh WAN MOHD HAFIZ WAN HAMZAH
HARI Jumaat, 14 Mei 1948, adalah tarikh bersejarah bagi kaum Yahudi di seluruh dunia kerana wujudnya sebuah negara yang dinamakan Israel - kemuncak cita-cita kaum Yahudi sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Setelah melalui beberapa peringkat rundingan, termasuk Perjanjian Belfour yang amat penting sebagai satu tanda mendeklarasikan kewujudan negara Israel, maka muncullah sebuah negara baru di peta dunia, iaitu Israel.
Mungkin ramai yang tidak menyedari, malah termasuk umat Islam sendiri, bahawa kini Bani Israel seperti yang disebut-sebut di dalam al-Quran kembali mempunyai negara. Dengan tertubuhnya negara tersebut, setelah beribu-ribu tahun bertaburan di muka bumi, kaum ini kembali bertaut dan bersatu di bawah panji-panji Israel.
Ketika di zaman para nabi, kaum Yahudi juga dikenali sebagai golongan dari Bani Israel. Ini berdasarkan susur galur sejarah terdahulu kaum Yahudi, mereka adalah daripada golongan yang digelar oleh al-Quran sebagai Bani Israel.
Daripada susur galur golongan ini jugalah, banyak munculnya nabi-nabi dan rasul kecuali Nabi Muhammad s.a.w., Nabi akhir zaman yang muncul di kalangan keturunan Arab.
Di dalam al-Quran sendiri, banyak ayat yang menceritakan kisah dan riwayat Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ketika di zaman Firaun, Bani Israel adalah kategori rakyat bergelar hamba dan tidak layak untuk menikmati kehidupan yang bebas sempurna. Firaun yang berbangsa Qibti, benar-benar zalim terhadap golongan Bani Israel pada waktu itu.
Mungkin kezaliman yang dilakukan tidak jauh bezanya dengan kekejaman Adolf Hitler terhadap golongan ini semasa dunia di era Perang Dunia Kedua.
Setelah datangnya pertolongan Allah s.w.t membebaskan Bani Israel daripada kekejaman Firaun, melalui kemunculan Nabi Musa a.s., Bani Israel mula lupa perjanjian taat setia untuk patuh kepada perintah Nabi Musa a.s.
Kedegilan dan keangkuhan kaum Bani Israel ketika di zaman Nabi Musa dan seterusnya, termasuk di zaman Nabi Isa a.s secara jelas dinyatakan Allah s.w.t melalui firman-Nya di kebanyakan surah.
Sebagai contoh di dalam Surah al-Baqarah Ayat 83, Allah s.w.t telah menerangkan kepada Bani Israel beberapa perintah-Nya untuk dipatuhi oleh golongan tersebut. Perintah ini dikenali sebagai The Ten Comandment seperti mana yang tersebut di dalam kitab Taurat. Malah, kisah Bani Israel ini turut difilemkan pada sekitar tahun 1956 yang berjudul The Ten Commandment arahan Cecil B. DeMille.
Jelas terbukti, pada hari ini lebih ramai di antara golongan Bani Israel ingkar terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. Apa yang al-Quran jelaskan 1,400 tahun lalu mengenai perlakuan Bani Israel seakan-akan sama dengan sikap yang diperlihatkan oleh negara Israel pada hari ini.
Sikap mereka yang suka bermusuhan dan kejam terhadap orang lain terutama melibatkan isu Palestin dan kini Lebanon adalah sama seperti mana yang difirmankan Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 85.
Sesungguhnya, golongan Bani Israel ini adalah satu kaum yang dimuliakan Allah s.w.t satu ketika dulu. Kebanyakan daripada keturunan Bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan terhadap kaum lain.
Ini jelas apabila hampir semua di kalangan nabi dan rasul diturunkan melalui keturunan mereka. Malah Nabi Isa .a.s. sendiri termasuk di kalangan keturunan Bani Israel.
Dengan kemuliaan yang diberikan Allah s.w.t. kepada mereka, golongan ini menjadi sombong dan bongkak serta memandang hina ke atas pihak lain. Apa yang berlaku terhadap keganasan dan kezaliman yang tidak sudah-sudah ke atas rakyat Palestin dan Lebanon, menjadi satu bukti yang nyata.
Namun Allah s.w.t. telah memperingatkan golongan ini bahkan firman tersebut amat relevan pada hari ini berdasarkan situasi dan konflik di Asia Barat yang tercetus akibat tindakan rejim Israel. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 122 yang bermaksud :
“Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya)’’
Namun, pastinya, ramai yang lupa daripada beringat. Itu adalah fitrah manusia yang diciptakan sedia kala lemah. Begitulah hakikatnya pada Bani Israel dan kini, rejim Israel yang kembali melakukan kerosakan di bumi Palestin dan Lebanon. Israel dan sekutunya, AS dan Britain, ternyata melaksanakan kekejaman berselindung di sebalik kata-kata retorik kedamaian dan demokrasi.
Golongan ini menggelarkan orang lain, khususnya umat Islam sebagai pengganas, namun penglibatan golongan ini dalam pembunuhan rakyat Palestin dan tragedi Shabra Satilla dan Deir Yassin tidak pula dianggap sebagai satu keganasan? Kini tragedi yang sama kembali berulang.
Di dada-dada akhbar terpampang mayat kanak-kanak comel yang tidak berdosa terkulai layu tidak mengerti, akibat sifat serakah rejim Israel.
Tidakkah jelas, seperti yang diberitahu al- Quran terhadap sikap dan pendirian sesetengah golongan ini yang suka melakukan kerosakan. Ini hanya sebahagian. Bukan semua golongan Yahudi yang menyokong dasar luar pentadbiran Israel.
Malah kaum Yahudi yang beriman, beramai-ramai keluar mengadakan demonstrasi bermula sejak tragedi Shabra Satilla. Deir Yassin, penaklukan Palestin dan berterusan hinggalah yang terbaru, apabila Lebanon pula dicerobohi.
Namun sebahagian besar daripada golongan ini adalah terdiri daripada golongan yang lalai dan lupa. Sikap Bani Israel yang diceritakan al-Quran saling tak tumpah seperti sikap rejim Israel seperti yang wujud dengan rasminya di peta dunia pada hari ini. Firman Allah s.w.t. dalam surah al- Maidah ayat 32 yang bermaksud :
“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan daripada mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.”
Sesungguhnya kini, sebahagian daripada golongan yang menderhaka dari Bani Israel, secara rasminya wujud kembali sebagai para pemimpin bagi Israel, dan terus melakukan kekejaman dan kezaliman, sama seperti yang pernah sebahagian daripada mereka lakukan satu ketika dulu.Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-90687422823983993052011-02-06T18:56:00.000-05:002011-02-06T18:56:08.266-05:00Perangai dan sifat Yahudi..
Video selanjutnya boleh ditonton di YoutubeMohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1141207205287067269.post-59474970709141591482010-10-19T08:16:00.001-04:002010-10-19T11:36:12.983-04:00Cerita Tentang Yahudi
Oleh : Ku Seman Ku Hussain
Selepas jadi tukang karut saya hendak cerita kisah Yahudi. Ini menarik untuk kita tahu bahawa Yahudi itu di sekeliling pinggang kita. Saya mengambil contoh pembikinan filem dokumentari mengenai Holocaust yang dicetuskan oleh pengarah Steven Spielberg bersama James Moll pasti akan menambah satu lagi `sumbangan' Yahudi memperjuangkan isu kemanusiaan. (Kononnya)
Sebelum ini buku The Jews Contribution to the 20th Century susunan Alan Symons telah menyenaraikan 1,000 tokoh Yahudi di pelbagai bidang. Dari seni, sastera, filem dan falsafah, semuanya dikuasai oleh tokoh berbangsa Yahudi.
Penulis buku ini melihat kekejaman ke atas Yahudi pada era Nazi pimpinan Hitler sebagai cetusan kebangkitan Yahudi abad ke-20. Jumlah 1,000 tokoh dalam senarai Symons ini datangnya dari 40 buah negara di dunia. Nama Spielberg disenaraikan bersama tokoh-tokoh besar perfileman dunia. Maka bolehlah dikatakan bahawa Yahudi yang menjadi pengemudi tradisi perfileman di dunia.
Pada dekad terakhir abad ke-20, Spielberg telah diangkat sebagai wira apabila menghasilkan filem Schindler's List. Filem Terbaik Anugerah Akademi ini mengingatkan tentang kekejaman terhadap Yahudi semasa Perang Dunia Kedua di Jerman.
Pembikinan filem dokumentari Holocaust ini dibuat di lima negara yang dianjurkan oleh Shoah Visual History Foundation. Filem yang diterbitkan ini akan disiarkan di stesen TV di Poland, Argentina, Republik Czech, Rusia dan Hungary.
Shoah Visual History Foundation yang diasaskan oleh Spielberg kini lebih merupakan arkib multimedia yang menyimpan lebih 200,000 keterangan mengenai kekejaman termasuk pita video yang durasinya lebih 100,000 jam.
Ini sebenarnya kelangsungan dari Schindler's List tentang peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi sewaktu era Nazi antara 1933 hingga 1945. Tapi angka ini sengaja dibesar-besarkan.
Spielberg seorang Yahudi menjadi perhatian dunia apabila memperjuangkan isu-isu kemanusiaan. Mengikut catatan sejarah seramai 6 juta Yahudi dibunuh dengan kejam termasuk 1.5 juta daripadanya kanak-kanak.
Tentunya pembikinan dokumentari Holocaust ini akan mengingatkan manusia abad ke-21 tentang sumbangan Yahudi membela manusia. Ini juga membuktikan di sebalik kuasa filem sebagai produk dagangan Amerika, ia juga menjadi antara yang memainkan peranan menjana pemikiran mengikut acuan pembuatnya.
Apabila Yahudi menguasai media filem, sumbangan Yahudi dalam isu kemanusiaan telah menjadi agenda utama. Siapakah pengarah hebat dalam dunia filem kalau bukan Yahudi? Nama-nama seperti Sergie Eisenstein, Woody Allen, Milos Forman, Stanley Kubrick, Roman Polanski adalah Yahudi.
Maka tidak hairanlah kalau filem arahan Spielberg melihat Holocaust pada zaman Hitler kerana kepentingan kepada Yahudi dan tidak perlu terkejut kalau dokumentari yang diusahakan ini melihat tragedi Holocaust daripada persepsi yang sama.
Kerana itu kekejaman yang sama dilakukan pada era pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic pada dekad 90-an yang menyembelih beratus ribu rakyat Islam Bosnia tidak menggerakkan keinginan untuk diangkat ke filem.
Perlu diingat semasa Schindler's List ditayangkan tahun 1994, adegan imbas kembali dalam bentuk hitam putih filem itu berlaku di Bosnia. Tidak ada bezanya antara penyembelihan terhadap Yahudi zaman Nazi dengan Bosnia di zaman Milosevic.
Tetapi dunia bersimpati kepada Yahudi dalam Perang Dunia Kedua kerana Yahudi menguasai filem. Tragedi di Bosnia tidak diangkat ke filem kerana yang menjadi mangsa bukan orang Yahudi. Maka berlalulah kekejaman yang mencabar tamadun manusia akhir abad ke-20 selari dengan imbas kembali kekejaman Nazi.
Kita perlu juga bertanya sejauh manakah kejujuran Spielberg memperjuangkan isu Holocaust tanpa dipengaruhi oleh bias terhadap bangsanya? Apakah filem dokumentari ini memberikan persepsi yang menyeluruh terhadap kekejaman sesama manusia?
Holocaust bukan sahaja terhadap Yahudi. Tetapi istilah ini untuk menggambarkan kekejaman yang dilakukan ke atas sesuatu bangsa untuk tujuan penghapusan etnik. Selain Bosnia, kekejaman yang serupa berlaku di Kemboja pada era Rejim Khmer Rough pimpinan Pol Pot. Di tangan Pol Pot lebih dua juta manusia menjadi korban.
Peristiwa yang sama juga berlaku di Rwanda, Chechnya dan Kosovo. Filem The Killing Fields tentang kekejaman Pol Pot dihasilkan kerana ada kepentingan Amerika di Kemboja. Semasa tragedi itu, seorang wartawan New York Times, Sydney Scanberg turut ada bersama-sama. Maka The Killing Fields arahan Roland Joffe melihat Holocaust di Kemboja dari persepsi Amerika.
Sumber : Dari blog School Of Life
Bismillahirrahmanirrahim..
Siri kekejaman dan sejarah penindasan yang menyaksikan umat Islam sebagai mangsa utamanya tidak pernah bernoktah dan sentiasa berulang. Bermula seawal risalah Allah mula disebarkan di muka bumi sehinggalah hari ini. Apakah punca sebenar umat Islam hari ini gagal bangkit daripada kegagalan walhal bukan sedikit sejarah yang menceritakan tentang kegemilangan Islam di puncak kejayaan?
Faktor aqidah yang rapuh dan pengamalan ajaran Islam yang lemah tidak dinafikan menjadi perkara pokok kepada persoalan di atas. Namun, kelemahan untuk mengenal pasti dan memahami musuh agama turut sama menjadi faktor yang tidak boleh dipandang enteng sama sekali. Kegagalan untuk memahami sejarah, latar belakang dan sifat sebenar musuh menyebabkan kita lemah dalam mengatur strategi yang mantap bagi menghadapi mereka. Kita seolah-olah berlawan dengan mata yang buta dan telinga yang pekak tanpa mengira ke mana serangan yang perlu dilancarkan dan di mana benteng yang perlu dipertahankan berdasarkan kelemahan dan kekuatan yang ada pada pihak lawan.
Dalam surah al-Anfaal, ayat ke 60, Allah memerintahkan umat Islam supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh. Persoalannya, siapakah yang dikatakan musuh Islam itu? Hakikat sebenar, umat Islam dikelilingi musuh-musuh bermula daripada iblis laknatullah sehinggalah manusia yang kufur dan musyrik. Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 82 yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi dan orang Musyrik…… "
Allah memberitahu umat Islam bahawa di kalangan manusia mereka yang paling kuat memusuhi Islam ialah orang Yahudi.
Siapakah orang Yahudi? Tidak dinafikan bangsa Yahudi asalnya daripada keturunan mulia apabila dikaitkan dengan nabi dan rasul yang dibangkitkan di kalangan mereka, namun kemuliaan itu sudah hancur disebabkan tindakan mereka sendiri. Perkara itu dijelaskan melalui firman Allah dalam surah Israa', ayat 4 yang bermaksud:
"Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab itu:Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan meyombong diri dengan kesombongan yang besar"
Bangsa Yahudi menganggap bangsa lain setaraf haiwan malah lebih teruk daripada itu, bahkan membunuh bangsa lain khasnya umat Islam, tidak menjadi satu kesalahan dan tidak berdosa di sisi mereka. Sejarah mencatatkan, bahawa kebanyakan nabi daripada kalangan Bani Israel ditentang oleh bangsanya sendiri. Nabi Musa dan Harun berkali-kali dikhianati oleh bangsa Yahudi. Nabi Zakaria dan Yahya dibunuh oleh mereka. Nabi Isa juga
cubadibunuh tapi diselamatkan oleh Allah. Setiap kali diutuskan nabi, hanya segelintir daripada mereka yang beriman. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap Rasulullah SAW. Bukan sedikit kisah yang menceritakan percubaan kaum Yahudi untuk membunuh utusan Allah ini. Kejahatan kaum Yahudi tidak terhenti pada zaman Rasulullah, bahkan berterusan sehingga ke hari ini.
PERSOALAN YAHUDI- FAKTA ATAU KHAYALAN?
Adakah benar wujudnya satu program dunia Yahudi? Victor E. Marsden dalam bukunya "THE PROTOCOLS of the Meetings of the LEARNED ELDERS OF ZION" yang diterjemahkan daripada bahasa Rusia daripada pemilik asal, Sergius A. Nilus sedikit sebanyak menjelaskan telah wujudnya pakatan satu Program Dunia Yahudi yang telah lama dirancang.
Asalnya buku yang membongkar 24 Protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuan Zionis tersebut telah diterbitkan oleh Prof. Sergius A. Nilus di Rusia pada tahun 1905. Penerbitan buku tersebut mendapat tentangan hebat ketika itu dan dikatakan sesiapa yang memiliki naskhah buku tersebut adalah penjenayah yang membolehkan pemiliknya ditembak serta merta. Hakikat ini sendiri sebenarnya membuktikan kesahihan protokol-protokol tersebut.
Sudah pasti jurnal-jurnal orang Yahudi ketika itu mengatakan isi kandungan protokol-protokol tersebut adalah palsu yang membuatkan seolah-olah Prof. Nilus telah mereka-reka protokol-protokol tersebut untuk kepentingannya sendiri. Namun apa yang menarik, walaupun protokol-protokol yang dirancang oleh pemimpin-pemimpin Yahudi ini pada waktu itu hanyalah satu ramalan, namun kebenarannya telah dapat kita saksikan pada masa kini. Henry Ford, dalam satu temuramah yang diterbitkan dalam New York World, 17 Februari 1921,16 tahun setelah isi kandungan protokol tersebut disebarkan kepada umum, berkata: "Hanya satu kenyataan yang akan saya katakan mengenai protokol-protokol tersebut iaitu ia menepati apa yang sedang berlaku. Ia telah berumur 16 tahun sekarang dan telah menepati apa yang berlaku di dunia sehinggalah masa kini. Ia masih menepati keadaan sekarang"
Di dalam bukunya, Prof. Nilus menjelaskan protokol-protokol ini menunjukkan ciri-ciri sesuatu ucapan yang telah diberikan kepada suatu kelompok sulit Pemerintah-Pemerintah Zionis. Ia mendedahkan suatu pelan tindakan bersepadu oleh Bangsa Yahudi yang telah dibuat sejak dahulu lagi dan telah disunting serta dikemaskini oleh para pemimpin mereka. Bahagian-bahagian dan ringkasan-ringkasan rancangan tersebut telah diterbitkan dari semasa ke semasa di sepanjang abad disebabkan terbocornya rahsia para pemimpin mereka.
Protokol-protokol tersebut sebelum terbocor dan dibukukan,dikatakan telah diedarkan sesama mereka di Kongres Zionis Sedunia yang Pertama bertempat di Basle pada tahun 1897 di bawah Presidennya, Bapa Zionis Moden, mendiang Dr. Theodor Herlz. Seorang penulis yang aktif menulis berkenaan teori politik dan falsafah peradaban, Roger Garaudy yang kini telah memeluk Islam, di dalam buku susunannya, THE CASE OF ISRAEL, a study of political Zionism, menyatakan Theodor Herlz yang memulakan gerakan politik Zionisme, telah menyusun doktrin Zionisme semenjak tahun 1882 dan seterusnya. Pada tahun 1896, ia memuatkan dokrin tersebut dalam bentuk yang sistematik dalam bukunya yang berjudul Der Judenstaat yang bermaksud Negara Yahudi, kemudian menerapkannya pada Kongres Zionis Sedunia di Basle.
USAHA PENEMPATAN YAHUDI DI PALESTIN
Sekiranya kita imbas kembali sejarah lalu, pada tahun inilah (1897) dan bertempat di tempat yang sama, Basle,Switzerland persidangan yang sama diadakan untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Mereka telah merancang untuk memberi rasuah kepada Sultan Abdul Hamid, Khalifah Kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu untuk membenarkan penempatan Yahudi. Namun dengan secebis keimanan di hati Khalifah, Sultan Abdul Hamid telah memberikan satu jawapan yang bernas, jawapan yang cukup popular dan diingati sehingga hari ini:
"Saya tidak boleh bertolak ansur walaupun sejengkal daripada bumi Palestin, kerana ianya bukan milik saya, tetapi ia adalah milik umat Islam yang telah berperang dan mengorbankan darah untuk mendapatkannya…Sekiranya kamu membayar kepada saya dengan seluruh emas yang ada di atas muka bumi ini sekalipun, saya tidak akan benarkann kamu mengambil bumi Palestin".
Namun gerakan Zionis tidak berputus asa. Mereka cuba menjalin kerjasama dengan British yang masuk ke Palestin denngan jalan penjajahan. Dalam tempoh penjajahan itu, British membuka laluan kemasukan beramai-ramai pendatang Yahudi dan membuka penempatan haram untuk mereka. Akhirnya pada 29 November 1947, lima puluh tahun selepas penubuhan gerakan Zionis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan pembahagian Palesti kepada dua bahagian, satu untuk orang Arab Palestin, dan satu lagi dibina negara haram Israel. Kaum Yahudi walaupun sudah dapat membentuk kerajaan, masih tidak berpuas hati, mereka terus bertindak ganas membunuh umat Islam sehinggalah hari ini.
GERAKAN AGAMA ZIONISME DAN GERAKAN POLITIK ZIONISME
Terdapat perbezaan antara gerakan keagamaan dan gerakan politik Zionisme dalam situasi dunia hari ini. Roger Garaudy di dalam bukunya yang sama menjelaskan gerakan keagamaan Zionisme ini (hanya mempengaruhi kumpulan-kumpulan yang sangat kecil) yang merupakan gerakan yang menumpukan soal kebatinan dan spiritual bangsa Yahudi tidak terlibat langsung dengan mana-mana program politik yang ingin menubuhkan sebuah negara Yahudi apatah lagi menguasai Palestin, dan tidak pernah membawa kepada berlakunya pertentangan ataupun perselisihan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat Yahudi dengan penduduk Arab, sama ada mereka penganut agama Islam atau Kristian. Gerakan politik Zionisme pula yang dimulakan oleh Theodor Heltz berlawanan dengan gerakan keagamaan Zionisme. Herlz dalam pandangan-pandangan yang dikemukakannya bersikap mengingkari agama secara radikal bahkan menentang pula, dengan keras semua orang yang memberi takrif Judaisme sebagai sebuah agama. Dari sudut pandangan gerakan politik Zionisme, orang-orang Yahudi tersebut adalah segala-galanya mengatasi semua bangsa.
YAHUDI DAN DUNIA HARI INI
Hakikat sebenar, bangsa Yahudi ini telah lama berhasrat untuk menakluk dunia. Isi kandungan Protokol No.11 yang dirangka mereka antara lain berbunyi: "Tuhan telah mengurniakan kepada kita, insan pilihanNya, kurniaan penempatan secara bertebaran, dan daripada kurniaan ini, yang dilihat oleh semua orang sebagai kelemahan kita, telah muncul seluruh kekuatan kita yang telah membawa kita di ambang kedaulatan ke atas seluruh dunia."
Jelas, usaha penaklukan Palestin adalah sebahagian kecil daripada matlamat sebenar orang Yahudi untuk menakluk dunia.
Paling nyata, satu petikan daripada protokol No. 13, yang antara lain menyentuh persoalan politikal, dan penghiburan, berbunyi : "Kitalah yang telah melatih mereka (Orang bukan Yahudi) untuk campurtangan dalam hal politikal sebagai salah satu cara untuk menentang kerajaan goyim* tetapi dengan syarat mereka diberikan suatu pengisian baru yang mana kelihatan seperti hal politikal yang sama. Agar orang ramai sendiri tidak dapat mengagak apa yang sebenarnya yang diberikan kepada mereka, kita akan terus mengalih perhatian mereka daripadanya dengan hiburan-hiburan, permainan-permainan, hobi-hobi, keghairahan,
istana-istana rakyat……Tidak lama kemudian, di akhbar-akhbar kita akan mula menganjurkan peraduan-peraduan di dalam bidang kesenian,kesukanan dan yang sepertinya- minat di
dalam perkara-perkara ini akan dapat mengalihkan perhatian mereka daripada persoalan yang mungkin memaksa kita untuk menyanggahnya. Semakin tidak dibiasakan mereka bertindakbalas dan melahirkan pendapat sendiri, orang ramai akan mula bercakap dalam nada yang sama seperti kita, kerana kita sahajalah yang memberikan aliran baru untuk memberi pendapat….."
*(GOYIM: merujuk kepada orang bukan Yahudi, dan perkataan ini digunakan dalam protokol-protokol tersebut)
Jelas, masyarakat dunia hari ini khususnya umat Islam telah diperdayakan oleh golongan yang perasan mereka Insan Pilihan Tuhan yang mahukan seluruh dunia ini ditawan di bawah kekuasaan mereka. Dalam sedar atau tidak pengaruh gerakan Zionisme telah lama meresap ke dalam masyarakat seluruh dunia. Terlalu banyak rancangan syaitan bertopengkan manusia ini yang perlu dibongkarkan. Adalah menjadi keperluan bagi umat Islam untuk mengkaji sejarah bangsa Yahudi secara terperinci dan mengambil iktibar daripada peringatan dalam al-Quran. Apabila umat Islam memahami latar belakang, sifat semulajadi, dan cara pemikiran Yahudi mereka akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan tindakan serta ancaman daripada bangsa tersebut. Memetik kata-kata seorang pendakwah di Malaysia:
"Jika kita hendak berhadapan dengan bangsa Yahudi, perlu ada kekuatan perpaduan, dan berpegang kepada ajaran agama. Selagi kita berpecah belah dan ambil remeh, susah untuk mengalahkan bangsa Yahudi" . Setiasalah sematkan dalam diri, Allah tidak akan memungkiri janji. Kemenangan pasti berpihak kepada kebenaran, cuma kita perlu mainkan peranan, berusaha dan berdoa serta atasi segala kelemahan.
Wallahua'lam
Mohd Faizalhttp://www.blogger.com/profile/06037623005344267996noreply@blogger.com3