www.majalahsains.com

Thursday, November 22, 2012

Gaza Bermandi Darah Lagi!



Oleh Johan Jaafar
Sumber : Berita Harian 23 Nov 2012

Pada tahun 2006, tentera Israel menyerang Lubnan. Di tengah kemarahan dunia terhadap Israel, bekas pegawai tinggi tenteranya, Ave Azrieli menulis di dalam akhbar International Herald Tribune tentang perlunya negara itu berubah sikap. Azrieli menggesa Israel menjadi sebahagian daripada ‘negara Asia Barat’, bukan sebuah pulau di tengah wilayah yang membenci dan mengasingkannya.

Menurut beliau, demi kelangsungan, Israel ‘harus menerima hakikat bahawa manusia di sekelilingnya bukan sahaja perlu dilihat sebagai musuh tetapi juga mereka yang harus hidup bersama-sama di dalam wilayah yang paling bermasalah di dunia.” Malah beliau mencadangkan agar Israel menghantar mesej yang jelas kepada dunia Arab, ‘bahawa kami menghormati kamu.’
Pandangan sedemikian tidak pernah dan tidak mungkin dipedulikan oleh pimpinan Israel. Banyak lagi sebenarnya ilmuwan dan pemikir berbangsa Yahudi yang tidak menyenangi dasar Israel dan fahaman Zionisme. Noam Chomsky, cendekiawan berbangsa Yahudi, yang juga ahli falsafah, tokoh sejarah dan ahli linguistik tersohor banyak menyuarakan kecaman beliau terhadap dasar Israel.


Israel hantar mesej pada Obama

Gaza in Crisis: Reflections on Israel’s War Against the Palestinians yang merupakan koleksi wawancara dan esei beliau yang terbit pada tahun 2010 amat relevan ditelaah pada masa ini. Dua buah bab di dalamnya, ‘The Ghettoization of Palestine’ dan ‘The Killing Fields of Gaza 2004-2009’ sangat penting dibaca hari ini.

Serangan ke atas Lubnan pada tahun 2006 tidak menguntungkan Israel. Pada tahun itu, dalam satu tinjauan ke atas rakyat negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mendapati 59 peratus responden mengatakan dalam konteks mengacau keamanan dunia, Israel lebih berbahaya daripada Iran, Korea Selatan dan Pakistan.

Seperti biasa, Israel tidak akan menghormati sesiapa. Malah tidak memandang sebelah matapun pada bantahan dan kecaman 1.3 bilion umat Islam. Serangan ke atas Gaza yang bermula dua minggu lalu menunjukkan satu lagi contoh bagaimana Israel akan berbuat apa sahaja yang disukainya. Seperti biasa juga, alasan yang diberikan adalah demi ‘mempertahankan diri’. Tiada siapa yang menanyakan hak rakyat Palestin untuk hidup. Apakah dengan menyerang pejabat Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh dan membunuh dan Ahmad Jabari sebahagian daripada usaha mempertahankan diri?
Israel sebenarnya mahu menghantar mesej pada Presiden Barack Obama bahawa “kami tidak perlu mengikut cakap kamu.” Atau amaran pada Obama bahawa Israel tidak menghormati sesiapa dalam konteks menangani jiran-jirannya. Obama yang dilantik semula sebagai Presiden AS antara lain kerana sokongan lobi Yahudi yang kuat, tidak akan mengecam tindakan Israel. Pada waktu yang sama AS meminta Mesir menggunakan ‘pengaruhnya’ di rantau itu untuk menenangkan keadaan. Apakah pula ‘nasihat’ AS terhadap sekutunya, Israel?

Kebangkitan ‘Arab Spring’

Kali ini tindakan Israel membawa implikasi yang jauh lebih berbahaya. ‘Arab Spring’ telah memberikan nafas demokrasi baru di negara-negara Arab. Kemarahan anak-anak muda kali ini tidak mampu dibendung oleh kerajaan baru yang lebih demokratik dan terbuka. Kita semua tahu Palestin adalah punca utama kemarahan orang Islam terhadap Israel dan AS. Sikap radikal di kalangan anak-anak muda Islam dicetuskan sebahagian besarnya oleh isu Palestin.

Tidak ada seorangpun Presiden AS yang sehingga ini dapat menyelesaikan masalah Palestin. Harapan umat Islam pada Obama nampaknya terlalu tinggi. Kita semua tahu siapapun di Rumah Putih tidak akan mengubah dasar AS terhadap Israel. Nampaknya untuk empat tahun lagi, rakyat Palestin akan terus menderita. Sebahagian besar daripada mereka menjadi pelarian di negara orang – tanpa negara, tidak dikehendaki dan hanya menjadi statistik dalam bentuk jumlah pelarian. Selepas Obama? Keadaan mungkin lebih buruk. Jikalau Obama tidak dapat mengekang keganasan Israel, tiada siapa lagi yang boleh berbuat demikian.

Tidak lama dahulu seorang penulis sejarah berbangsa Yahudi menulis buku Hitler’s Willing Executioners: Ordinary Germans and the Holocaust. Menurut beliau, bukan Hitler dan anggota Parti Nazi sahaja yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kaum Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua. Rakyat Jerman seluruhnya ‘turut bertanggungjawab’.

Apakah agaknya teori beliau terhadap kekejaman kerajaan Israel hari ini terhadap rakyat Palestin? Tidakkah seluruh rakyat Israel sepatutnya ‘bertanggungjawab’? Bukankah mereka juga pada masa ini ‘willing executioners’ seperti juga tuduhan yang beliau lemparkan ke atas seluruh rakyat Jerman sewaktu pemerintahan Hitler?

Tuesday, September 4, 2012

Zionis Sebenar

Gambar Ihsan http://oyaonsketch.blogspot.ca/2012/06/membedakan-zionisme-dari-yahudi.html


Artikel dimuatkan kembali di sini dari laman web Cloudfable atas persetujuan penulis dan pengendali web. Artikel asal boleh didapati di

http://cloudfable.com/2012/08/zionis-sebenar/



RAMAI dalam kalangan masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna Land of Israel.

Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan Zionisme mula menampakkan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, tetapi hakikatnya terdapat beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utamanya ialah:

1. Faktor ekonomi

Kerajaan Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah. Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya kepada pihak Eropah. Kebanyakan negara islam merupakan jajahan takluk kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.

2. Arab Revolt 1916

Kebangkitan semangat nasionalis dalam kalangan masyarakat Arab telah mewujudkan satu usaha untuk memisahkan negara Arab daripada kawalan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dalam kalangan masyarakat arab. Arab Saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde‘ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan McMahon selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.

3. Perjanjian Sykes-Picot 1916

Perjanjian rahsia ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei 1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang. Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan, Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani. Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya jatuh ke tangan British. Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish People‘ ke dalam negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dalam kalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan bagi memberikan pihak British mandat:
His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the jewish people, and will use their best endeavour to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious right of existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country.”

Sejarah Awal Gerakan Zionis

Nama tokoh Yahudi selaku Pioneers gerakan Zionis seperti Theodore Herzl (1860-1904) pastinya dikenali ramai, namun hakikatnya ia telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu oleh tokoh seperti Shabbetai Zvi (1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875), dan Leo Pinsker (1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore Herzl pada tahun 1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di Basle pada 27-29 Ogos 1897. Gerakan ini telah menjadi satu usaha di peringkat global untuk mewujudkan sebuah negara Israel di Palestin dan seterusnya mendapatkan sokongan kepada kewujudannya. Herzl mewujudkan hubungan diplomatik yang kuat bagi mendapatkan sokongan kuasa besar ketika itu dan memujuk British untuk terlibat sama dalam Jewish Project.

Sebenarnya, negara Palestin merupakan bukan pilihan utama sebagai tempat penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih sebuah negara di Afrika iaitu Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu Second Zionist Conference. Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke Palestin, dia tidak merasa berminat dengan Palestin kerana negara Palestin ketika itu kotor dan telah berlaku pencemaran. Akhirnya, untuk mengekalkan strategi agar terus berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan penubuhan negara Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah menawarkan bantuan kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan Uthmaniyyah) sebagai pertukaran kepada kewujudan negara Israel di Palestin, namun Sultan Abdul Hamid mengambil keputusan untuk menolak cadangan itu. British mengambil alih Zionist Project apabila World Zionist Organization tajaan Herzl gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya mendapatkan negara Palestin pada september 1918.

Semasa kekuasaan British di Palestin (1918-1948), pintu negara Palestin telah dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan pelarian Yahudi dari seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dari 55 000 orang (1918) kepada 646 00 orang (1948). Selepas perang Dunia ke-2 dan penubuhan negara Israel di Palestin, pihak Zionis mengalami kesukaran untuk memujuk lebih ramai bangsa Yahudi masuk ke dalam Palestin. Jika hal ini berterusan, negara Israel akan mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila rakyat asal Palestin berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa Holocaust yang berlaku di Eropah seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa Yahudi di Eropah kembali memikirkan semula perpindahan mereka ke Palestin.

Kristian Zionis

Mungkin istilah ini sesuatu yang baru dan asing, hakikatnya ia merupakan tulang belakang yang banyak membantu penubuhan dan seterusnya mengekalkan negara Israel di bumi Palestin. Kristian Zionism ini boleh diertikan sebagai penganut Kristian yang menyokong kepulangan bangsa Yahudi ke wilayah Palestin mengikut ramalan Bible. Ia merupakan satu kepercayaan dalam kalangan sebahagian penganut agama Kristian yang mana mempercayai kedatangan Messiah ke bumi dan pemerintahannya sebagai Raja. Kristian Zionis menafsirkan Torah dan New Testament sebagai ramalan masa hadapan bagaimana dunia ini berakhir dengan kedatangan Jesus dari syurga yang akan memerintah dunia. Kewujudan negara Israel dianggap sebagai titik pusat terhadap visi mereka itu. Merujuk kepada risalah yang dikeluarkan oleh Prebyterian Church (AS), golongan Kristian Zionis ini mengaitkan tafsiran literal Genesis 12:3 adalah merujuk kepada Israel iaitu, “I will bless those who bless you, and the one curses you will curse.

Sokongan golongan ini bukan baru, tetapi bermula seawal tahun 1880 apabila William Hechler membentuk satu komuniti Kristian Zionis untuk membantu pemindahan bangsa Yahudi Rusia ke Palestin. Beberapa tahun kemudian, dia berkawan dengan Theodor Herzl selepas membaca buku Herzl yang bertajuk The Jewish State dan turut membantu meningkatkan sokongan terhadap gerakan Zionism. Pada tahun 1980, Jerry Falwell iaitu pengasas Moral Majority (gerakan pro-Zionism) berkata tentang negara Israel, “I firmly believe God has blessed America because America has blessed the Jew. If this nation wants her fields to remain white with grain, her scientific achievements to remain notable, and her freedom to remain intact, America must continue to stand with Israel.
Melalui kerja-kerja kebajikan, sokongan politik dan bantuan kewangan kepada Israel, Kristian Zionis telah menunjukkan bahawa mereka adalah seteru terbaik kepada kewujudan negara Israel. Terdapat beberapa contoh yang membuktikan fakta ini, antaranya ialah; Pastor John Hagee telah berjaya memungut USD 4.7 Million untuk disalurkan kepada United Jewish Communities, Pat Robertsons daripada Christian Broadcasting Network telah mendermakan ratusan ribu dolar untuk membantu Yahudi diseluruh dunia untuk berpindah ke Israel. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat sokongan kerajaan Amerika Syarikat dan barat secara amnya terhadap negara Israel dengan pemberian bantuan kewangan berbillion dollar dan sokongan ketenteraan atas alasan keselamatan.

Naturei Karta

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua Yahudi adalah Zionis dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan kumpulan Neturei Karta (The Guardians of The City) telah membuktikan kebenaran fakta ini. Menurut kefahaman mereka, gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel adalah bertujuan untuk merosakkan agama Yahudi. Mereka juga mendakwa gerakan Zionism tidak sesekali mewakili bangsa Yahudi secara keseluruhan dan mereka yang berpegang kepada fahaman Zionis ini dianggap kafir oleh mereka. Gerakan ini diasaskan di Jerusalem, Palestin pada tahun 1938 hasil dari serpihan pecahan kumpulan Agusdas Yisroel. Agusda Yisroel pada awalnya wujud menentang aliran Zionism, tetapi akhirnya mula melemahkan pegangnya apabila ramai dalam kalangan pengikutnya mulai terpengaruh dengan gerakan Zionisme. Masalah ini berlarutan apabila Rabbi Cook the Elder mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi seluruh dunia menyokong gerakan Zionism berdasarkan tafsiran semula Talmud. Bagi mereka yang masih berpegang teguh pada kepercayaan asal dan meneruskan penentangan terhadap Zionis, mereka menyisihkan diri daripada kumpulan Agusdas Yisroel dan membentuk Neturei Karta.

Antara perbezaan yang ketara di antara Neturei Karta dengan golongan Zionis adalah sikap mereka terhadap isu negara Israel di Palestin. Kumpulan Neturei Karta sama sekali menentang pembinaan negara Israel (Erez Yizrael) kerana beranggapan bahawa ini hak Tuhan mereka untuk menentukannya, apatah lagi pembinaan negara Erez Yizrael menumpahkan banyak darah serta mengambil hak orang lain. Mereka berpegang pada apa yang disebut di dalam Tenach, “not with armed force and not with power, but in My spirit says the Lord of Hosts.” Mereka sebenarnya yakin terhadap kedatangan Messiah yang telah dijanjikan Tuhan untuk pulang bersama ke Palestin dan hidup aman dan harmoni dengan penduduk lain dalam keadaan beriman kepada Tuhan. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, terdapat kisah Messiah dalam versi agama Kristian, Yahudi dan juga Islam, namun apakah kebenaran disebalik cerita Messiah ini dari sudut Islam?

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kumpulan ini bukan hanya tidak mengiktiraf gerakan Zionism, mereka banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di bawah kerajaan Islam berbanding di bawah pemerintahan Zionis. Kenyataan ini dibuat di dalam akhbar-akhbar mereka sejak dari tahun 1944 lagi. Mereka juga sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengutuk kerajaan Israel dan sering kali menggantung bendera Israel separa tiang apabila tiba hari sambutan kebangsaan penubuhan negara Israel yang dilakukan pada setiap tahun. Kenyataan paling berani yang pernah dikeluarkan oleh mereka adalah mengenai kesediaan mereka untuk hidup bersama-sama kaum Muslimin di dalam sebuah negara Islam Palestin. Hal ini telah mendatangkan tindak balas yang negatif oleh pihak Zionis apabila penempatan mereka di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan oleh rejim Zionis. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar berhijrah meninggalkan wilayah Palestin.

Gerakan Neturei Karta kini telah mempunyai 60 000 keahlian di serata dunia dan berpusat di Brooklyn, AS. Mereka juga sering berhubung dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan pandangan-pandangan mereka terhadap isu Palestin dan menggesa PBB agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Usaha mereka juga meliputi masyarakat antarabangsa apabila ia menyeru masyarakat dunia agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel dan ia perlu digantikan dengan negara Palestin yang merdeka.

Terdapat juga segelintir golongan Yahudi yang merasa tidak selesa dengan gerakan Zionis terutamanya Christian Zionist. Mereka merasa tidak selesa disebabkan oleh beberapa isu seperti Christian replacement theology, evangelical proselytizing dan hal-hal berkaitan dengan isu politik domestik. Mereka juga merasakan bahawa Kristian Zionis adalah lebih konservatif terhadap isu di Palestin lebih daripada orang Yahudi sendiri. Apabila kerajaan Israel memberi sebahagian kawasan Israel kepada penduduk Palestin, berlaku kritikan yang hebat daripada golongan Kristian Zionis. Golongan Kristian Zionis beranggapan bahawa negara Israel adalah pemberian kepada bangsa Yahudi oleh Tuhan. Pat Robertson menyatakan bahawa, “It’s an absolute disaster…I don’t think the holy God is going to be happy about someone giving up his land.” Dia juga mendakwa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon jatuh sakit adalah sebagai balasan kerana menyerahkan sebahagian Israel kepada rakyat Palestin.

Kesimpulan

Isu yang melibatkan negara Palestin bukan membabitkan pertempuran di antara umat islam dengan bangsa Yahudi semata, hakikatnya jika isu ini dinilai dari kaca mata yang lebih luas, umat Islam sebenarnya berhadapan dengan hampir keseluruhan kuasa besar dunia yang menganuti akidah Zionis. Usaha untuk melahirkan kembali tokoh pahlawan Islam sehebat Sallehudin Al-Ayubi hasil usaha tajdid oleh Imam Al-Ghazali bukan mampu untuk direalisasikan dalam masa puluhan tahun, bahkan ia mungkin mengambil masa ratusan tahun. Kewujudan negara haram Israel moden masih boleh dianggap terlalu baru, sejarah telah membuktikan hal ini. Usaha menyedarkan umat islam tentang hakikat pertempuran yang sedang berlaku di antara ideologi Zionisme (terutamanya Kristian Zionis) dengan agama Islam perlu dicanangkan secara meluas. Suka juga untuk penulis ingatkan, usahlah kita terlalu mendabik dada dengan sejumlah besar bantuan kewangan yang disumbangkan saban tahun kepada rakyat Palestin, kerana belum pasti sumbangan kita itu sampai ke kumpulan sasaran. Di sekeliling bumi Palestin, ramainya jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi kantong poket dengan darah saudaranya!

Saturday, August 11, 2012

Rahsia kehebatan Yahudi



Oleh: Ku Seman Ku Husain


Di salin dari http://utusan.com.my/utusan/Sastera/20120729/sa_02/Rahsia-kehebatan-Yahudi


BARANGKALI sebahagian besar daripada kita melihat konflik di Asia Barat antara Israel dan Palestin dengan penuh persoalan; kenapa Israel kuat dan sukar ditewaskan? Israel kini menjadi satu-satunya negara Yahudi selepas merampas daripada Palestin tahun 1948.
Israel yang saiznya jauh lebih kecil berbanding negara-negara dunia Arab. Tetapi sejak 1948 hingga kini Israel terus kuat, apa lagi dengan sokongan padu oleh Amerika Syarikat (AS). Maka kita pun berkata, Yahudi di Israel hebat kerana diberi perlindungan oleh AS.

Melihat Yahudi di Israel dalam penguasaan politik di Asia Barat sebenarnya berbeza dengan melihat kejayaan dan penguasaan Yahudi di peringkat global. Yahudi pada relatifnya tidak ramai. Tetapi Yahudi muncul sebagai bangsa yang berkuasa daripada sudut ekonomi dan teknologi.

Buku Mengapa Yahudi Berprestasi ini membawa kita menyusuri banyak hujah yang menyuraikan persoalan tersebut. Suatu yang penting dimuatkan dalam buku ini ialah sikap orang Yahudi yang berkerja keras dan sentiasa berazam menguasai ilmu setinggi yang mungkin. Dengan ilmu Yahudi boleh menguasai dunia.

Satu hakikat yang kita tidak dapat menolaknya ialah Yahudi didokong oleh warga yang patriotik terhadap bangsanya. Sebelum ini buku The Jews Contribution to the 20th Century susunan Alan Symons telah menyenaraikan 1,000 tokoh Yahudi di pelbagai bidang. Dari korporat, sastera, filem dan falsafah, semuanya dikuasai oleh tokoh berbangsa Yahudi. Bangsa lain tidak begitu beriltizam untuk memperjuangkan bangsanya.

Pengalaman pahit pada era Nazi pimpinan Hitler adalah cetusan kebangkitan Yahudi abad ke-20. Jumlah 1,000 tokoh dalam senarai Symons ini datangnya dari 40 buah negara di dunia. Pada akhir abad ke-20, Spielberg diangkat sebagai wira apabila menghasilkan filem Schindler's List. Filem ini mengingatkan kekejaman terhadap Yahudi semasa Perang Dunia Kedua di Jerman.

Penulis buku Mengapa Yahudi Berprestasi pula sangat realistik apabila menyenaraikan sekian banyak tokoh Yahudi dalam pelbagai bidang yang seterusnya menguasai dunia. Tokoh-tokoh ini bukan melalui jalan singkat tetapi berkerja keras selain tidak berpecah belah seperti banyak bangsa lain yang kemudiannya melemahkan bangsa tersebut. Tetapi Yahudi bersatu dan saling membantu demi bangsanya.

Yahudi tidak seperti bangsa-bangsa lain yang sangat kemaruk dengan politik kononnya boleh membantu bangsa. Tetapi politik sebenarnya bergantung kepada kuasa ekonomi yang dipegang oleh Yahudi. Di AS misalnya, biar siapa pun yang dipilih menjadi Presiden, yang menentukan haluannya ialah Yahudi. Sebab itu Barack Obama semasa berkempen dan semasa baru menjadi Presiden memperlihatkan dasarnya mendekati dunia Islam.

Tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang? Obama tidak boleh mengubah dasar yang ditentukan Yahudi sesuka hati. Akhirnya Obama juga seperti Bush yang berhasrat menyerang Iran sebabnya Iran satu-satunya negara di dunia Islam yang memberi masalah kepada Yahudi di Israel.

Menurut buku ini, pengalaman hidup yang pahit serta kemampuan mendepani pelbagai tentangan telah membawa kepada satu hipotesis bahawa Yahudi bertahan kerana mahu terus hidup. Mereka seakan-akan terus hidup dalam suasana terancam dan ini telah mempengaruhi psikologi sense of competition. Ini menjadikan mereka sentiasa waspada, proaktif dan kuat dalam semua bidang.
Dengan bermodalkan kemampuan untuk terus hidup dalam setiap pentas sejarah telah dijadikan fakta keunggulan bangsa untuk terus meraih kejayaan.

Yahudi memang berkiblatkan wang kerana wang adalah kuasa. Tetapi mereka tidak ada jalan pintas untuk mendapat wang kecuali berkerja keras dan berfikiran cerdas. Yahudi telah lama mengalihkan sesuatu yang negatif menjadi positif. Misalnya pada setiap tragedi yang menyakitkan dilihat sudut positif sebagai pendorong mendepani tentangan.

Bayangkan, majalah Forbes telah mencatatkan 400 orang terkaya di dunia setakat ini di mana 45 peratus daripadanya adalah Yahudi padahal populasi Yahudi hanya dua peratus daripada penduduk Amerika Syarikat. Selain itu 20 peratus profesor yang mengajar di universiti ulung di AS adalah Yahudi, 40 peratus syarikat perundangan di bandar raya New York dan Washington dimiliki oleh Yahudi.

Di dunia ini ada bangsa yang besar pun boleh terpecah dua atau tiga kerana berbeza fahaman politik biarpun satu agama. Akhirnya bangsa lain yang lebih kecil tetapi bersatu telah menguasai ekonomi. Tetapi perpecahan begini tidak berlaku kalangan Yahudi kerana mereka sedar dengan jumlah yang kecil tetapi mempunyai otak (kebijaksanaan) yang besar, mereka boleh berkuasa.

Untuk mendapatkan otak yang besar Yahudi terpaksa berusaha berlipat ganda sebagai golongan minoriti khususnya di AS. Sebenarnya untuk duduk sebagai orang nombor satu mengepalai syarikat gergasi di AS bukanlah mudah. Tetapi Yahudi boleh melakukannya kerana kesatuan dan sangat yakin dengan bangsanya.

Maka kita tidak perlulah menjadi panik apabila dikaitkan dengan Yahudi. Ini kerana jaringan Yahudi berada di sekeliling kita dan kita pula memanfaatkan mereka, setidak-tidaknya barangan yang ada pertalian dengan Yahudi. Kenapa kita tidak mencontohi Yahudi sebagai bangsa yang bersatu, berkerja keras dan sentiasa sanggup mendepani tentangan. Sebabnya itulah kunci mengapa Yahudi berprestasi tinggi di seluruh dunia.

Tuesday, July 31, 2012

Baitulmaqdis milik Israel ?

Sumber Utusan Malaysia 30 Julai 2012

BAITULMAQDIS 30 Julai - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Mitt Romney semalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Tindakan beliau itu adalah satu sokongan pemilikan ke atas wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis walaupun ia tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

"Ia adalah satu pengalaman bermakna berada di Baitulmaqdis, ibu negara Israel," ucap Romney ketika berada di sini, sempena lawatannya ke Israel, semalam, menjelang pilihan raya AS November ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada beliau dan menyifatkannya sebagai kenyataan sokongan yang paling lantang dan hubungan persahabatan dengan Israel.

"Hari ini penduduk di bandar ini memperingati kemusnahan kota suci ini beribu-ribu tahun lalu. Apa yang anda lihat kini, ia telah dibina semula oleh orang Yahudi, kemudiannya dibuka kepada ketiga-tiga agama besar dan berubah menjadi bandar yang bersemangat serta sibuk.

"Seperti yang anda katakan iaitu Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel, bandar ini akan terus menjadi ibu negara penduduk Yahudi," katanya sejurus selepas tamatnya upacara Tisha B'Av.
Status Baitulmaqdis adalah isu utama dalam konflik Israel-Palestin selepas rejim Zionis menjajah sebahagian besar bahagian timur Arab ketika perang 1967 dan mendakwa bandar yang terbahagi dua itu sebagai 'ibu negaranya'.

Namun, Palestin mahu Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya serta menentang usaha Israel memperluaskan kedaulatan mereka di bandar itu dan masyarakat antarabangsa termasuk AS, turut tidak secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana konflik yang masih berterusan.

Semalam, Romney turut mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri dan berjanji akan 'menghormati' tindakan ketenteraan rejim Zionis itu ke atas kemudahan nuklear Iran.
"Menghalang Iran daripada menjadi negara kuasa nuklear 'perlu menjadi matlamat utama keselamatan kebangsaan," katanya. - AFP/dpa

Tiada Peta Palestin dalam Google Maps!


Menyedihkan!

Tuesday, July 17, 2012

Apa itu Undang-Undang Anti Semitik


Oleh Dr. Maszlee Malik


Rencana ini dipetik dari laman web Palestinkini.info dengan judul
"Anti Semitik: Jerat yang Terbuka Untuk Semua"


PADA bulan Oktober tahun2004), Presiden AS, Goerge W. Bush Jr. telah menandatangi satu undang-undang untuk mensabitkan kesalahan mana-mana pihak yang terlibat dengan tindakan "Anti-Semitik" di seluruh dunia. Di pihak yang lain pula, Setiusaha Agung PBB juga telah menyokong tindakan AS itu dengan komentarnya: "Setiap individu Yahudi di serata dunia sepatutnya merasakan PBB sentiasa bersama mereka".


Perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan dunia. Ianya meletakkan semua pihak di seluruh dunia di dalam bahaya. Setiap individu di serata dunia adalah potensi untuk menjadi pesalah jenayah Anti-Semitik yang bukan hanya dikuat kuasakan oleh AS, malah juga PBB. Undang-undang ini membawa maksud:

Jika anda mengkritik keganasan dan kezaliman rejim Zionis Israel, maka anda adalah Anti-Semitik, dan anda bersalah!

Jika anda menyokong tindakan para pejuang Palestin menentang tentera Zionis yang mengganas, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengatakan rejim Zionis adalah pengganas dan penjajah bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk serangan tentera Zionis ke atas orang awam Palestin di Gaza, Jenin, Rafah, Nablus dan di mana-mana bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!


Jika anda mengecam tembok pemisah di Tebing Barat, anda juga Anti-Semitik!

Jika anda menulis sesuatu yang mendedahkan kezaliman rejim Zionis, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda bersimpati terhadap anak-anak, wanita dan juga keseluruhan rakyat Palestin yang telah kehilangan nyawa, rumah, tanah dan Negara mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda menolak cadangan pelan damai anjuran Zionis yang lebih merupakan lakonan mereka untuk melaga-lagakan di antara rakyat Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mendedahkan kepalsuan dakwaan-dakwaan Zionis terhadap sejarah lampau mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk tindakan Zionis satu hari nanti merobohkan Masjid al-Aqsa, anda adalah Anti-Semitik!

Begitulah bahayanya jerangkap yang terbuka menanti semua orang dari seluruh dunia untuk dihukum dan dilabelkan sebagai penjenayah setaraf dengan Hitler semata-mata kerana mempertahankan keganasan dan kejahatan sekumpulan manusia beraqidah Zionis di dalam millennium yang baru ini.
Peranchis, walau bagaimanapun telah mendahului AS dalam perkara ini semenjak tahun 1990 lagi. Mereka telah pun mempunyai undang-undang yang dikenali sebagai "Undang-undang Fabious Jasbou" yang meletakkan sesiapa sahaja yang menafikan bahawa Kum Yahudi pernah dibakar oleh Hitler.

Antara manusia yang telah menjadi mangsa undang-undang draconian tersebut ialah pemikir Islam berbangsa Perancis, iatu Dr. Roger Graudy. Beliau telah dipenjarakan pada tahun 1998 kerana kajiannya yang mendedahkan kepalsuan dakwaan bahawa 6 juta kaum Yahudi telah dibakar oleh Hitler di dalam bukunya "Dongeng Institut Politik Israel". Antara kandungan di dalam bukunya itu ialah pertikaiannya terhadap jumlah enam juta itu dengan komentarnya: "Bagaimana mungkin enam juta Yahudi telah dibunuh oleh Hitler sedangkan jumlah keseluruhan orang Yahudi di Eropah tidak pun sampai tiga juta orang".

Selepas sahaja buku tersebut berada di pasaran, lobi Yahudi di Peranchis telah mendakwanya di mahkamah yang kemudiannya mendapati beliau bersalah. Oleh kerana ?jenayah?nya itu, beliau dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan, disamping dikenakan denda yang tinggi dan bukunya diharamkan dari pasaran Peranchis. Kejayaan lobi Yahudi di Peranchis itu telah menjadi amaran kepada setiap pemikir, penulis, pengkaji dan juga pakar analisis politik di seluruh Eropah agar mereka sentiasa berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya menyentuh apa-apa yang berkaitan dengan pihak Yahudi dan Zionis.

Lobi Yahudi tidak terhenti setakat itu sahaja, hukuman ke atas Garudy itu telah menyebabkan banyak kajian-kajian dan buku-buku lain digam, diharamkan dan ditarik dari toko-toko buku dan perpustakaan-perpustakaan di seluruh Eropah. Semuanya hanya kerana apa yang dinamakan sebagai ?Jenayah Anti-Semitik?. Malah ruang `Anti Semitik tersebut pun tiada sempadannya. Jika dahulunya ianya ditafsir sebagai segala tindakan berbau perkauman ke atas bangsa Yahudi yang pernah menjadi mangsa kekejaman Hitler kerana dasar "Eugenic"nya dan juga jenayah "Holocaust". Kini ianya menjadi sesuatu yang tidak bersempadan. Apa sahaja kritikan, kutukan, kenyataan yang tidak selari dengan politik Zionis adalah Anti-Semitik. Malah apa sahaja usaha untuk menyentuh walaupun sedikit dari polisi Zionis di Negara haram Israel, walaupun ianya bertentangan dengan kemanusiaan dan juga undang-undang antarabangsa juga dikategorikan sebagai Anti-Semitik.

Di Jerman pula, lobi Zionis di bawah bayangan undang-undang Anti-Semitik juga telah berjaya menyebabkan seorang ahli Parlimennya telah dilucutkan jawatannya di atas tuduhan Anti-Semitik. Ini menunjukkan lobi Zionis dengan senjata Anti-Semitiknya bukan hanya menguasai bidang undang-undang, malah turut mempunyai pengaruh ke atas bidang politik di Eropah.

Mereka jugalah yang telah melakukan kempen besar-besaran di serata dunia mengutuk kenyataan mantan Perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Muhammad yang pernah mengatakan bahawa kaum Yahudi menguasai dunia melalui proksi-proksi mereka. Cuma beliau bernasib baik kerana tidak membuat kenyataan tersebut di mana-mana Negara yang mempunyai lobi Zionis yang kuat. Jika tidak sudah tentu tindakan undang-undang akan dikenakan ke atasnya.

Lobi ini juga telah membawa puaka sentiment Anti-Semitik ini ke seluruh dunia di dalam bidang media. Di Timur Tengah pula, seorang pengarang akhbar terkenal berbahasa Arab pernah didakwa di mahkamah Peranchis di atas dakwaan Anti-Semitik semata-mata kerana beliau membenarkan sebuah artikel yang mereka kategorikan sebagai Anti-Semitik. Di Mesir pula, duta AS dan duta Israel telah berjaya mengenakan tekanan ke atas pengarang sebuah akhbar tabloid di Kaherah yang akhirnya menyebabkan beliau dipecat kerana membenarkan sebuah artikel yang dikategorikan sebagai Anti-Semitik disiarkan di akhbar tersebut. Penulis artikel itu juga telah diharamkan dari menyumbangkan tulisannya kepada akhbar tersebut.

Di Peranchis, televisyen satelit al-Manar juga telah diharamkan dari disiarkan di Peranchis di atas dakwaan yang sama. Di AS pula, al-manar pula telah dikategorikan sebagai media propaganda pengganas dan dimasukkan ke dalam senarai pertubuhan pengganas CIA. Begitu hebatnya lobi Zionis di serata dunia, dan betapa gigihnya mereka melakukan onar secara global.

Hakikatnya kita semua terdedah kepada kebuasan lobi Zionis bersenjatakan sentimen Anti-Semitik ini. Dengan senjata tersebut, pihak Zionis dan AS bermaharajalela mencabul segala hak asasi manusia, samada ianya hak bersuara, hak mengeluarkan pendapat, hak akademik dan juga hak untuk mempertahankan diri. Segala medium, dari percetakan, media, akademik, undang-undang, politik dan apa-apa sahaja yang wujud adalah terdedah untuk dimanipulasi oleh golongan ini menggunakan sentiment Anti-Semitik. Akhirnya mereka menjadi kebal dan bebas melakukan apa sahaja di serata dunia, terutamanya di Palestin, kerana undang-undang Anti-Semitik menjadi tangkal kebal mereka.
Tanpa disedari oleh ramai pemonopolian mereka terhadap gelaran Semitik ini telah berjaya menipu masyarakat dunia bahawa mereka sahajalah yang layak menjadi keturunan Semitik. Sedangkan pada hakikatnya sejarah, kajian akademik dan juga ilmu Antropologi telah berijmak bahawa bangsa Arab juga merupakan bangsa Semit. Sayangnya, jika fakta ini cuba dikemukan, pastinya pembawanya akan disabitkan kesalah di bawah undang-undang Anti-Semitik kerana menghina kaum Yahudi dengan meletakkan mereka setaraf dengan bangsa Arab!

Apa yang berlaku ini benar-benar perlu diberikan perhatian kepada setiap golongan yang mempunyai kesedaran tentang bahayanya projek Zionis kepada masyarakat dunia dan masyarakat Islam khususnya. Jika mereka bercita-cita untuk menghentikan kegilaan Zionis, mereka perlu terlebih dahulu melepasi pagar berduri yang bernama ?Anti-Semitik? yang telah berjaya mencederakan banyak mangsanya.

Friday, June 29, 2012

Yahudi Bangsa Paling Angkuh

Oleh Amran Zakaria

2012/03/25
Berita Harian ( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Yahudibangsapalingangkuh/Article/index_html)

ABDULLAH bin Salam atau nama sebenarnya Hushain bin Salam bin Harits, pemimpin Yahudi di Madinah membuat pendedahan kepada Rasulullah SAW siapakah sebenarnya kaum Yahudi itu. Katanya: “Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam, mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenai aku.”

Maka Rasulullah SAW menyembunyikan Abdullah Salam lantas menghantar orang untuk memanggil golongan Yahudi yang kemudiannya menemui Baginda. Rasulullah bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kalian?” Jawab mereka: “Dia terbaik daripada kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin, anak pemimpin kami. Ulama, anak ulama kami”.
Rasulullah SAW bertanya mereka lagi: “Jika dia menganut Islam kalian akan turut menyertainya (menganut Islam)?” Jawab mereka: “Tuhan lindunginya daripada perkara berkenaan.”
Rasulullah kemudian meminta Abdullah bin Salam keluar memberitahu kumpulan Yahudi itu. Abdullah keluar dan menyatakan dengan penuh yakin: “Aku menyaksikan tiada Ilah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Lantas golongan Yahudi berkata: “Dialah orang paling jahat dalam kalangan kami, anak orang paling jahat. Orang paling jahil dalam kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam kepada Rasulullah: “Aku sudah beritahu wahai Rasulullah, Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).

Pendedahan itu memudahkan kita untuk mengenal siapa Yahudi yang begitu kontroversi kepada sebilangan kita hari ini. Memang tidak dinafikan bangsa Yahudi asalnya daripada keturunan mulia apabila dikaitkan dengan Nabi dan Rasul yang dibangkitkan dalam kalangan mereka, namun kemuliaan itu hancur disebabkan tindakan mereka sendiri.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombong diri dengan kesombongan yang besar.” (Surah Al- Isra’, ayat 4)
Bangsa Yahudi ini terkenal dengan keangkuhan dan kebiadapannya. Mereka menganggap bangsa lain setaraf haiwan, malah ada di kalangan mereka yang menganggap lebih teruk daripada itu. Bangsa Yahudi sangat menyanjungi kitab suci mereka, hanya mereka satu-satunya bangsa dipilih untuk menguasai dunia. Dalam catatan kitabnya menyebut: “Hanya bangsa Yahudi adalah manusia, sedangkan bangsa lain bukan manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

Mereka percaya Tuhan memilih mereka sebagai satu-satunya bangsa yang berhak memerintah dunia ini. Manifestasi itu membawa mereka kepada kesombongan yang tinggi sehingga sanggup bersumpah memerangi agama dan bangsa lain. Pegangan mereka adalah kitab Talmud, manakala kitab lain dianggap pembohong.

Halal bagi mereka membunuh bangsa lain khususnya Muslim. Malah dituntut, tidak menjadi kesalahan jika pembunuhan itu dilakukan mereka. Lebih jahat daripada itu mereka sanggup membunuh nabi dan rasul. Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh kejam.

Hakikat sebenarnya menunjukkan jumlah mereka di atas muka bumi ini tidak ramai, hanya seorang bagi setiap 100 Muslim. Keseluruhan mereka berjumlah 14 juta saja, iaitu tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Sebahagian besarnya berada di Asia Barat dan Eropah termasuk di Israel, Amerika Syarikat, Rusisa (negara Kesatuan Soviet), Poland, Kanada, Jerman, Perancis, England, Sepanyol, Amerika Latin dan Iraq.

Ethnik mereka terdiri daripada Ashkenaz, Sephard, Mizrah dan orang Samaria. Bahasa pertuturan mereka ialah Ibrani, Yiddish, Ladino, Dzhidi Judeo-Aram, Judeo-Arab Juhuri, Krymchak, Karaim, Knaanik, Judeo-Parsi, Yevanik dan Zarphatik, manakala gerakan politik mereka ialah Zionisme Buruh, Zionisme Am, Zionisme Keagamaan, Zionisme Revisionis, Bund dan Kibbutzim. Zionisme ialah ideologi dirumuskan Dr Theodore Hertzl pada akhir abad ke-19. Tujuannya menghimpun seluruh etnik Yahudi yang berselerak.

Bermula penghijrahan beramai-ramai Yahudi ke Palestin pada 1882 dan sehingga 1903, sekitar 20,000 sudah berada di Palestin. Selepas mencapai kemerdekaan dari British pada Oktober 1917, Balfour berjanji kepada orang Yahudi pada 2 November 1917 untuk membina negara Yahudi di Palestin.

Ketika peperangan pada 1948, jumlah penduduk Palestin dua juta berbanding Yahudi 650,000, nisbah 69 peratus penduduk asal dengan 31 peratus pendatang haram Yahudi. Pertambahan berlaku disebabkan kemasukan tentera keamanan di bawah kawalan British ketika perang ini.


Thursday, June 21, 2012

Kesalahan Dalam Memahami Kelebihan Bangsa Yahudi (Israel)

Artikel ini diambil dari blog rakan kita dari negara jiran Indonesia. Rujukannya di link di bawah.
http://ruangsc.blogspot.ca/2010/07/kesalahan-dalam-memahami-kelebihan.html


Banyak kalangan di antara umat Islam yang beranggapan bahwa bangsa Yahudi (Israel) diberi kelebihan oleh Allah SWT sehingga mereka memiliki keunggulan dalam bidang kecerdasan dan kekuatan dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Anggapan tersebut didasarkan pada surat Al-Baqarah ayat 47, yang berbunyi:
"Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingat pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat." (QS 2:47)

Anggapan seperti di atas jelas keliru dan bertentangan dengan Keadilan Ilahi. Allah SWT, sebagai Tuhan Yang Maha Adil, tidak mungkin melakukan pembedaan terhadap makhluk ciptaanNya (manusia) dengan memberikan kelebihan-kelebihan hanya kepada manusia dari bangsa tertentu saja dan mengabaikan manusia lainnya. Segala kelebihan yang diperoleh manusia hanyalah sebagai hasil dari sebuah usaha, bukan pemberian khusus sejak ajali. Allah menyebutkan, "baginya yang meraka usahakan, dan baginya pula yang mereka dapatkan" (QS 2:286), mengandung pengertian bahwa hasil yang diperoleh manusia, baik itu kecerdasan, kekayaan, kekuatan, dll., sangat bergantung kepada usaha yang dilakukan sebelumnya.


Jika anggapan itu benar, dimanakah bangsa Yahudi ketika Al-Khawarizmi menciptakan Logaritma dan Al-Jabar? Dimanakah mereka ketika Ibnu Sina merumuskan ilmu Kedokteran? Dimanakah mereka ketika Ibnu Khaldun membuat dasar-dasar ilmu Sosiologi? Dimanakah mereka ketika raja-raja Islam menundukkan kerajaan Persia hingga kerajaan Romawi? Jadi jelas anggapan bahwa bangsa Yahudi diberi kelebihan kecerdasan dan kekuatan oleh Allah SWT sangat keliru, tidak masuk akal, dan a-historis.

Anggapan kelebihan bangsa Yahudi seperti itulah yang telah melemahkan sebagian umat Islam sehingga seolah-olah umat Islam tidak akan sanggup untuk menandingi "kehebatan" mereka. Padahal jika umat Islam mau merubah pola pikirnya ke arah yang lebih maju, bukan tidak mungkin umat Islam mampu mengalahkan hegemoni bangsa Yahudi di bidang kekuatan persenjataan dan teknologi seperti yang sekarang ini terjadi.

Kelebihan Bangsa Israel (Yahudi)
Kelebihan bangsa Israel yang dimaksud dalam surat Al-Baqarah ayat 47 di atas, bukanlah kelebihan dalam hal kecerdasan dan kekuatan. Kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada bangsa Israel hanya sebatas pada penunjukan Nabi-nabi. Sebagian besar Nabi-nabi yang ditunjuk oleh Allah SWT berasal dari keturunan Nabi Ishak AS ('alaihi salam) melalui anaknya, Nabi Yakub AS (nama lain Nabi Yakub adalah Israel). Hanya satu orang Nabi saja berasal dari keturunan Nabi Ismail AS, yaitu Nabi Muhammad SAWW (shalallahu 'alaihi wa-aalihi wasalam).

Namun jika melihat latar belakang diturunkannya Nabi-nabi oleh Allah SWT, bisa saja hal itu bukan menunjukkan kelebihan melainkan sebagai suatu bukti bahwa sejak dahulu kala bangsa Israel (Yahudi) ini merupakan bangsa pembangkang, barbar, dan tak bermoral (jahiliyah). Karena Allah SWT selalu menurunkan Nabi-nabi-Nya kepada masyarakat jahiliyah seperti itu, yaitu kepada masyarakat yang tengah mengalami "kekacauan budaya" akibat kehilangan moralitas dan norma-norma sosial.

Jadi sebenarnya bangsa Yahudi sama saja dengan bangsa-bangsa lain di dunia, mereka tidak dianugrahi kelebihan apapun di bidang kecerdasan dan kekuatan. Kelebihan-kelebihan yang mereka miliki sekarang hanyalah sebagai hasil dari kerja keras mereka dalam menggali ilmu pengetahuan dan teknologi. Dan bukan tidak mungkin umat Islam pun bisa mengalahkan mereka selama mau menggali ilmu pengetahuan sebagaimana telah ditunjukkan oleh Al-Khawarizmi, Al-Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Haitham, dll. pada masa-masa keemasan Islam.
Wallahu a'lam

Monday, June 4, 2012

Empat Dekad Selepas Perang Arab-Israel



Oleh : Abu Bakar Abdul Jalal
(UKM)

Sumber : Berita Harian 5/6/2012


HARI ini genaplah 45 tahun Israel menduduki Tebing Barat, Bukit Golan dan Semenanjung Gaza. Tanggal 5 Jun 1967, perang ketiga Arab-Israel tercetus sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua yang digelar 'Perang 6 Hari'.

Ia dinamakan Perang 6 Hari kerana dalam tempoh enam hari saja, tentera Yahudi menawan Semenanjung Sinai, Tebing Barat, Bukit Golan dan Semenanjung Gaza.

Mesir, Jordan dan Syria terbabit secara langsung dalam peperangan itu. Negara Arab lain yang turut membantu dengan menghantar tentera darat ialah Arab Saudi, Libya, Iraq serta beberapa negara Islam berdekatan. Di luar rantau, Pakistan turut menyumbang juruterbang tentera udaranya bagi memandu jet pejuang Jordan.

Setiap konflik membabitkan Arab-Israel sememangnya rumit untuk dibincang dan boleh diperdebat dari pelbagai sudut iaitu agama, ekonomi, sejarah, ketenteraan mahupun hubungan antarabangsa. Sejarah hubungan Arab-Israel sangat panjang dan boleh disingkap sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan.

Umat Islam di seluruh dunia khususnya di luar dunia Arab sukar mendapat gambaran sebenar mengenai perang Arab-Israel kerana kebanyakan buku ditulis penyelidik dan wartawan Barat berdasarkan ‘kaca mata’ bukan Islam dan pro-Yahudi. Justeru, Israel sentiasa dilihat kuat dan negara Arab nampak lemah, tidak hebat dan mudah dikalahkan.

Mungkin ada buku dihasilkan mereka yang menjadi pegawai kerajaan atau tentera berkhidmat ketika Perang 6 Hari berlaku. Namun jika bahasa Arab tidak diterjemahkan, mana mungkin dunia dapat mengetahuinya.
Perang 6 Hari bermula apabila juruterbang Tentera Udara Israel yang mempunyai semangat patriotik tinggi melancarkan serangan udara mengejut ke Mesir dan Jordan pada pagi 5 Jun 1967. Operasi itu dinamakan ‘Operation Moked’ kemudian disusuli serangan darat dilengkapi kereta kebal dan meriam artileri. Ia sekali gus melumpuhkan kekuatan tentera udara Mesir dan Jordan.

Media Barat melaporkan, daripada 416 pesawat pelbagai jenis dimiliki Mesir, Jordan, Syria dan Iraq, 393 pesawat berjaya dimusnahkan tentera Israel. Sebelum perang meletus, Jordan hanya memiliki 24 jet pejuang untuk melindungi keseluruhan jajahannya termasuk Baitulmaqdis di Tebing Barat.

Israel menuduh Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdul Nasser menjadi penyebab utama kepada perang berkenaan apabila menutup Selat Tiran di antara Teluk Aqaba dan Laut Merah. Gamal Nasser dikatakan menyemarakkan api kebencian terhadap Yahudi melalui siaran radio Mesir, Voice of the Arabs.

Apabila perang bermula, Israel menipu dunia dengan menyatakan tentera darat Mesir menyerang mereka dulu, sedangkan ketika itu 70,000 atau satu pertiga kekuatan tentera Mesir terbabit perang saudara di Yaman Utara. Apabila pangkalan udara mereka diserang 5 Jun 1967, Mesir menggerakkan 950 kereta kebalnya ke Semenanjung Sinai.

Dalam buku bertajuk Six Days: How the 1967 War Shaped the Middle East karya Jeremy Bowen dengan jelas menyatakan, Amerika Syarikat tahu dan merestui tindakan Israel memulakan Perang 6 Hari. Buku itu turut memetik kata-kata Moshe Dayan, Menteri Pertahanan Israel ‘bermata satu’ mengesahkan 80 peratus pertembungan dan pertempuran sempadan dengan Syria sebelum Perang 6 Hari adalah hasil tindak-tanduk provokasi Israel sendiri.

Israel jugalah yang sedikit demi sedikit mula mengambil Tebing Barat ketika masih di bawah penguasaan Jordan apabila menyerang pekan Samua (berhampiran Hebron) yang terletak di selatan Baitulmaqdis, 13 November 1966.

Resipi utama kejayaan Israel mudah, mengambil kesempatan di sebalik ketidaktentuan dan kekacauan politik dalaman negara Arab. Dalam tempoh 17 tahun sebelum 1967, Syria mengalami sembilan rampasan kuasa tentera mengorbankan banyak nyawa.

Agensi Perisikan Israel, Mossad, menempatkan beberapa ejen mereka di Syria, antaranya Eli Cohen. Ejen seperti Cohen bertugas melagakan pemerintah dengan rakyat, selain mendapatkan maklumat sulit kerajaan dan tentera Syria. Cohen akhirnya dibunuh pihak berkuasa Syria.

Tentera Yahudi juga bijak melatih dan melahirkan pengkhianat serta tali barut untuk kepentingan mereka. Ini dijelaskan dalam buku The Six Day War 1967: Jordan and Syria tulisan Simon Dunstan mendedahkan mengenai seorang juruterbang Tentera Udara Iraq, Munir Redfa berpaling tadah ke Israel pada 16 Ogos 1966.

Bersama-sama beliau ialah sebuah jet pejuang buatan Russia MIG-21 milik Iraq. Tidak diketahui sama ada beliau diugut atau diberi rasuah, namun yang pasti Israel dapat mengkaji dan memandu uji jet itu untuk menilai kekuatan Tentera Udara Mesir dan Syria yang memiliki banyak pesawat MIG-21.

Pada 12 Mei 1967, Israel mengeluarkan kenyataan akan menggunakan kuasa tentera menukar rejim pemerintah Syria yang didakwa menyokong kegiatan pengganas di sempadan kedua-dua negara. Apakah hak Israel menentukan pemerintah negara berdaulat seperti Syria ketika itu?

Selepas 45 tahun, mutakhir ini kita dapat menilai sendiri siapa menjadi ‘kuasa ghaib’ di sebalik konflik yang bakal memusnahkan Syria khasnya dan dunia Arab amnya.

Israel memiliki ramai pegawai tentera yang pernah berkhidmat dengan Tentera Britain ketika Perang Dunia Kedua di Eropah. Mereka mengetahui kelemahan tentera Arab berdasarkan pengalaman sebelum 1967, iaitu peperangan pada 1948 dan 1956.

Selain menggunakan strategi Barat dalam perisikan dan semboyan, tentera Yahudi mengaplikasikan ‘Lima Strategi Utama Memenangi Perang’ dipelopori Sun Tzu. Tiga daripada strategi utama itu ialah mengetahui masa sesuai untuk bertempur, memperlengkap pasukan sendiri serta menyerang musuh yang tidak bersedia dan strategi terakhir, mempunyai matlamat perang yang jelas dalam semua lapisan pasukan tanpa mengira pangkat.

Tentera Yahudi maklum Mesir tidak bersedia kerana terbabit dengan perang saudara di Yaman, manakala Syria masih dibelenggu masalah politik dalaman. Perbalahan sesama Arab jelas sekali menguntungkan Yahudi. Jordan pula bukanlah tandingan mereka, apatah lagi hampir semua kelengkapan tentera negara beraja itu datang dari sumber sama dengan Israel iaitu Amerika Syarikat dan Britain.

Perkara pokok yang menyatukan matlamat semua anggota tentera Israel ialah untuk mengambil semula kota suci Baitulmaqdis keseluruhannya. Mereka sedar tidak akan dapat menawan kota itu dengan cara lembut atau melalui meja rundingan. Perang, huru-hara dan keganasan adalah pilihan utama. Sesungguhnya Perang 6 Hari mencorakkan politik Arab-Israel bertahun-tahun lamanya. Sejak itu bermulalah episod sedih penindasan dan pelarian di bumi sendiri oleh penduduk Palestin.

Satu ketika dulu, ancaman dizahirkan dalam bentuk jet pejuang, kereta kebal dan tentera infantri lengkap bersenjata. Kebelakangan ini, apa yang perlu untuk mencetuskan kacau bilau sesebuah negara hanyalah internet, pentas ceramah dan akhbar politik. Emosi pembaca dan pendengar menjadi bahan mainan pihak yang kemaruk untuk memerintah. Selepas Kerajaan Mesir tumbang oleh demonstrasi jalanan, giliran Syria bakal dihancurkan tangan-tangan ‘rakyat’ sendiri.

Istilah ‘rakyat’ sesuai dijaja di negara tertentu dan bukanlah seperti sepasang kasut yang boleh memuatkan semua saiz kaki. Republik ‘Rakyat’ China masih diperintah oleh hanya satu parti saja yang bertunjangkan fahaman komunis, manakala di seberang tambak, pemimpin Parti Tindakan ‘Rakyat’ akan mengheret ke mahkamah ‘rakyat’ yang mengkritik mereka.

Sehingga hari ini, negara kota singa yang ‘bersih’ daripada sampah dan sebarang perhimpunan haram itu belum memansuhkan undang-undang ‘tidak berperi kemanusiaan’, ISA.

Adakah ‘rakyat’ kedua-dua negara itu dijamin kebebasan bersuara serta berdemonstrasi sehingga boleh memekik di tempat awam dengan berkata ‘kerajaan negara itu tidak telus dan tidak adil’? Sesuaikah pelarian Syria yang berharta hidup selesa sebagai seorang Islam di kedua-dua negara ‘rakyat’ berkenaan?

Penulis ialah lulusan Sarjana Sains Sosial (Analisis Strategi & Keselamatan) UKM

Wednesday, May 16, 2012

Yahudi Kuasai Ekonomi & Politik Dunia


Dari Blog Imlan Adabi (Wartawan Berita Harian)


SEJARAH kezaliman rejim Zionis tidak pernah luntur daripada catatan. Terbaru, komando Israel menyerang kapal Mavi Marmara ketika misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, Semua 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal terselamat daripada kekejaman.


Ketika dunia bersuara menentang kekejaman dan kerakusan rejim Zionis, negara Arab yang berada beberapa kilometer dari Israel mendiamkan diri. Mereka bagai tidak ada apa-apa ketika Turki, Malaysia, Iran dan Venezuela mengutuk tindakan ganas dan mendesak Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertegas.

Aneh, negara Arab yang selama ini mendakwa sebagai paksi kekuatan Islam dan mempunyai sejarah akrab mengenai kelahiran nabi, rasul dan agama wahyu hanya mendiamkan diri, malah ada yang sering menutup pintu sempadan ketika misi kemanusiaan cuba membantu penduduk Palestin.

Keadaan sama juga berlaku ketika penyembelihan di Sabra dan Shatila (Chatila) di Beirut, Lubnan pada September 1982. Tidak banyak negara Arab yang bertindak, malahan sekadar retorik berbincang pada sidang puncak Liga Arab tanpa sebarang resolusi. sedangkan kes di Sabra dan Shatila dianggap PBB sebagai penghapusan kaum (genocide) membabitkan 2,750 kematian.

Dari segi angka, bangsa Yahudi hanya 14 juta di seluruh dunia, dengan tujuh juta di Amerika Syarikat, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap seorang Yahudi, ada 100 Muslim (1:100). Namun Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada umat Islam. Mengapa ini berlaku?

Tentunya penganalisis sejarah moden melihat kekuatan ilmu, perancangan dan kewangan sebagai sumber terunggul yang membantu Yahudi menguasai dunia. Malahan, pemilihan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat juga dianggap sebagai kejayaan cemerlang pelobi Yahudi.

Beberapa keturunan Yahudi sudah dan sedang menguasai dunia dalam pelbagai bidang. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud menerusi teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk pencipta vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Hadiah Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus (mencipta pil perancang keluarga secara oral yang pertama), George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen (kajian embriologi), Willem Kolff (mencipta mesin dialisis), Stanley Mezor (mencipta mikrocip pertama), Leo Szilards (membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama), Peter Schultz (kabel gentian optik), Charles Adler (lampu isyarat), Benno Strauss (besi tahan karat), Isador Kisee (sistem suara di pawagam), Emile Berliner (mikrofon telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman) adalah keturunan Yahudi.

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts). Jenama mereka menjadi buruan dunia dan bayangkan berapa bilion keuntungan disalurkan ke Tel Aviv setiap bulan?

Richard Levin, presiden universiti tersohor (Universiti Yale) ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (semua bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Ronald Reagan, George Bush, Bill Clinton dan George W Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS). Mereka pemain utama politik dunia dan bayangkan betapa negara Islam dan Arab menjadi bidak percaturan mereka.

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). Merekalah yang menguasai pandangan dunia dan mencorakkan pemikiran sejagat.

Dalam bidang seni pula, pelakon Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk berbangsa Yahudi. Hollywood sendiri pun diwujudkan oleh Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling, (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya Yahudi. Merekalah yang turut mencorakkan pemikiran dan keseronokan di ruang tamu rumah kita.

Washington yang menjadi ibu negara Amerika Syarikat mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa dikenali Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel. William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik di dunia. Dia juga Yahudi. Dia juga yang banyak mendidik rejim Zionis bertindak seperti yang berlaku sekarang,

Bayangkanlah betapa pemikiran Zionis banyak digerakkan oleh Yahudi dan sekutu mereka di seluruh dunia. Bayangkan, betapa hingga kini negara Arab tetap kalah di Asia Barat!  - Berita Harian, 9 Jun 2010

Hampir 200 Yahudi Menang Hadiah Nobel



Dari Blog Imlan Adabi (Wartawan Berita Harian)


BANYAK   yang menimbulkan isu Yahudi tanpa memahami keadaan sebenar. Lebih malang, apabila dipolitikkan kononnya sesuatu pihak dianggap ‘sahabat’ Yahudi dan pihak lain pula  pejuang Islam.

Ada pihak yang kononnya menentang kezaliman Yahudi, tetapi mempunyai kenalan akrab sebagai penasihat ekonomi dan siasah mereka. Mereka menggunakan wang dari sumber misteri untuk kegiatan  hak asasi.

Sama ada ahli politik,  persatuan sosial, mahupun pemimpin pelajar, isu Yahudi pernah menghangatkan suasana. Gerakan pelajar pada 1974 dikaitkan perjuangan menentang   kapitalis pro-Yahudi yang didakwa  melemahkan pemikiran generasi muda.

Keadaan  memuncak apabila Ayatollah Khomeini berjaya menjatuhkan  Shah Iran  pada 1979.   Ada dalam kalangan kita yang mendewakan rejim Syiah  pejuang sejati kerana menghalang kebangkitan kuasa tunggal Amerika Syarikat pasca Perang Dingin.

\Ketika itu ada ahli  politik  sanggup menuduh pihak lain sebagai ejen  ’asing’ tanpa membezakan makna sebenar Yahudi dan Zionis.  Isu kafir mengkafir dan ‘amanat’ seorang ulama yang menuduh pihak lain tidak Islamik kedengaran.

Yahudi berasal  perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Mereka  keturunan Sam (semitik) bin Nuh.      Bermula dengan Nabi Ibrahim yang dianggap  bapa kepada  nabi lain termasuk  Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Isa dan Nabi Yaakub.  Bukan semua  Bani Israel berfahaman Yahudi  kerana  ada  yang  beragama Islam dan Kristian. Munculnya  warga Hungary berbangsa Yahudi,   Theoder Herzl’s  menimbulkan kemelut sehingga kini. Dia menyarankan bangsa  Israel  berkumpul dan membentuk  Israel raya.
Dari sini lahirnya gerakan  Zionis  yang dipelopori Moses Hess  untuk mengukuhkan negara Israel di Asia Barat.

Hari ini polemik Yahudi dan helah mereka mencatur dunia begitu banyak diperkatakan. Di sebalik sikap jelek yang merobekkan sejarah bangsa Arab dan Islam, Yahudi mempunyai kualiti sebagai kaum yang tekun, pintar dan kreatif.  Kerajinan dan kepintaran mereka perlu dikaji, sementara kejahatan dan kerakusan  dihindari.

Tiga  saintis Zionis baru diumumkan menerima  Hadiah Nobel Perubatan 2011 iaitu  Bruce Beutler, Jules Hoffmann dan Ralph Steinman  kerana kepakaran  bidang saraf dan organ. Kehadiran mereka tentunya melengkap senarai Yahudi yang menjadi pencetus dunia baru.

Majalah Time menyenaraikan  Albert Einstein sebagai  saintis   ‘Manusia Abad ini'.  Sigmund Freud  yang memperkenalkan  teori id, ego dan super-ego juga Yahudi. Begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Sejarah perubatan  membariskan jasa mereka.  Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian, Johas Salk   (vaksin polio),  Gertrude Elion  (ubat  leukemia) dan   Baruch Blumberg  (vaksin Hepatitis B)

 Dalam tempoh 106 tahun, hampir 200 Yahudi menang Hadiah Nobel berbanding tiga dimenangi umat Islam. Bangsa Yahudi berjumlah 14 juta, sedangkan umat Islam 1.4 bilion. Bayangkan  jurang pemikiran mereka dengan kita!  

Amerika Syarikat sebagai kuasa utama dunia kerap  dinaungi ahli siasah Yahudi. Henry Kissinger,  Harold Brown,  Robert Rubin, Madeleine Albright     dan penasihat Bekas Naib  Presiden Al Gore (1993-2001),  Michael Chertoff juga Yahudi. 

Bekas Presiden  George W Bush  juga dikaitkan keturunan Yahudi. Tidak hairanlah dia melancarkan kempen memerangi  keganasan di Iraq dan Afghanistan semata-mata untuk menjaga kepentingan Zionis di seluruh dunia.

 Ketika kita bercakap isu hak asasi dan makna kebebasan, jangan terperangkap   helah untuk menghalalkan cara! - Berita Harian, 14 Oktober 2011

Friday, March 30, 2012

Mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin



Oleh SITI AINIZA KAMSARI dan AZHARI ZAINOODIN

Sumber Utusan Malaysia



"LANGSUNG tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala.

"Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut," kata Dr. Mohd. Tahir Abdul Rahman.

Beliau merupakan aktivis kemanusiaan Palestin terkenal yang kini merupakan Pengerusi Sekretariat Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) iaitu satu acara di peringkat dunia yang akan berlangsung pada hari ini di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.

Dr. Mohd. Tahir berkata, rejim Israel yang begitu zalim dan ganas terhadap penduduk Palestin akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Masjid Al-Aqsa akhirnya akan terlepas sepenuhnya ke tangan mereka.

Ini bagi menjayakan cita-cita mereka mendirikan Kuil Haikal (Solomon Temple) yang kononnya terletak di tapak Masjid Al-Aqsa tersebut.

"Apabila sekatan demi sekatan mereka kenakan, akhirnya Masjid Al-Aqsa tidak lagi dikunjungi oleh umat Islam kerana tentunya mereka tidak mampu untuk membayar cukai yang tidak masuk akal itu.
"Akhirnya apabila tiada lagi umat Islam ke masjid itu, ia akan dijadikan alasan oleh rejim Israel untuk mengambil alih dan seterusnya merobohkan masjid tersebut untuk dibina kuil di atas tapaknya.
"Mereka akan berkata 'kami tidak pernah menyekat umat Islam untuk ke masjid ini, tetapi lihat sekarang, umat Islam sendiri yang sudah tidak mahu ke masjid itu. Jadi ini awak katakan bahawa Masjid Al-Aqsa adalah milik Islam dari aspek sejarah, budaya dan agama? Ternyata semua itu palsu," kata Dr. Mohd. Tahir.

Justeru MyGMJ bukan untuk mengalih pandangan umat Islam terhadap penderitaan umat Islam di Gaza, satu-satunya wilayah di Palestin yang masih dikuasai oleh rakyat Palestin kepada wilayah Baitul Maqdis yang telah ditakluk Israel pada tahun 1967.

"Isunya masih sama. Kita mahu memberi peringatan keras kepada Israel bahawa, sama ada Baitulmaqdis mahupun lain-lain wilayah yang mereka jajah termasuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sebenarnya milik rakyat Palestin. Mereka tidak ada hak barang seinci pun merampasnya daripada penduduk asal," katanya.

GMJ atau Perarakan Menuju Baitul Maqdis merupakan program yang menggabung inisiatif global membela dan membebaskan Baitulmaqdis dan bumi Palestin daripada cengkaman Israel yang telah menceroboh tanah suci dan pusat agama terbesar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

"Selama 64 tahun terbentuknya negara haram Israel dan 45 tahun Baitulmaqdis dijajah oleh rejim angkuh itu, pelbagai bentuk tindakan kurang ajar dan biadap dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadat terutamanya milik Islam dan Kristian," katanya.

Perlu disedari, ketika berlakunya Perang 1948 itu, Israel mengusir keluar lebih daripada 800,000 penduduk Palestin dengan 100,000 daripada mereka adalah beragama Kristian.

Rejim itu turut memusnahkan 492 perkampungan asal Palestin, 480 masjid dengan 14 buah masjid ditukar menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan.
Manakala 410 tanah perkuburan Islam lama dan baru dibongkar dan diratakan yang kemudian menyaksikan mereka mendirikan pelbagai premis di atas tapak kubur tersebut.
Hotel Hilton di ibu negara Israel, Tel Aviv misalnya, didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed An Nabi.

"Nasib yang menimpa Masjid Al-Aqsa adalah lebih menyedihkan. Sepanjang tahun lalu sahaja Yayasan Al Aqsa untuk Wakaf dan Warisan melaporkan lebih daripada 100 serangan termasuk membakar dan menghina dilakukan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh pihak zionis dan sekutu mereka," ujarnya.

Tegas Dr. Mohd. Tahir, kesemua tindakan biadap Israel itu merupakan untuk menyahudikan seluruh Baitulmaqdis dengan memadamkan ciri-ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian tiga agama sejak dahulu lagi.

Usaha tersebut bertambah rancak dengan membawa masuk seramai mungkin pendatang-pendatang haram Yahudi dari seluruh dunia untuk ditempatkan di sekitar Baitulmaqdis.
"Penempatan itu kini telah meliputi kawasan seluas 112.13 kilometer persegi atau 47.7 peratus dari kawasan Kota Al Quds yang dikelilingi oleh Tembok Pemisah yang kini telah menempatkan 236,480 pendatang Yahudi.

"Ia melebihi penduduk asal Palestin yang kini tinggal seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan tembok tersebut," katanya.

Dengan terpaksa hidup dalam pelbagai tekanan dan sekatan, sekali gus menafikan keseluruhan hak-hak rakyat Palestin sebagai penduduk asal.

Di sebalik tembok Israel



Oleh AZHARI ZAINOODDIN

Sumber Utusan Malaysia

TIADA yang lebih di tangisi oleh umat Islam selain Masjid Al-Aqsa di Kota Suci Al Quds, Baitulmaqdis berada dalam cengkaman rejim zionis Israel hingga ke hari ini.

Cengkaman tersebut menyebabkan umat Islam dinafikan untuk keluar masuk melakukan solat di dalamnya. Lebih memedihkan, Israel merancang untuk melenyapkan masjid itu dari muka bumi ini.
Berkongsi pengalaman, seorang rakyat Malaysia yang pernah berada hampir sebulan di Baitulmaqdis, sekali gus berpeluang beribadat di Masjid Al-Aqsa perlu menjadi satu inspirasi kepada seluruh umat Islam untuk ke sana.

Setiausaha Eksekutif Komuniti Viva Palestin Malaysia (VPM), Azra Banu, 49, berada di Baitulmaqdis sekitar Jun 2010 yang disifatkan sebagai paling terkesan dalam hidupnya.
“Pengalaman berada di sana itulah yang mengajar saya untuk menumpahkan seluruh jiwa raga demi Palestin,” ujarnya.

Azra melihat segala-galanya. Betapa rejim Israel yang mendukung fahaman zionis sebenarnya adalah kaum terpilih untuk melakukan pelbagai kerosakan di muka bumi ini.

“Bayangkan apa dosa sebuah tanah perkuburan yang berusia ratusan tahun penduduk Palestin dirobohkan dan dilenyapkan. Lalu tergamak didirikan segala macam premis bangunan.

“Sedangkan, mereka boleh dirikan di atas tanah lain tanpa perlu membongkar kubur-kubur lama tersebut. Alasannya, kubur-kubur tersebut tidak ada permit dan tiada siapa boleh mempersoalkan kewajaran tindakan rakus mereka itu,” katanya.

Azra menyaksikan sendiri tanah perkuburan Mamilla dipercayai wakaf perkuburan milik orang Islam Palestin yang terletak di tengah-tengah bandar Baitulmaqdis telah bertukar menjadi hotel mewah.
Reka bentuk Hotel Mamilla disifatkan sebagai yang terhebat bertaraf dunia .

Begitu juga tindakan rejim zionis itu merampas rumah-rumah dan tanah milik penduduk Palestin. Ia bagi mendirikan kawasan-kawasan penempatan kepada pendatang haram Israel yang dibawa masuk dari segenap dunia.

Selain itu, penduduk Palestin juga dikenakan pelbagai sekatan hingga menghalang kebebasan mereka. Mereka dilarang bergerak bebas di bumi sendiri.

Hak mereka sebagai penduduk pribumi dinafikan tanpa ada sebarang kompromi, jauh sekali belas ihsan. Sekali gus menjadikan Baitulmaqdis, bandar yang penuh dengan tekanan.
“Rakyat Palestin tidak seperti kita (orang luar) yang bebas bergerak ke mana sahaja. Mereka perlu melalui check point yang terlalu banyak.

“Ada kawasan-kawasan tertentu yang tidak dibenarkan untuk mereka masuki ataupun melaluinya. Jadi rakyat Palestin terpaksa berpatah balik dan melalui jalan lain.

“Bukan itu sahaja, bagi mereka yang bekerja di Baitulmaqdis, permit kerja yang dikeluarkan sangat susah sehingga setiap maklumat perlu diperincikan termasuklah tempoh masa bekerja.

“Jika tertera masa bekerja bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang, mereka akan dihujani dengan pelbagai soalan oleh pegawai di check point sekiranya tiba melepasi waktu itu,” ceritanya lagi.
Menyentuh mengenai lawatannya ke Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam, Azra berkata terlalu sukar untuk membolosi sekatan bagi membolehkan umat Islam memasuki masjid tersebut.

Jelasnya, boleh dikatakan hampir setiap 10 meter perlu melalui pemeriksaan askar Israel dan lelaki yang berusia 10 sehingga 40 tahun, langsung tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.

“Mereka langsung tidak membenarkan golongan belia untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sehinggakan ibu yang memimpin anak lelaki yang berusia belasan tahun, hanya si ibu dibenarkan masuk,” jelasnya
Tambah Azra, senario kawalan tentera Yahudi itu akan lebih ketat pada hari Jumaat.

Jelas wanita kelahiran Singapura itu lagi, pembinaan tembok-tembok pemisah yang didirikan Israel juga jelas menunjukkan berlakunya rampasan tanah rakyat Palestin.

“Mereka bina tembok itu sehingga masuk ke dalam kawasan milik rakyat Palestin. Selain memisahkan penempatan rakyat Palestin ia juga memaksa mereka berpusing jauh untuk ke sekolah dan hospital,” jelasnya.

Solat di Masjid Al-Aqsa

Bagaimanapun jelas Azra, perjalanannya sendiri sepanjang berada di sana agak mudah kerana pihak Israel tidak menyekat kebebasan orang luar untuk bergerak di kawasan berkenaan.

“Sepanjang berada di sana, melalui kawasan pemeriksaan itu adalah perkara wajib, namun tidaklah dilayan seperti rakyat Palestin.
“Masih juga buruk dan teruk tetapi akhirnya mereka akan lepaskan kita bagi menjaga imej Israel di mata antarabangsa.
“Kami juga bernasib baik kerana dapat menyewa kereta yang menggunakan nombor pendaftaran Israel. Jadi ia tidaklah terbatas seperti kenderaan yang didaftarkan untuk rakyat Palestin,” ujarnya.
Namun Azra masih dapat merasakan ketenangan yang tiada taranya sebaik memasuki kawasan Masjidil Al-Aqsa.
“Mereka tidak percaya saya hendak masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk tujuan melakukan ibadat dan solat sehinggalah mereka memaksa saya membaca lengkap surah al-Fatihah.
“Apabila mereka berpuas hati, barulah saya dibenarkan masuk dengan layanan yang cukup buruk,” katanya.

Detik masa bagaikan terhenti apabila berada di dalam Masjid Al-Aqsa bagi memberikan peluang untuk kita menginsafi diri dan merasa lebih dekat dengan Maha Pencipta.

“Segala-galanya hening di sini dan tidak semena-mena hati ini mudah terusik dan sangat merindukan Allah,” kata Azra.

Maka umat Islam sangat digalakkan ke Masjid Al-Aqsa. Ini kerana menurut Azra dari perbualannya dengan pengusaha agensi pelancongan di Baitulmaqdis, hampir setiap tahun seramai dua juta pelancong datang mengunjungi Baitulmaqdis.

“Sayangnya dari jumlah tersebut hanya 500,000 umat Islam. Selebihnya, adalah orang luar dari seluruh pelosok dunia.

“Kita masih boleh mengunjungi Baitulmaqdis jika kita mahu Allah akan sentiasa membantu usaha kita itu, lebih-lebih lagi jika niat kita adalah satu, iaitu hendak bersolat di Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Hakikatnya, banyak lagi pengalaman yang ditempuh oleh Azra sepanjang berada di Baitulmaqdis, terutama apabila berpeluang bertemu dengan pendatang Israel dari negara-negara Eropah yang lain.
Katanya, biarpun mereka adalah pendatang di Palestin tetapi diberi segala macam kemudahan oleh pihak Israel termasuk ditanggung sepenuhnya jika hendak pulang bercuti ke negara asal masing-masing.

Sunday, March 25, 2012

Apabila Zionis jadi Nazi di Gaza



Oleh: Zin Mahmud
Utusan Malaysia : 11/1/2009


Akhbar Utusan Malaysia hari Jumaat, 9 Januari menyiarkan tajuk besar Hizbullah bantu Hamas, serangan mungkin permulaan konflik lebih luas di Asia Barat.

Berita yang sama juga didengar melalui radio dan televisyen. Tetapi tajuk-tajuk mereka tidaklah menyebut Hizbullah membantu Hamas. Di satu pihak perkara itu tidak mustahil. Mungkin Hizbullah benar-benar melancarkan roket bagi mengalih tumpuan tentera Israel dan mengurangkan tekanan terhadap Hamas di Gaza.

Pada sudut lain pula, berasa naik semangat kerana penentang-penentang Israel turut membalas dengan apa senjata yang ada. Tentunya Hizbullah, walaupun ia bukan pihak Palestin, berasa setiakawan untuk membantu Hamas. Lebih-lebih lagi gerakan Hizbullah dan Hamas dilihat sebagai dua kumpulan militan yang masih mampu untuk menentang Israel. Kedua-duanya pula mendapat sokongan daripada Iran dan Syria, dua negara yang masih aktif menentang Israel dengan menggunakan ancaman senjata.
Tetapi pada hari yang sama penulis menerima khidmat pesanan ringkas (sms) menyatakan bahawa laporan itu adalah untuk memenuhi kepentingan Israel dan tujuannya adalah memberitahu dunia bahawa Israel sedang diancam oleh militan Islam terdiri daripada Hizbullah dan Hamas yang berupaya mempunyai roket untuk mencederakan rakyat Israel.

Oleh itu, dunia khususnya Amerika Syarikat dan Eropah Barat yang merupakan sekutu Israel harus terus memberi sokongan kepada rejim Tel Aviv itu untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza. Bagi Israel, sokongan Amerika dan Eropah amat penting. Kalau lain-lain bahagian dunia, khususnya umat Islam marah padanya sekalipun, ia tidak peduli. Apa yang penting bagi mereka ialah Amerika dan Eropah mesti menyokongnya. Maka apa yang ia boleh lakukan ialah untuk sentiasa meyakinkan orang ramai di Amerika dan Eropah bahawa tujuannya membunuh rakyat Palestin di Gaza adalah semata-mata bagi menghapuskan pengganas iaitu Hamas.

Mereka juga mahu menekankan bahawa dua kumpulan yang dianggap pengganas ini, iaitu Hamas dan Hizbullah disokong oleh Iran dan Syria bukan saja mengancam Israel tetapi keseluruhan tamadun dan dunia barat, iaitu Amerika dan Eropah. Jadi, Israel mahu menggambarkan kepada mereka bahawa ia melakukan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza itu adalah semata-mata berjuang bagi pihak Amerika dan Eropah untuk menyelamatkan tamadun Barat.

Justeru, oleh kerana Israel menggambarkan diri mereka sebagai pembela tamadun Barat daripada dimusnahkan oleh golongan yang dikatakan sebagai penegak tamadun Islam, maka Amerika dan Eropah mesti terus membantu Israel dengan bekalan dana dan senjata kerana apa yang dilakukan oleh negara Zionis itu adalah untuk menjadi benteng kepada Barat.

Itulah yang cuba digambarkan oleh Israel kepada dunia Barat. Sebab itu, Israel melalui pengulas-pengulasnya dalam televisyen satelit termasuk Al-Jazeera sentiasa menekankan mengenai matlamat perjuangan Hamas yang mereka turut kaitkan dengan Hizbullah dan Iran, iaitu perjuangan untuk menegakkan negara Islam. Maka Hamas digambarkan sebagai kuasa jahat yang mahu memusnahkan Israel dan menegakkan negara Islam di situ bersekali dengan amalan hukum Syariah, yang kemudian berusaha meluaskan wilayah takluk hingga ke Eropah dan Amerika.

Hamas dipaparkan sebagai suatu gerakan yang akhirnya akan memusnahkan dunia demokrasi dan kapitalisme untuk digantikan dengan fasisme Islam, atau istilah mereka Islamofasisme, sebagai pewaris kepada Nazisme Adolf Hitler.

Gambaran israel itu sentiasa diulang-ulang untuk dijadikan alasan bagi membolehkan mereka membunuh orang Palestin termasuk kanak-kanak. Dalam konflik di Gaza ini pula, kanak-kanak adalah dikatakan majoriti yang menjadi mangsa, baik terbunuh atau cedera. Antara alasan yang penyokong-penyokong Israel beri bagi membolehkan pembunuhan kanak-kanak Palestin ialah bahawa mereka itu bakal menjadi pejuang Hamas. Sebab itu dapat dipercayai bahawa askar Israel tidak sedikit pun berasa bersalah apabila membunuh ibu-ibu Palestin yang hamil. Ini kerana bagi mereka anak yang dikandung itu bakal menjadi ancaman kepada Israel.

Hamas

Sedangkan hakikatnya tidak sedemikian. Hamas walaupun merupakan organisasi berasaskan Islam hanya mahu sebuah negara Palestin yang merdeka di mana penduduknya bebas mengamalkan agama dan budaya mereka iaitu Islam. Hasrat untuk memusnahkan Israel adalah dalam konteks bahawa negara Zionis itu telah menghancurkan negara Palestin dan penghalang kebebasan rakyat Palestin itu sendiri. Begitu juga dengan Hizbullah. Mereka hanya mahu hidup merdeka sebagai rakyat Lebanon yang bebas mengamalkan agama dan budaya sendiri, iaitu Islam mazhab Syiah. Serangan mereka ke atas Israel adalah untuk menghalau negara Zionis itu daripada menjajah mereka. Sebagai seorang Islam dan berperikemanusiaan, sudah tentu mereka berasa setiakawan dengan rakyat Palestin.

Pastinya pihak israel faham mengenai perkara ini. Tetapi mereka hanya mahu menjadikan asas perjuangan Hamas itu sebagai alasan bagi membolehkan mereka terus menundukkan Palestin secara kejam. Tidak menghairankan bahawa di peringkat awal, Israel dan Amerika yang membantu Hamas untuk menjadi kuat supaya dapat melemahkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang berjuang atas nasionalisme sekular.

Kini Amerika dan Israel memihak kepada PLO dan diberi bantuan supaya menekan Hamas pula. Ini kerana mereka melihat Hamas sudah menjadi ancaman kepada Israel. Itupun kalaulah benar. Dunia sukar untuk mengetahui apa yang sebenar kedudukan organisasi ini. Tetapi Amerika dan Israel mempunyai rangkaian perisikan yang lebih canggih daripada pihak lain dan mampu membuat penilaian lebih tepat.

Namun daripada pemerhatian dunia, apa yang dilakukan oleh Israel dan Amerika adalah untuk memastikan PLO khususnya organisasi utamanya iaitu Fatah akan sentiasa berseteru dengan Hamas. Maka akhirnya kedua- duanya lemah.

Maka daripada pemerhatian ini, keadaan kedudukannya ialah Israel merupakan pihak yang sebenarnya fasis. Demokrasi yang diamalkan oleh Zionisme ini hanya untuk bangsa mereka saja. Tetapi demokrasi mereka telah cacat dengan sikap perkauman yang tebal dengan melayan rakyat Palestin sebagai bukan manusia. Mereka percaya kepada keagungan bangsa sendiri iaitu Yahudi. Jadi, apa bezanya mereka dengan Nazi Jerman? Ketika mana mereka menuduh gerakan Islam sebagai Islamofasis, tetapi apa yang berlaku ialah bahawa negara Israel mempunyai fahaman dan amalan yang boleh diistilahkan sebagai Zionofasis. Kata dulang paku serpih.

Ketika Zionis menuduh umat Islam mahu menguasai dunia dan menubuhkan daulah Islamiah yang mengamalkan syariah, tetapi apa yang berlaku ialah mereka iaitu orang Yahudi yang bukan saja mahu menguasai dunia tetapi sebenarnya telah pun menguasai dunia. Mereka menguasai dunia ketenteraan, akademik, korporat, budaya, teknologi dan kewangan sejagat dengan teras wilayah penguasaannya ialah Amerika dan Eropah.

Sistem kewangan yang dipakai dunia hari ini berasal daripada Yahudi hingga hari ini mengancam manusia dengan sistem berasaskan riba. Sistem ini telah mengkayakan golongan mereka dan memiskinkan jutaan manusia yang lain. Bukan orang Islam yang merosakkan dunia, tetapi orang Yahudi. Dengan kecerdekan mereka, orang Yahudi juga memikul tanggungjawab memberikan kesejahtreraan kepada manusia. Tetapi apa yang mereka lakukan ialah merosakkan dunia, dalam semua segi termasuk alam sekitar.

Bagi umat Islam, Hamas dan Hizbullah bukannya gerakan yang perlu ditakuti. Syariah yang mahu diamalkan adalah suatu perkara yang sudah menjadi amalan seharian mereka. Sementara sistem Syariah masih jauh daripada mereka kerana apa yang mereka perlukan saat ini adalah kehidupan seharian iaitu makan, minum, pekerjaan dan pendidikan.

Kalaupun Syariah yang hendak diamalkan, sudah tentu ia mula berlegar pada soal-soal perkahwinan dan akhirnya kepada kewangan islam. Sistem kewangan Islam merupakan amalan Syariah yang semula jadi bagi orang Islam dan memberi manfaat kepada orang bukan Islam.

Maka kebangkitan Hamas serta dibantu Hizbullah adalah suatu yang wajar kerana kedua-duanya adalah sesama Islam. Namun begitu, apabila diteliti berita mengenai pelancaran roket oleh Hizbullah ke atas Israel, maka dapat dilihat ia berpunca daripada laporan oleh agensi berita Amerika iaitu AP, Associated Press.

Walaupun ia merupakan agensi berita profesional; tetapi dapat difahami bahawa ia tentunya memihak kepada Israel. Maka apabila diteliti di mana sumbernya, maka dapat diketahui bahawa laporan AP itu tidak menyebut di mana ia dapat berita itu. Apa yang dilaporkan adalah seolah-olahnya disaksikan sendiri oleh pemberita itu tetapi tidak pula dinyatakan demikian.

Laporan itu kemudian memetik media Israel yang mendakwa pejuang Palestin yang melancarkan roket dari Lebanon ke atas Israel. Tetapi adakah media Israel itu boleh dipercayai kerana mereka sudah tentunya mahu membantu tentera mereka. Persoalan juga timbul dari mana mereka memperoleh maklumat. tentunya daripada sumber tentera mereka yang juga mempunyai kepentingan.

Sementara kerajaan Lebanon pula, yang turut dianggotai oleh Hizbullah sedang menyiasat siapakah yang melancarkan roket itu. Dalam laporan lain pula dinyatakan bahawa Hizbullah, Hamas dan Fatah menafikan telah melancarkan roket. Malah Hizbullah menegaskan bahawa ia tidak mahu diperangkap oleh Israel dengan turut menyertai dalam peperangan itu.

Apa yang berlaku sebenar tidak akan dapat diketahui kerana Israel menguasai semua laporan daripada Gaza. Malah laporan mengenai serangan roket baik yang dikatakan dari Hamas mahupun Hizbullah boleh jadi dibuat oleh Israel sendiri bagi membolehkan mereka terus menyerang dan membunuh rakyat Palestin.

Bukan saja Israel menguasai maklumat di Gaza, tetapi di seluruh dunia. Para wartawan Barat hanya dibenarkan sampai di sempadan Gaza dan Israel. Bagaimanakah wartawan hendak mengetahui keadaan sebenar? Tentunya laporan mereka juga ditapis oleh pihak tentera Israel.

Namun begitu, ada wartawan yang masuk melalui Rafah di sempadan antara Mesir dan Gaza, itupun amat terhad. Sementara itu terdapat wartawan yang sudah bearda dalam Gaza, termasuk Al-Jazeera. Namun begitu, pergerakan mereka amat terhad dengan kekurangan bekalan peralatan dan ancaman dari Israel.


Dengan kesukaran wartawan untuk membuat liputan Gaza, maklumat yang dapat dikeluarkan pula akan ditapis di ibu pejabat agensi berita masing-masing. Sudah tentu laporan AP dan Reuters akan disunting di Amerika dan Britain yang kecenderungannya adalah kepada Israel. Agensi berita Perancis AFP mungkin lebih bebas sedikit tetapi ia tetap berada dalam jalur pemikiran Eropah yang juga cenderung kepada Israel. Begitu juga dengan stesen-stesen televisyen seperti CNN dan BBC.
Maka yang tinggal ialah Al-Jazeera milik kerajaan Qatar. Namun begitu pergerakan mereka juga terhad. Selain itu, politik negara-negara Arab di Asia Barat juga perlu diambil kira. Negara-negara Teluk termasuk Arab Saudi dan juga Mesir serta Jordan merupakan sekutu Amerika. Sedangkan Mesir dan Jordan mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Sukarnya rakyat Palestin di Gaza untuk menyelamatkan nyawa dan zuriat mereka.

Maka dunia termasuk Malaysia hanya dapat maklumat daripada apa yang disampaikan melalui aganesi-agensi berita. Palsu atau benar, seleweng atau berusaha untuk tepat adalah kesemuanya tidak ada kepastian. Suatu masa nanti akan terbit buku-buku yang ditulis oleh saksi mata mengenai peperangan di Gaza itu.

Para ahli akademik akan membuat penyelidikan melalui sumber pertama akan mengumpul maklumat yang akhirnya boleh memberi gambaran kejadian sebenar di Gaza. Tidak kurang pula wartawan yang terlibat menyampaikan maklumat termasuk penyunting mereka di ibu pejabat akan menceritakan tekanan-tekanan yang mereka terima daripada pelbagai pihak termasuk pemilik yang dipengaruhi oleh lobi Yahudi.

Dalam mana-mana peperangan, mangsa pertama adalah kebenaran. Atas cebisan maklumat yang diterima oleh dunia inipun dapat dirasakan betapa perit dan sengsaranya rakyat Palestin di Gaza menjadi mangsa Israel.

Buat masa ini perang panjang oleh Israel yang dilancarkan terhadap rakyat Palestin sejak tahun 40-an dahulu memihak padanya. Keupayaan mereka untuk menang bermula daripada penguasaan mereka terhadap media antarabangsa. Untuk melawan balik, umat Islam mesti menang dalam medan media.