www.majalahsains.com

Monday, July 21, 2014

Dr. Norman Finkelstein - Yahudi yang dimusuhi Zionis-Israel


Sumber - Blog TKO


Dia berketurunan Yahudi tetapi sangat memusuhi dan sebaliknya amat dimusuhi Israel dan Zionis Antarabangsa.  Secara berani dan terbuka beliau menyatakan solidariti, sokongan dan pembelaan terhadap penduduk Gaza, Hamas, Hizbollah dan lain-lain musuh Israel di Timur Tengah.  Kemenangan Hizbollah menewaskan Israel dalam peperangan pada tahun 2006 di anggapnya sebagai pembelaan dan penebusan maruah Lubnan (dan Arab). Tonton wawancaranya di TV Lebanon Di Sini

Bilangan cendikiawan Yahudi yang tampil kehadapan bersuara secara terbuka tentangan mereka terhadap Israel dan Zionis semakin hari semakin bertambah tetapi pada masa ini Norman Finkelstein jelas tersohor orang yang paling lantang dan keras dan aktif diperingkat antarabangsa.

Baginya Zionisma adalah polisi rasis yang mengamalkan apartheid berdasarkan diskriminasi dan kebencian kaum yang lebih zalim berbanding apartheid di Afrika Selatan. Israel baginya merupakan satu satunya negara dunia yang menghalalkan pembersihan kaum, perampasan tanah dan pembunuhan wewenang terhadap goyim iaitu orang lain selain yahudi / Israel / zionis. Israel juga merupakan negara yang mempunyai rekod jenayah kemanusiaan paling banyak di dunia. Menurutnya kepungan haram Israel terhadap Gaza dan menjadikan Gaza penjara terbuka terbesar di dunia adalah sama kejamnya dengan apa yang dilakukan terhadap yahudi di ghetto Warsaw semasa Peperangan Dunia Kedua (PDK2).

Sejauh ini beliau telah menulis enam buah buku setiap satu didedikasi kearah ‘menelanjangkan’ siapa Israel dan Zionis yang sebenarnya. Kezaliman Israel dan Zionis didedahkan dengan begitu jelas dan terperinci lengkap dengan bukti kukuh mencerminkan ketelitian, kajian dan kesarjanaan seorang professor dalam bidang politik antarabangsa. Buku buku beliau telah diterjemahkan kedalam 60 bahasa lain diseluruh dunia. Tiga buku beliau yang terkini dan paling mendapat perhatian dunia adalah The Holocaust Industry: reflections on the exploitation of Jewish Suffering (Verso, 2000), Beyond Chutzpah: On the misuse of anti-Semitism and the abuse of history (University of California Press, 2005) dan ‘This Time We Went Too Far’: Truth & Consequences of the Gaza Invasion.

Melalui buku buku tersebut serta ceramah, wawancara, perdebatan, symposium dan lain-lain di seluruh dunia, beliau berjaya dengan cemerlang membuktikan mesej utama beliau bahawa zionis antarabangsa dan Israel merupakan teroris dunia yang sebenarnya. Beliau melabel Israel sebagai negara ganas (maddog state) & negara gila (Lunatic State)’ – tonton ceramahnya Disini. Dia juga bertegas bahawa Israel hendaklah diseret ke muka pengadilan Mahkamah Antarabangsa atas kesalahan keganasan melampau dan jenayah perang – lihat wawancara di Crosstalk vs Raanan Gissin (wakil Israel & zionis tegar) Di sini dan wawancara di Russia Today Studio (RT) Di Sini.

Dia juga mendedahkan bagaimana zionis antarabangsa mengekploitasi kesengsaraan mangsa Holokos Nazi yang amat zalim itu menjadi industri multi billion USD di mana zionis memperalatkannya untuk memeras ugut dan mendapatkan ‘wang tebusan’ (wang pampasan) dari pelbagai negara dan bank serta kutipan derma dari orang ramai atau organisasi termasuklah kutipn derma untuk israel yang dilakukan gereja kristian diseluruh dunia. Lihat Di Sini dan Di Sini.

Bukan sekadar bertemu buku dengan ruas. Boleh dikatakan seluruh jentera propaganda Israel dan Zionis tertewas kepadanya – bukan sekadar TKO tetapi KO berpanjangan; bukan sekadar di sebahagian pusingan malah di setiap pusingan dan biasanya mereka tewas dalam pusingan awal. Dalam setiap ‘perdebatan’ samada secara wawancara ‘live’ dalam media elektronik atau lebih lazimnya melalui media cetak (buku, jurnal, surat khabar dll), hujah setiap jurubicara, apologis, pengampu dan penjilat Zionis Israel mampu diperbudakannya. Tokoh tersohor ini biasa berhadapan dalam ‘debat’ live dengan lebih dari seorang professor apologis zionis yang dikerah untuk mengeroyok beliau.

Apa yang mengkakumkan pada kebanyakan masa beliau tidak perlu membawa sebarang nota atau buku rujukan dalam berdebat sebaliknya mampu menyebutkan rujukannya – nama buku, nama penulis, muka surat, tarikh dan ulangbaca verbatim ayat demi ayat perkataan demi perkataan. Sebaliknya beliau berulang kali memperbetulkan rujukan yang terlupa atau tersalah sebut oleh pendebat lawan. Berhadapan dengan kekuatan ingatan, kekentalan fakta serta bukti sejelas kristal yang dibawanya membuat pendebat pro Israel zionis ‘macet’ akal dan kelihatan seperti budak sekolah.

Frankelstein mempunyai pengalaman mengajar di university terkemuka seperti Brooklyn College, Rutgers University, Hunter College, New York Universiti dan yang terakhir di DePaul University yang merupakan university Roman Catholic tersohor dan terbesar di Amerika Syarikat. Pada tahun 2007 beliau telah ‘meletak jawatan’ atas tekanan dan asakan hebat ke atas pihak pengurusan universiti oleh lobi Isarel dan golongan ahli akademik pro zionis di ketuai oleh Alan Dershowitz profesor undang-undang di University Harvard.

Beliau merupakan seorang yang pakar dalam isu Konflik di Timur Tengah, Politik Holokos dan sejarah Zionisma yang merupakan kajian thesis beliau semasa di peringkat PhD. Semasa di DePaul University beliau merupakan seorang ‘world-class intellectual’ yang kesungguhan terhadap tugasnya sukar disaingi. Di kalangan tenaga pengajar di sana beliau memperolehi taraf ‘celebrated professor’ pengajar tersohor yang di perakui kesarjanaan diperingkat dunia serta yang teliti dan amat bertanggung jawab di dalam setiap buku tulisannya.

Keunikan Finkelstein adalah dimana beliau merupakan anak kepada bekas penghuni Warsaw Ghetto dan kem tahanan Nazi (Nazi Concentration Camp) semasa perang Dunia Kedua. Ayah beliau Zacharias Finkelstein dan ibu Maryla Husyt Finkelstein di tempatkan di Warsaw Ghetto dari September 1939 hingga Mei 1943. Selepas itu Zakarias Finkelstein dipasung di kem konsentrasi Nazi di Auschwitz dan Maryla Finkelstein ditahan di kem konsentrasi Maidanek. Mereka telah diselamatkan dan dari kem kem tersebut apabila tentera Rusia menawan kem kem tersebut di penghujung PDK2. Menurut Finkelstein keseluruhan keluarga di sebelah bapa dan ibu beliau lenyap dibunuh Nazi. Justru dia dapat merasakan bahawa dia mempunyai ‘sedikit’ kelebihan dan otoriti untuk ‘bercakap’ mengenai Yahudi, Israel, Holokos, konflik Israel-Palestin mahupun zionisma berbanding kebanyakan ahli politik jahat dan oportunis Israel atau apologis mereka di Amerika. Norman Finkelstein - Biodata Lengkap Lihat Di Sini .

Lihat juga sebahagian tulisan beliau atau berkitan dengan beliau di Counterpunch Di Sini, Di sini, Di Sini, Di Sini, Di Sini "

3 comments:

  1. Profesor yang patut kita puji apabila tindakan menbuktikan siapa sebenar bangsa Yahudi wslaupun beliau sendiri berbangsa Yahudi.

    ReplyDelete
  2. Subhannallah bagus banget artikelnya..... sure not all jews is bad people's but zionist is the cancer of the world

    ReplyDelete
  3. Knp di sokong hezbollah
    Nyata syiah

    ReplyDelete