www.majalahsains.com

Friday, July 25, 2014

Sepintas lalu tentang Yahudi, Israel & Zionis (Zionazi)


Sumber - Blog Persatuan Mahasiswa FST UKM



1.    Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian.

2.    Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.

3.    Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.

4.    Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.

5.    Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).

6.    Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.

7.    Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

8.    Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif  terhadap Palestin.

9.    Berikut merupakan nama Yahudi di seluruh dunia:
•    Berg” ( Goldberg)
•    Man” (Goldman,Ligthman)
•    Stein” (Einstein)
•    Ler” (Adler)
•    Ner” (Asner)
•    Ilin” (Gitlin)
•    Witz” (Horowitz)
•    Baum” (Teitelbaum)
•    Off” (Chartoff)
•    Nik” (Resnik)
•    Thal” (Rosenthal)
•    Ling” (Spelling)
•    Sky” (Linsky)
•    Farb”(Himmelfarb)
•    Feld”(Seinfeld)

Sebagai contoh Arnold Swarzenegger,seorang pelakon Hollywood terkenal     merangkap Gabenor California sebenarnya adalah Yahudi kelahiran Austria.     Bapanya pula ialah Parti Nazi Austria yang pernah menjawat jawatan penting     dalam pasukan keselamtan Austria.

10.    Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil,Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.

11.    Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

12.    Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara  1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.

13.    Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu,perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.

14.    Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :
         •    Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.
         •    Perang 1967- ½ juta keluar.
         •    Perang 1973- Arab kalah
         •    1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun

15.    Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu    antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.

16.    Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

17.    Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya.

18.    Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.

19.    Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

20.    Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

21.    Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi  dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah

22.    Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina senjata nuclear.

23.    Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

24.    Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.




Monday, July 21, 2014

Dr. Norman Finkelstein - Yahudi yang dimusuhi Zionis-Israel


Sumber - Blog TKO


Dia berketurunan Yahudi tetapi sangat memusuhi dan sebaliknya amat dimusuhi Israel dan Zionis Antarabangsa.  Secara berani dan terbuka beliau menyatakan solidariti, sokongan dan pembelaan terhadap penduduk Gaza, Hamas, Hizbollah dan lain-lain musuh Israel di Timur Tengah.  Kemenangan Hizbollah menewaskan Israel dalam peperangan pada tahun 2006 di anggapnya sebagai pembelaan dan penebusan maruah Lubnan (dan Arab). Tonton wawancaranya di TV Lebanon Di Sini

Bilangan cendikiawan Yahudi yang tampil kehadapan bersuara secara terbuka tentangan mereka terhadap Israel dan Zionis semakin hari semakin bertambah tetapi pada masa ini Norman Finkelstein jelas tersohor orang yang paling lantang dan keras dan aktif diperingkat antarabangsa.

Baginya Zionisma adalah polisi rasis yang mengamalkan apartheid berdasarkan diskriminasi dan kebencian kaum yang lebih zalim berbanding apartheid di Afrika Selatan. Israel baginya merupakan satu satunya negara dunia yang menghalalkan pembersihan kaum, perampasan tanah dan pembunuhan wewenang terhadap goyim iaitu orang lain selain yahudi / Israel / zionis. Israel juga merupakan negara yang mempunyai rekod jenayah kemanusiaan paling banyak di dunia. Menurutnya kepungan haram Israel terhadap Gaza dan menjadikan Gaza penjara terbuka terbesar di dunia adalah sama kejamnya dengan apa yang dilakukan terhadap yahudi di ghetto Warsaw semasa Peperangan Dunia Kedua (PDK2).

Sejauh ini beliau telah menulis enam buah buku setiap satu didedikasi kearah ‘menelanjangkan’ siapa Israel dan Zionis yang sebenarnya. Kezaliman Israel dan Zionis didedahkan dengan begitu jelas dan terperinci lengkap dengan bukti kukuh mencerminkan ketelitian, kajian dan kesarjanaan seorang professor dalam bidang politik antarabangsa. Buku buku beliau telah diterjemahkan kedalam 60 bahasa lain diseluruh dunia. Tiga buku beliau yang terkini dan paling mendapat perhatian dunia adalah The Holocaust Industry: reflections on the exploitation of Jewish Suffering (Verso, 2000), Beyond Chutzpah: On the misuse of anti-Semitism and the abuse of history (University of California Press, 2005) dan ‘This Time We Went Too Far’: Truth & Consequences of the Gaza Invasion.

Melalui buku buku tersebut serta ceramah, wawancara, perdebatan, symposium dan lain-lain di seluruh dunia, beliau berjaya dengan cemerlang membuktikan mesej utama beliau bahawa zionis antarabangsa dan Israel merupakan teroris dunia yang sebenarnya. Beliau melabel Israel sebagai negara ganas (maddog state) & negara gila (Lunatic State)’ – tonton ceramahnya Disini. Dia juga bertegas bahawa Israel hendaklah diseret ke muka pengadilan Mahkamah Antarabangsa atas kesalahan keganasan melampau dan jenayah perang – lihat wawancara di Crosstalk vs Raanan Gissin (wakil Israel & zionis tegar) Di sini dan wawancara di Russia Today Studio (RT) Di Sini.

Dia juga mendedahkan bagaimana zionis antarabangsa mengekploitasi kesengsaraan mangsa Holokos Nazi yang amat zalim itu menjadi industri multi billion USD di mana zionis memperalatkannya untuk memeras ugut dan mendapatkan ‘wang tebusan’ (wang pampasan) dari pelbagai negara dan bank serta kutipan derma dari orang ramai atau organisasi termasuklah kutipn derma untuk israel yang dilakukan gereja kristian diseluruh dunia. Lihat Di Sini dan Di Sini.

Bukan sekadar bertemu buku dengan ruas. Boleh dikatakan seluruh jentera propaganda Israel dan Zionis tertewas kepadanya – bukan sekadar TKO tetapi KO berpanjangan; bukan sekadar di sebahagian pusingan malah di setiap pusingan dan biasanya mereka tewas dalam pusingan awal. Dalam setiap ‘perdebatan’ samada secara wawancara ‘live’ dalam media elektronik atau lebih lazimnya melalui media cetak (buku, jurnal, surat khabar dll), hujah setiap jurubicara, apologis, pengampu dan penjilat Zionis Israel mampu diperbudakannya. Tokoh tersohor ini biasa berhadapan dalam ‘debat’ live dengan lebih dari seorang professor apologis zionis yang dikerah untuk mengeroyok beliau.

Apa yang mengkakumkan pada kebanyakan masa beliau tidak perlu membawa sebarang nota atau buku rujukan dalam berdebat sebaliknya mampu menyebutkan rujukannya – nama buku, nama penulis, muka surat, tarikh dan ulangbaca verbatim ayat demi ayat perkataan demi perkataan. Sebaliknya beliau berulang kali memperbetulkan rujukan yang terlupa atau tersalah sebut oleh pendebat lawan. Berhadapan dengan kekuatan ingatan, kekentalan fakta serta bukti sejelas kristal yang dibawanya membuat pendebat pro Israel zionis ‘macet’ akal dan kelihatan seperti budak sekolah.

Frankelstein mempunyai pengalaman mengajar di university terkemuka seperti Brooklyn College, Rutgers University, Hunter College, New York Universiti dan yang terakhir di DePaul University yang merupakan university Roman Catholic tersohor dan terbesar di Amerika Syarikat. Pada tahun 2007 beliau telah ‘meletak jawatan’ atas tekanan dan asakan hebat ke atas pihak pengurusan universiti oleh lobi Isarel dan golongan ahli akademik pro zionis di ketuai oleh Alan Dershowitz profesor undang-undang di University Harvard.

Beliau merupakan seorang yang pakar dalam isu Konflik di Timur Tengah, Politik Holokos dan sejarah Zionisma yang merupakan kajian thesis beliau semasa di peringkat PhD. Semasa di DePaul University beliau merupakan seorang ‘world-class intellectual’ yang kesungguhan terhadap tugasnya sukar disaingi. Di kalangan tenaga pengajar di sana beliau memperolehi taraf ‘celebrated professor’ pengajar tersohor yang di perakui kesarjanaan diperingkat dunia serta yang teliti dan amat bertanggung jawab di dalam setiap buku tulisannya.

Keunikan Finkelstein adalah dimana beliau merupakan anak kepada bekas penghuni Warsaw Ghetto dan kem tahanan Nazi (Nazi Concentration Camp) semasa perang Dunia Kedua. Ayah beliau Zacharias Finkelstein dan ibu Maryla Husyt Finkelstein di tempatkan di Warsaw Ghetto dari September 1939 hingga Mei 1943. Selepas itu Zakarias Finkelstein dipasung di kem konsentrasi Nazi di Auschwitz dan Maryla Finkelstein ditahan di kem konsentrasi Maidanek. Mereka telah diselamatkan dan dari kem kem tersebut apabila tentera Rusia menawan kem kem tersebut di penghujung PDK2. Menurut Finkelstein keseluruhan keluarga di sebelah bapa dan ibu beliau lenyap dibunuh Nazi. Justru dia dapat merasakan bahawa dia mempunyai ‘sedikit’ kelebihan dan otoriti untuk ‘bercakap’ mengenai Yahudi, Israel, Holokos, konflik Israel-Palestin mahupun zionisma berbanding kebanyakan ahli politik jahat dan oportunis Israel atau apologis mereka di Amerika. Norman Finkelstein - Biodata Lengkap Lihat Di Sini .

Lihat juga sebahagian tulisan beliau atau berkitan dengan beliau di Counterpunch Di Sini, Di sini, Di Sini, Di Sini, Di Sini "

Thursday, November 22, 2012

Gaza Bermandi Darah Lagi!



Oleh Johan Jaafar
Sumber : Berita Harian 23 Nov 2012

Pada tahun 2006, tentera Israel menyerang Lubnan. Di tengah kemarahan dunia terhadap Israel, bekas pegawai tinggi tenteranya, Ave Azrieli menulis di dalam akhbar International Herald Tribune tentang perlunya negara itu berubah sikap. Azrieli menggesa Israel menjadi sebahagian daripada ‘negara Asia Barat’, bukan sebuah pulau di tengah wilayah yang membenci dan mengasingkannya.

Menurut beliau, demi kelangsungan, Israel ‘harus menerima hakikat bahawa manusia di sekelilingnya bukan sahaja perlu dilihat sebagai musuh tetapi juga mereka yang harus hidup bersama-sama di dalam wilayah yang paling bermasalah di dunia.” Malah beliau mencadangkan agar Israel menghantar mesej yang jelas kepada dunia Arab, ‘bahawa kami menghormati kamu.’
Pandangan sedemikian tidak pernah dan tidak mungkin dipedulikan oleh pimpinan Israel. Banyak lagi sebenarnya ilmuwan dan pemikir berbangsa Yahudi yang tidak menyenangi dasar Israel dan fahaman Zionisme. Noam Chomsky, cendekiawan berbangsa Yahudi, yang juga ahli falsafah, tokoh sejarah dan ahli linguistik tersohor banyak menyuarakan kecaman beliau terhadap dasar Israel.


Israel hantar mesej pada Obama

Gaza in Crisis: Reflections on Israel’s War Against the Palestinians yang merupakan koleksi wawancara dan esei beliau yang terbit pada tahun 2010 amat relevan ditelaah pada masa ini. Dua buah bab di dalamnya, ‘The Ghettoization of Palestine’ dan ‘The Killing Fields of Gaza 2004-2009’ sangat penting dibaca hari ini.

Serangan ke atas Lubnan pada tahun 2006 tidak menguntungkan Israel. Pada tahun itu, dalam satu tinjauan ke atas rakyat negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mendapati 59 peratus responden mengatakan dalam konteks mengacau keamanan dunia, Israel lebih berbahaya daripada Iran, Korea Selatan dan Pakistan.

Seperti biasa, Israel tidak akan menghormati sesiapa. Malah tidak memandang sebelah matapun pada bantahan dan kecaman 1.3 bilion umat Islam. Serangan ke atas Gaza yang bermula dua minggu lalu menunjukkan satu lagi contoh bagaimana Israel akan berbuat apa sahaja yang disukainya. Seperti biasa juga, alasan yang diberikan adalah demi ‘mempertahankan diri’. Tiada siapa yang menanyakan hak rakyat Palestin untuk hidup. Apakah dengan menyerang pejabat Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh dan membunuh dan Ahmad Jabari sebahagian daripada usaha mempertahankan diri?
Israel sebenarnya mahu menghantar mesej pada Presiden Barack Obama bahawa “kami tidak perlu mengikut cakap kamu.” Atau amaran pada Obama bahawa Israel tidak menghormati sesiapa dalam konteks menangani jiran-jirannya. Obama yang dilantik semula sebagai Presiden AS antara lain kerana sokongan lobi Yahudi yang kuat, tidak akan mengecam tindakan Israel. Pada waktu yang sama AS meminta Mesir menggunakan ‘pengaruhnya’ di rantau itu untuk menenangkan keadaan. Apakah pula ‘nasihat’ AS terhadap sekutunya, Israel?

Kebangkitan ‘Arab Spring’

Kali ini tindakan Israel membawa implikasi yang jauh lebih berbahaya. ‘Arab Spring’ telah memberikan nafas demokrasi baru di negara-negara Arab. Kemarahan anak-anak muda kali ini tidak mampu dibendung oleh kerajaan baru yang lebih demokratik dan terbuka. Kita semua tahu Palestin adalah punca utama kemarahan orang Islam terhadap Israel dan AS. Sikap radikal di kalangan anak-anak muda Islam dicetuskan sebahagian besarnya oleh isu Palestin.

Tidak ada seorangpun Presiden AS yang sehingga ini dapat menyelesaikan masalah Palestin. Harapan umat Islam pada Obama nampaknya terlalu tinggi. Kita semua tahu siapapun di Rumah Putih tidak akan mengubah dasar AS terhadap Israel. Nampaknya untuk empat tahun lagi, rakyat Palestin akan terus menderita. Sebahagian besar daripada mereka menjadi pelarian di negara orang – tanpa negara, tidak dikehendaki dan hanya menjadi statistik dalam bentuk jumlah pelarian. Selepas Obama? Keadaan mungkin lebih buruk. Jikalau Obama tidak dapat mengekang keganasan Israel, tiada siapa lagi yang boleh berbuat demikian.

Tidak lama dahulu seorang penulis sejarah berbangsa Yahudi menulis buku Hitler’s Willing Executioners: Ordinary Germans and the Holocaust. Menurut beliau, bukan Hitler dan anggota Parti Nazi sahaja yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kaum Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua. Rakyat Jerman seluruhnya ‘turut bertanggungjawab’.

Apakah agaknya teori beliau terhadap kekejaman kerajaan Israel hari ini terhadap rakyat Palestin? Tidakkah seluruh rakyat Israel sepatutnya ‘bertanggungjawab’? Bukankah mereka juga pada masa ini ‘willing executioners’ seperti juga tuduhan yang beliau lemparkan ke atas seluruh rakyat Jerman sewaktu pemerintahan Hitler?

Tuesday, September 4, 2012

Zionis Sebenar

Gambar Ihsan http://oyaonsketch.blogspot.ca/2012/06/membedakan-zionisme-dari-yahudi.html


Artikel dimuatkan kembali di sini dari laman web Cloudfable atas persetujuan penulis dan pengendali web. Artikel asal boleh didapati di

http://cloudfable.com/2012/08/zionis-sebenar/



RAMAI dalam kalangan masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna Land of Israel.

Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan Zionisme mula menampakkan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, tetapi hakikatnya terdapat beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utamanya ialah:

1. Faktor ekonomi

Kerajaan Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah. Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya kepada pihak Eropah. Kebanyakan negara islam merupakan jajahan takluk kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.

2. Arab Revolt 1916

Kebangkitan semangat nasionalis dalam kalangan masyarakat Arab telah mewujudkan satu usaha untuk memisahkan negara Arab daripada kawalan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dalam kalangan masyarakat arab. Arab Saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde‘ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan McMahon selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.

3. Perjanjian Sykes-Picot 1916

Perjanjian rahsia ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei 1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang. Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan, Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani. Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya jatuh ke tangan British. Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish People‘ ke dalam negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dalam kalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan bagi memberikan pihak British mandat:
His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the jewish people, and will use their best endeavour to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious right of existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country.”

Sejarah Awal Gerakan Zionis

Nama tokoh Yahudi selaku Pioneers gerakan Zionis seperti Theodore Herzl (1860-1904) pastinya dikenali ramai, namun hakikatnya ia telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu oleh tokoh seperti Shabbetai Zvi (1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875), dan Leo Pinsker (1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore Herzl pada tahun 1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di Basle pada 27-29 Ogos 1897. Gerakan ini telah menjadi satu usaha di peringkat global untuk mewujudkan sebuah negara Israel di Palestin dan seterusnya mendapatkan sokongan kepada kewujudannya. Herzl mewujudkan hubungan diplomatik yang kuat bagi mendapatkan sokongan kuasa besar ketika itu dan memujuk British untuk terlibat sama dalam Jewish Project.

Sebenarnya, negara Palestin merupakan bukan pilihan utama sebagai tempat penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih sebuah negara di Afrika iaitu Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu Second Zionist Conference. Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke Palestin, dia tidak merasa berminat dengan Palestin kerana negara Palestin ketika itu kotor dan telah berlaku pencemaran. Akhirnya, untuk mengekalkan strategi agar terus berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan penubuhan negara Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah menawarkan bantuan kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan Uthmaniyyah) sebagai pertukaran kepada kewujudan negara Israel di Palestin, namun Sultan Abdul Hamid mengambil keputusan untuk menolak cadangan itu. British mengambil alih Zionist Project apabila World Zionist Organization tajaan Herzl gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya mendapatkan negara Palestin pada september 1918.

Semasa kekuasaan British di Palestin (1918-1948), pintu negara Palestin telah dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan pelarian Yahudi dari seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dari 55 000 orang (1918) kepada 646 00 orang (1948). Selepas perang Dunia ke-2 dan penubuhan negara Israel di Palestin, pihak Zionis mengalami kesukaran untuk memujuk lebih ramai bangsa Yahudi masuk ke dalam Palestin. Jika hal ini berterusan, negara Israel akan mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila rakyat asal Palestin berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa Holocaust yang berlaku di Eropah seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa Yahudi di Eropah kembali memikirkan semula perpindahan mereka ke Palestin.

Kristian Zionis

Mungkin istilah ini sesuatu yang baru dan asing, hakikatnya ia merupakan tulang belakang yang banyak membantu penubuhan dan seterusnya mengekalkan negara Israel di bumi Palestin. Kristian Zionism ini boleh diertikan sebagai penganut Kristian yang menyokong kepulangan bangsa Yahudi ke wilayah Palestin mengikut ramalan Bible. Ia merupakan satu kepercayaan dalam kalangan sebahagian penganut agama Kristian yang mana mempercayai kedatangan Messiah ke bumi dan pemerintahannya sebagai Raja. Kristian Zionis menafsirkan Torah dan New Testament sebagai ramalan masa hadapan bagaimana dunia ini berakhir dengan kedatangan Jesus dari syurga yang akan memerintah dunia. Kewujudan negara Israel dianggap sebagai titik pusat terhadap visi mereka itu. Merujuk kepada risalah yang dikeluarkan oleh Prebyterian Church (AS), golongan Kristian Zionis ini mengaitkan tafsiran literal Genesis 12:3 adalah merujuk kepada Israel iaitu, “I will bless those who bless you, and the one curses you will curse.

Sokongan golongan ini bukan baru, tetapi bermula seawal tahun 1880 apabila William Hechler membentuk satu komuniti Kristian Zionis untuk membantu pemindahan bangsa Yahudi Rusia ke Palestin. Beberapa tahun kemudian, dia berkawan dengan Theodor Herzl selepas membaca buku Herzl yang bertajuk The Jewish State dan turut membantu meningkatkan sokongan terhadap gerakan Zionism. Pada tahun 1980, Jerry Falwell iaitu pengasas Moral Majority (gerakan pro-Zionism) berkata tentang negara Israel, “I firmly believe God has blessed America because America has blessed the Jew. If this nation wants her fields to remain white with grain, her scientific achievements to remain notable, and her freedom to remain intact, America must continue to stand with Israel.
Melalui kerja-kerja kebajikan, sokongan politik dan bantuan kewangan kepada Israel, Kristian Zionis telah menunjukkan bahawa mereka adalah seteru terbaik kepada kewujudan negara Israel. Terdapat beberapa contoh yang membuktikan fakta ini, antaranya ialah; Pastor John Hagee telah berjaya memungut USD 4.7 Million untuk disalurkan kepada United Jewish Communities, Pat Robertsons daripada Christian Broadcasting Network telah mendermakan ratusan ribu dolar untuk membantu Yahudi diseluruh dunia untuk berpindah ke Israel. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat sokongan kerajaan Amerika Syarikat dan barat secara amnya terhadap negara Israel dengan pemberian bantuan kewangan berbillion dollar dan sokongan ketenteraan atas alasan keselamatan.

Naturei Karta

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua Yahudi adalah Zionis dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan kumpulan Neturei Karta (The Guardians of The City) telah membuktikan kebenaran fakta ini. Menurut kefahaman mereka, gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel adalah bertujuan untuk merosakkan agama Yahudi. Mereka juga mendakwa gerakan Zionism tidak sesekali mewakili bangsa Yahudi secara keseluruhan dan mereka yang berpegang kepada fahaman Zionis ini dianggap kafir oleh mereka. Gerakan ini diasaskan di Jerusalem, Palestin pada tahun 1938 hasil dari serpihan pecahan kumpulan Agusdas Yisroel. Agusda Yisroel pada awalnya wujud menentang aliran Zionism, tetapi akhirnya mula melemahkan pegangnya apabila ramai dalam kalangan pengikutnya mulai terpengaruh dengan gerakan Zionisme. Masalah ini berlarutan apabila Rabbi Cook the Elder mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi seluruh dunia menyokong gerakan Zionism berdasarkan tafsiran semula Talmud. Bagi mereka yang masih berpegang teguh pada kepercayaan asal dan meneruskan penentangan terhadap Zionis, mereka menyisihkan diri daripada kumpulan Agusdas Yisroel dan membentuk Neturei Karta.

Antara perbezaan yang ketara di antara Neturei Karta dengan golongan Zionis adalah sikap mereka terhadap isu negara Israel di Palestin. Kumpulan Neturei Karta sama sekali menentang pembinaan negara Israel (Erez Yizrael) kerana beranggapan bahawa ini hak Tuhan mereka untuk menentukannya, apatah lagi pembinaan negara Erez Yizrael menumpahkan banyak darah serta mengambil hak orang lain. Mereka berpegang pada apa yang disebut di dalam Tenach, “not with armed force and not with power, but in My spirit says the Lord of Hosts.” Mereka sebenarnya yakin terhadap kedatangan Messiah yang telah dijanjikan Tuhan untuk pulang bersama ke Palestin dan hidup aman dan harmoni dengan penduduk lain dalam keadaan beriman kepada Tuhan. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, terdapat kisah Messiah dalam versi agama Kristian, Yahudi dan juga Islam, namun apakah kebenaran disebalik cerita Messiah ini dari sudut Islam?

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kumpulan ini bukan hanya tidak mengiktiraf gerakan Zionism, mereka banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di bawah kerajaan Islam berbanding di bawah pemerintahan Zionis. Kenyataan ini dibuat di dalam akhbar-akhbar mereka sejak dari tahun 1944 lagi. Mereka juga sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengutuk kerajaan Israel dan sering kali menggantung bendera Israel separa tiang apabila tiba hari sambutan kebangsaan penubuhan negara Israel yang dilakukan pada setiap tahun. Kenyataan paling berani yang pernah dikeluarkan oleh mereka adalah mengenai kesediaan mereka untuk hidup bersama-sama kaum Muslimin di dalam sebuah negara Islam Palestin. Hal ini telah mendatangkan tindak balas yang negatif oleh pihak Zionis apabila penempatan mereka di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan oleh rejim Zionis. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar berhijrah meninggalkan wilayah Palestin.

Gerakan Neturei Karta kini telah mempunyai 60 000 keahlian di serata dunia dan berpusat di Brooklyn, AS. Mereka juga sering berhubung dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan pandangan-pandangan mereka terhadap isu Palestin dan menggesa PBB agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Usaha mereka juga meliputi masyarakat antarabangsa apabila ia menyeru masyarakat dunia agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel dan ia perlu digantikan dengan negara Palestin yang merdeka.

Terdapat juga segelintir golongan Yahudi yang merasa tidak selesa dengan gerakan Zionis terutamanya Christian Zionist. Mereka merasa tidak selesa disebabkan oleh beberapa isu seperti Christian replacement theology, evangelical proselytizing dan hal-hal berkaitan dengan isu politik domestik. Mereka juga merasakan bahawa Kristian Zionis adalah lebih konservatif terhadap isu di Palestin lebih daripada orang Yahudi sendiri. Apabila kerajaan Israel memberi sebahagian kawasan Israel kepada penduduk Palestin, berlaku kritikan yang hebat daripada golongan Kristian Zionis. Golongan Kristian Zionis beranggapan bahawa negara Israel adalah pemberian kepada bangsa Yahudi oleh Tuhan. Pat Robertson menyatakan bahawa, “It’s an absolute disaster…I don’t think the holy God is going to be happy about someone giving up his land.” Dia juga mendakwa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon jatuh sakit adalah sebagai balasan kerana menyerahkan sebahagian Israel kepada rakyat Palestin.

Kesimpulan

Isu yang melibatkan negara Palestin bukan membabitkan pertempuran di antara umat islam dengan bangsa Yahudi semata, hakikatnya jika isu ini dinilai dari kaca mata yang lebih luas, umat Islam sebenarnya berhadapan dengan hampir keseluruhan kuasa besar dunia yang menganuti akidah Zionis. Usaha untuk melahirkan kembali tokoh pahlawan Islam sehebat Sallehudin Al-Ayubi hasil usaha tajdid oleh Imam Al-Ghazali bukan mampu untuk direalisasikan dalam masa puluhan tahun, bahkan ia mungkin mengambil masa ratusan tahun. Kewujudan negara haram Israel moden masih boleh dianggap terlalu baru, sejarah telah membuktikan hal ini. Usaha menyedarkan umat islam tentang hakikat pertempuran yang sedang berlaku di antara ideologi Zionisme (terutamanya Kristian Zionis) dengan agama Islam perlu dicanangkan secara meluas. Suka juga untuk penulis ingatkan, usahlah kita terlalu mendabik dada dengan sejumlah besar bantuan kewangan yang disumbangkan saban tahun kepada rakyat Palestin, kerana belum pasti sumbangan kita itu sampai ke kumpulan sasaran. Di sekeliling bumi Palestin, ramainya jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi kantong poket dengan darah saudaranya!

Saturday, August 11, 2012

Rahsia kehebatan Yahudi



Oleh: Ku Seman Ku Husain


Di salin dari http://utusan.com.my/utusan/Sastera/20120729/sa_02/Rahsia-kehebatan-Yahudi


BARANGKALI sebahagian besar daripada kita melihat konflik di Asia Barat antara Israel dan Palestin dengan penuh persoalan; kenapa Israel kuat dan sukar ditewaskan? Israel kini menjadi satu-satunya negara Yahudi selepas merampas daripada Palestin tahun 1948.
Israel yang saiznya jauh lebih kecil berbanding negara-negara dunia Arab. Tetapi sejak 1948 hingga kini Israel terus kuat, apa lagi dengan sokongan padu oleh Amerika Syarikat (AS). Maka kita pun berkata, Yahudi di Israel hebat kerana diberi perlindungan oleh AS.

Melihat Yahudi di Israel dalam penguasaan politik di Asia Barat sebenarnya berbeza dengan melihat kejayaan dan penguasaan Yahudi di peringkat global. Yahudi pada relatifnya tidak ramai. Tetapi Yahudi muncul sebagai bangsa yang berkuasa daripada sudut ekonomi dan teknologi.

Buku Mengapa Yahudi Berprestasi ini membawa kita menyusuri banyak hujah yang menyuraikan persoalan tersebut. Suatu yang penting dimuatkan dalam buku ini ialah sikap orang Yahudi yang berkerja keras dan sentiasa berazam menguasai ilmu setinggi yang mungkin. Dengan ilmu Yahudi boleh menguasai dunia.

Satu hakikat yang kita tidak dapat menolaknya ialah Yahudi didokong oleh warga yang patriotik terhadap bangsanya. Sebelum ini buku The Jews Contribution to the 20th Century susunan Alan Symons telah menyenaraikan 1,000 tokoh Yahudi di pelbagai bidang. Dari korporat, sastera, filem dan falsafah, semuanya dikuasai oleh tokoh berbangsa Yahudi. Bangsa lain tidak begitu beriltizam untuk memperjuangkan bangsanya.

Pengalaman pahit pada era Nazi pimpinan Hitler adalah cetusan kebangkitan Yahudi abad ke-20. Jumlah 1,000 tokoh dalam senarai Symons ini datangnya dari 40 buah negara di dunia. Pada akhir abad ke-20, Spielberg diangkat sebagai wira apabila menghasilkan filem Schindler's List. Filem ini mengingatkan kekejaman terhadap Yahudi semasa Perang Dunia Kedua di Jerman.

Penulis buku Mengapa Yahudi Berprestasi pula sangat realistik apabila menyenaraikan sekian banyak tokoh Yahudi dalam pelbagai bidang yang seterusnya menguasai dunia. Tokoh-tokoh ini bukan melalui jalan singkat tetapi berkerja keras selain tidak berpecah belah seperti banyak bangsa lain yang kemudiannya melemahkan bangsa tersebut. Tetapi Yahudi bersatu dan saling membantu demi bangsanya.

Yahudi tidak seperti bangsa-bangsa lain yang sangat kemaruk dengan politik kononnya boleh membantu bangsa. Tetapi politik sebenarnya bergantung kepada kuasa ekonomi yang dipegang oleh Yahudi. Di AS misalnya, biar siapa pun yang dipilih menjadi Presiden, yang menentukan haluannya ialah Yahudi. Sebab itu Barack Obama semasa berkempen dan semasa baru menjadi Presiden memperlihatkan dasarnya mendekati dunia Islam.

Tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang? Obama tidak boleh mengubah dasar yang ditentukan Yahudi sesuka hati. Akhirnya Obama juga seperti Bush yang berhasrat menyerang Iran sebabnya Iran satu-satunya negara di dunia Islam yang memberi masalah kepada Yahudi di Israel.

Menurut buku ini, pengalaman hidup yang pahit serta kemampuan mendepani pelbagai tentangan telah membawa kepada satu hipotesis bahawa Yahudi bertahan kerana mahu terus hidup. Mereka seakan-akan terus hidup dalam suasana terancam dan ini telah mempengaruhi psikologi sense of competition. Ini menjadikan mereka sentiasa waspada, proaktif dan kuat dalam semua bidang.
Dengan bermodalkan kemampuan untuk terus hidup dalam setiap pentas sejarah telah dijadikan fakta keunggulan bangsa untuk terus meraih kejayaan.

Yahudi memang berkiblatkan wang kerana wang adalah kuasa. Tetapi mereka tidak ada jalan pintas untuk mendapat wang kecuali berkerja keras dan berfikiran cerdas. Yahudi telah lama mengalihkan sesuatu yang negatif menjadi positif. Misalnya pada setiap tragedi yang menyakitkan dilihat sudut positif sebagai pendorong mendepani tentangan.

Bayangkan, majalah Forbes telah mencatatkan 400 orang terkaya di dunia setakat ini di mana 45 peratus daripadanya adalah Yahudi padahal populasi Yahudi hanya dua peratus daripada penduduk Amerika Syarikat. Selain itu 20 peratus profesor yang mengajar di universiti ulung di AS adalah Yahudi, 40 peratus syarikat perundangan di bandar raya New York dan Washington dimiliki oleh Yahudi.

Di dunia ini ada bangsa yang besar pun boleh terpecah dua atau tiga kerana berbeza fahaman politik biarpun satu agama. Akhirnya bangsa lain yang lebih kecil tetapi bersatu telah menguasai ekonomi. Tetapi perpecahan begini tidak berlaku kalangan Yahudi kerana mereka sedar dengan jumlah yang kecil tetapi mempunyai otak (kebijaksanaan) yang besar, mereka boleh berkuasa.

Untuk mendapatkan otak yang besar Yahudi terpaksa berusaha berlipat ganda sebagai golongan minoriti khususnya di AS. Sebenarnya untuk duduk sebagai orang nombor satu mengepalai syarikat gergasi di AS bukanlah mudah. Tetapi Yahudi boleh melakukannya kerana kesatuan dan sangat yakin dengan bangsanya.

Maka kita tidak perlulah menjadi panik apabila dikaitkan dengan Yahudi. Ini kerana jaringan Yahudi berada di sekeliling kita dan kita pula memanfaatkan mereka, setidak-tidaknya barangan yang ada pertalian dengan Yahudi. Kenapa kita tidak mencontohi Yahudi sebagai bangsa yang bersatu, berkerja keras dan sentiasa sanggup mendepani tentangan. Sebabnya itulah kunci mengapa Yahudi berprestasi tinggi di seluruh dunia.

Tuesday, July 31, 2012

Baitulmaqdis milik Israel ?

Sumber Utusan Malaysia 30 Julai 2012

BAITULMAQDIS 30 Julai - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Mitt Romney semalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Tindakan beliau itu adalah satu sokongan pemilikan ke atas wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis walaupun ia tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

"Ia adalah satu pengalaman bermakna berada di Baitulmaqdis, ibu negara Israel," ucap Romney ketika berada di sini, sempena lawatannya ke Israel, semalam, menjelang pilihan raya AS November ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada beliau dan menyifatkannya sebagai kenyataan sokongan yang paling lantang dan hubungan persahabatan dengan Israel.

"Hari ini penduduk di bandar ini memperingati kemusnahan kota suci ini beribu-ribu tahun lalu. Apa yang anda lihat kini, ia telah dibina semula oleh orang Yahudi, kemudiannya dibuka kepada ketiga-tiga agama besar dan berubah menjadi bandar yang bersemangat serta sibuk.

"Seperti yang anda katakan iaitu Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel, bandar ini akan terus menjadi ibu negara penduduk Yahudi," katanya sejurus selepas tamatnya upacara Tisha B'Av.
Status Baitulmaqdis adalah isu utama dalam konflik Israel-Palestin selepas rejim Zionis menjajah sebahagian besar bahagian timur Arab ketika perang 1967 dan mendakwa bandar yang terbahagi dua itu sebagai 'ibu negaranya'.

Namun, Palestin mahu Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya serta menentang usaha Israel memperluaskan kedaulatan mereka di bandar itu dan masyarakat antarabangsa termasuk AS, turut tidak secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana konflik yang masih berterusan.

Semalam, Romney turut mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri dan berjanji akan 'menghormati' tindakan ketenteraan rejim Zionis itu ke atas kemudahan nuklear Iran.
"Menghalang Iran daripada menjadi negara kuasa nuklear 'perlu menjadi matlamat utama keselamatan kebangsaan," katanya. - AFP/dpa

Tiada Peta Palestin dalam Google Maps!


Menyedihkan!