www.majalahsains.com

Tuesday, October 19, 2010

Cerita Tentang Yahudi



Oleh : Ku Seman Ku Hussain


Selepas jadi tukang karut saya hendak cerita kisah Yahudi. Ini menarik untuk kita tahu bahawa Yahudi itu di sekeliling pinggang kita. Saya mengambil contoh pembikinan filem dokumentari mengenai Holocaust yang dicetuskan oleh pengarah Steven Spielberg bersama James Moll pasti akan menambah satu lagi `sumbangan' Yahudi memperjuangkan isu kemanusiaan. (Kononnya)
.
Sebelum ini buku The Jews Contribution to the 20th Century susunan Alan Symons telah menyenaraikan 1,000 tokoh Yahudi di pelbagai bidang. Dari seni, sastera, filem dan falsafah, semuanya dikuasai oleh tokoh berbangsa Yahudi.
.
Penulis buku ini melihat kekejaman ke atas Yahudi pada era Nazi pimpinan Hitler sebagai cetusan kebangkitan Yahudi abad ke-20. Jumlah 1,000 tokoh dalam senarai Symons ini datangnya dari 40 buah negara di dunia. Nama Spielberg disenaraikan bersama tokoh-tokoh besar perfileman dunia. Maka bolehlah dikatakan bahawa Yahudi yang menjadi pengemudi tradisi perfileman di dunia.
.
Pada dekad terakhir abad ke-20, Spielberg telah diangkat sebagai wira apabila menghasilkan filem Schindler's List. Filem Terbaik Anugerah Akademi ini mengingatkan tentang kekejaman terhadap Yahudi semasa Perang Dunia Kedua di Jerman.
.
Pembikinan filem dokumentari Holocaust ini dibuat di lima negara yang dianjurkan oleh Shoah Visual History Foundation. Filem yang diterbitkan ini akan disiarkan di stesen TV di Poland, Argentina, Republik Czech, Rusia dan Hungary.
.
Shoah Visual History Foundation yang diasaskan oleh Spielberg kini lebih merupakan arkib multimedia yang menyimpan lebih 200,000 keterangan mengenai kekejaman termasuk pita video yang durasinya lebih 100,000 jam.
.
Ini sebenarnya kelangsungan dari Schindler's List tentang peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi sewaktu era Nazi antara 1933 hingga 1945. Tapi angka ini sengaja dibesar-besarkan.
.
Spielberg seorang Yahudi menjadi perhatian dunia apabila memperjuangkan isu-isu kemanusiaan. Mengikut catatan sejarah seramai 6 juta Yahudi dibunuh dengan kejam termasuk 1.5 juta daripadanya kanak-kanak.
.
Tentunya pembikinan dokumentari Holocaust ini akan mengingatkan manusia abad ke-21 tentang sumbangan Yahudi membela manusia. Ini juga membuktikan di sebalik kuasa filem sebagai produk dagangan Amerika, ia juga menjadi antara yang memainkan peranan menjana pemikiran mengikut acuan pembuatnya.
.
Apabila Yahudi menguasai media filem, sumbangan Yahudi dalam isu kemanusiaan telah menjadi agenda utama. Siapakah pengarah hebat dalam dunia filem kalau bukan Yahudi? Nama-nama seperti Sergie Eisenstein, Woody Allen, Milos Forman, Stanley Kubrick, Roman Polanski adalah Yahudi.
.
Maka tidak hairanlah kalau filem arahan Spielberg melihat Holocaust pada zaman Hitler kerana kepentingan kepada Yahudi dan tidak perlu terkejut kalau dokumentari yang diusahakan ini melihat tragedi Holocaust daripada persepsi yang sama.
.
Kerana itu kekejaman yang sama dilakukan pada era pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic pada dekad 90-an yang menyembelih beratus ribu rakyat Islam Bosnia tidak menggerakkan keinginan untuk diangkat ke filem.
.
Perlu diingat semasa Schindler's List ditayangkan tahun 1994, adegan imbas kembali dalam bentuk hitam putih filem itu berlaku di Bosnia. Tidak ada bezanya antara penyembelihan terhadap Yahudi zaman Nazi dengan Bosnia di zaman Milosevic.
.
Tetapi dunia bersimpati kepada Yahudi dalam Perang Dunia Kedua kerana Yahudi menguasai filem. Tragedi di Bosnia tidak diangkat ke filem kerana yang menjadi mangsa bukan orang Yahudi. Maka berlalulah kekejaman yang mencabar tamadun manusia akhir abad ke-20 selari dengan imbas kembali kekejaman Nazi.
.
Kita perlu juga bertanya sejauh manakah kejujuran Spielberg memperjuangkan isu Holocaust tanpa dipengaruhi oleh bias terhadap bangsanya? Apakah filem dokumentari ini memberikan persepsi yang menyeluruh terhadap kekejaman sesama manusia?
.
Holocaust bukan sahaja terhadap Yahudi. Tetapi istilah ini untuk menggambarkan kekejaman yang dilakukan ke atas sesuatu bangsa untuk tujuan penghapusan etnik. Selain Bosnia, kekejaman yang serupa berlaku di Kemboja pada era Rejim Khmer Rough pimpinan Pol Pot. Di tangan Pol Pot lebih dua juta manusia menjadi korban.
.
Peristiwa yang sama juga berlaku di Rwanda, Chechnya dan Kosovo. Filem The Killing Fields tentang kekejaman Pol Pot dihasilkan kerana ada kepentingan Amerika di Kemboja. Semasa tragedi itu, seorang wartawan New York Times, Sydney Scanberg turut ada bersama-sama. Maka The Killing Fields arahan Roland Joffe melihat Holocaust di Kemboja dari persepsi Amerika.
.
Semua catatan di atas sekadar mengingatkan kita tentang suatu bangsa yang mungkin kecil jumlahnya tetapi tahu jati diri bangsanya. Jati diri membuatkan mereka kelihatan besar dan mampu meraih simpati sekalipun mereka sangat jahat.

Thursday, July 29, 2010

Yahudi - Musuh Yang Wajib Difahami






Bismillahirrahmanirrahim..

Siri kekejaman dan sejarah penindasan yang menyaksikan umat Islam sebagai mangsa utamanya tidak pernah bernoktah dan sentiasa berulang.
Bermula seawal risalah Allah mula disebarkan di muka bumi sehinggalah hari ini. Apakah punca sebenar umat Islam hari ini gagal bangkit daripada kegagalan walhal bukan sedikit sejarah yang menceritakan tentang kegemilangan Islam di puncak kejayaan?


Faktor aqidah yang rapuh dan pengamalan ajaran Islam yang lemah tidak dinafikan menjadi perkara pokok kepada persoalan di atas. Namun, kelemahan untuk mengenal pasti dan memahami musuh agama turut sama menjadi faktor yang tidak boleh dipandang enteng sama sekali. Kegagalan untuk memahami sejarah, latar belakang dan sifat sebenar musuh menyebabkan kita lemah dalam mengatur strategi yang mantap bagi menghadapi mereka. Kita seolah-olah berlawan dengan mata yang buta dan telinga yang pekak tanpa mengira ke mana serangan yang perlu dilancarkan dan di mana benteng yang perlu dipertahankan berdasarkan kelemahan dan kekuatan yang ada pada pihak lawan.


Dalam surah al-Anfaal, ayat ke 60, Allah memerintahkan umat Islam supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh. Persoalannya, siapakah yang dikatakan musuh Islam itu? Hakikat sebenar, umat Islam dikelilingi musuh-musuh bermula daripada iblis laknatullah sehinggalah manusia yang kufur dan musyrik. Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 82 yang bermaksud:


"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi dan orang Musyrik…… "
Allah memberitahu umat Islam bahawa di kalangan manusia mereka yang paling kuat memusuhi Islam ialah orang Yahudi.



Siapakah orang Yahudi? Tidak dinafikan bangsa Yahudi asalnya daripada keturunan mulia apabila dikaitkan dengan nabi dan rasul yang dibangkitkan di kalangan mereka, namun kemuliaan itu sudah hancur disebabkan tindakan mereka sendiri. Perkara itu dijelaskan melalui firman Allah dalam surah Israa', ayat 4 yang bermaksud:

"Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab itu:Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan meyombong diri dengan kesombongan yang besar"



Bangsa Yahudi menganggap bangsa lain setaraf haiwan malah lebih teruk daripada itu, bahkan membunuh bangsa lain khasnya umat Islam, tidak menjadi satu kesalahan dan tidak berdosa di sisi mereka. Sejarah mencatatkan, bahawa kebanyakan nabi daripada kalangan Bani Israel ditentang oleh bangsanya sendiri.
Nabi Musa dan Harun berkali-kali dikhianati oleh bangsa Yahudi. Nabi Zakaria dan Yahya dibunuh oleh mereka. Nabi Isa juga
cubadibunuh tapi diselamatkan oleh Allah. Setiap kali diutuskan nabi, hanya segelintir daripada mereka yang beriman. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap Rasulullah SAW. Bukan sedikit kisah yang menceritakan percubaan kaum Yahudi untuk membunuh utusan Allah ini. Kejahatan kaum Yahudi tidak terhenti pada zaman Rasulullah, bahkan berterusan sehingga ke hari ini.


PERSOALAN YAHUDI- FAKTA ATAU KHAYALAN?


Adakah benar wujudnya satu program dunia Yahudi? Victor E. Marsden dalam bukunya "THE PROTOCOLS of the Meetings of the LEARNED ELDERS OF ZION" yang diterjemahkan daripada bahasa Rusia daripada pemilik asal, Sergius A. Nilus sedikit sebanyak menjelaskan telah wujudnya pakatan satu Program Dunia Yahudi yang telah lama dirancang.
Asalnya buku yang membongkar 24 Protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuan Zionis tersebut telah diterbitkan oleh Prof. Sergius A. Nilus di Rusia pada tahun 1905. Penerbitan buku tersebut mendapat tentangan hebat ketika itu dan dikatakan sesiapa yang memiliki naskhah buku tersebut adalah penjenayah yang membolehkan pemiliknya ditembak serta merta. Hakikat ini sendiri sebenarnya membuktikan kesahihan protokol-protokol tersebut.


Sudah pasti jurnal-jurnal orang Yahudi ketika itu mengatakan isi kandungan protokol-protokol tersebut adalah palsu yang membuatkan seolah-olah Prof. Nilus telah mereka-reka protokol-protokol tersebut untuk kepentingannya sendiri. Namun apa yang menarik, walaupun protokol-protokol yang dirancang oleh pemimpin-pemimpin Yahudi ini pada waktu itu hanyalah satu ramalan, namun kebenarannya telah dapat kita saksikan pada masa kini. Henry Ford, dalam satu temuramah yang diterbitkan dalam New York World, 17 Februari 1921,16 tahun setelah isi kandungan protokol tersebut disebarkan kepada umum, berkata: "Hanya satu kenyataan yang akan saya katakan mengenai protokol-protokol tersebut iaitu ia menepati apa yang sedang berlaku. Ia telah berumur 16 tahun sekarang dan telah menepati apa yang berlaku di dunia sehinggalah masa kini. Ia masih menepati keadaan sekarang"


Di dalam bukunya, Prof. Nilus menjelaskan protokol-protokol ini menunjukkan ciri-ciri sesuatu ucapan yang telah diberikan kepada suatu kelompok sulit Pemerintah-Pemerintah Zionis. Ia mendedahkan suatu pelan tindakan bersepadu oleh Bangsa Yahudi yang telah dibuat sejak dahulu lagi dan telah disunting serta dikemaskini oleh para pemimpin mereka. Bahagian-bahagian dan ringkasan-ringkasan rancangan tersebut telah diterbitkan dari semasa ke semasa di sepanjang abad disebabkan terbocornya rahsia para pemimpin mereka.


Protokol-protokol tersebut sebelum terbocor dan dibukukan,dikatakan telah diedarkan sesama mereka di Kongres Zionis Sedunia yang Pertama bertempat di Basle pada tahun 1897 di bawah Presidennya, Bapa Zionis Moden, mendiang Dr. Theodor Herlz. Seorang penulis yang aktif menulis berkenaan teori politik dan falsafah peradaban, Roger Garaudy yang kini telah memeluk Islam, di dalam buku susunannya, THE CASE OF ISRAEL, a study of political Zionism, menyatakan Theodor Herlz yang memulakan gerakan politik Zionisme, telah menyusun doktrin Zionisme semenjak tahun 1882 dan seterusnya. Pada tahun 1896, ia memuatkan dokrin tersebut dalam bentuk yang sistematik dalam bukunya yang berjudul Der Judenstaat yang bermaksud Negara Yahudi, kemudian menerapkannya pada Kongres Zionis Sedunia di Basle.


USAHA PENEMPATAN YAHUDI DI PALESTIN


Sekiranya kita imbas kembali sejarah lalu, pada tahun inilah (1897) dan bertempat di tempat yang sama, Basle,Switzerland persidangan yang sama diadakan untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Mereka telah merancang untuk memberi rasuah kepada Sultan Abdul Hamid, Khalifah Kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu untuk membenarkan penempatan Yahudi. Namun dengan secebis keimanan di hati Khalifah, Sultan Abdul Hamid telah memberikan satu jawapan yang bernas, jawapan yang cukup popular dan diingati sehingga hari ini:

"Saya tidak boleh bertolak ansur walaupun sejengkal daripada bumi Palestin, kerana ianya bukan milik saya, tetapi ia adalah milik umat Islam yang telah berperang dan mengorbankan darah untuk mendapatkannya…Sekiranya kamu membayar kepada saya dengan seluruh emas yang ada di atas muka bumi ini sekalipun, saya tidak akan benarkann kamu mengambil bumi Palestin".


Namun gerakan Zionis tidak berputus asa. Mereka cuba menjalin kerjasama dengan British yang masuk ke Palestin denngan jalan penjajahan. Dalam tempoh penjajahan itu, British membuka laluan kemasukan beramai-ramai pendatang Yahudi dan membuka penempatan haram untuk mereka. Akhirnya pada 29 November 1947, lima puluh tahun selepas penubuhan gerakan Zionis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan pembahagian Palesti kepada dua bahagian, satu untuk orang Arab Palestin, dan satu lagi dibina negara haram Israel. Kaum Yahudi walaupun sudah dapat membentuk kerajaan, masih tidak berpuas hati, mereka terus bertindak ganas membunuh umat Islam sehinggalah hari ini.

GERAKAN AGAMA ZIONISME DAN GERAKAN POLITIK ZIONISME

Terdapat perbezaan antara gerakan keagamaan dan gerakan politik Zionisme dalam situasi dunia hari ini. Roger Garaudy di dalam bukunya yang sama menjelaskan gerakan keagamaan Zionisme ini (hanya mempengaruhi kumpulan-kumpulan yang sangat kecil) yang merupakan gerakan yang menumpukan soal kebatinan dan spiritual bangsa Yahudi tidak terlibat langsung dengan mana-mana program politik yang ingin menubuhkan sebuah negara Yahudi apatah lagi menguasai Palestin, dan tidak pernah membawa kepada berlakunya pertentangan ataupun perselisihan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat Yahudi dengan penduduk Arab, sama ada mereka penganut agama Islam atau Kristian. Gerakan politik Zionisme pula yang dimulakan oleh Theodor Heltz berlawanan dengan gerakan keagamaan Zionisme. Herlz dalam pandangan-pandangan yang dikemukakannya bersikap mengingkari agama secara radikal bahkan menentang pula, dengan keras semua orang yang memberi takrif Judaisme sebagai sebuah agama. Dari sudut pandangan gerakan politik Zionisme, orang-orang Yahudi tersebut adalah segala-galanya mengatasi semua bangsa.


YAHUDI DAN DUNIA HARI INI


Hakikat sebenar, bangsa Yahudi ini telah lama berhasrat untuk menakluk dunia. Isi kandungan Protokol No.11 yang dirangka mereka antara lain berbunyi: "Tuhan telah mengurniakan kepada kita, insan pilihanNya, kurniaan penempatan secara bertebaran, dan daripada kurniaan ini, yang dilihat oleh semua orang sebagai kelemahan kita, telah muncul seluruh kekuatan kita yang telah membawa kita di ambang kedaulatan ke atas seluruh dunia."

Jelas, usaha penaklukan Palestin adalah sebahagian kecil daripada matlamat sebenar orang Yahudi untuk menakluk dunia.

Paling nyata, satu petikan daripada protokol No. 13, yang antara lain menyentuh persoalan politikal, dan penghiburan, berbunyi : "Kitalah yang telah melatih mereka (Orang bukan Yahudi) untuk campurtangan dalam hal politikal sebagai salah satu cara untuk menentang kerajaan goyim* tetapi dengan syarat mereka diberikan suatu pengisian baru yang mana kelihatan seperti hal politikal yang sama. Agar orang ramai sendiri tidak dapat mengagak apa yang sebenarnya yang diberikan kepada mereka, kita akan terus mengalih perhatian mereka daripadanya dengan hiburan-hiburan, permainan-permainan, hobi-hobi, keghairahan,
istana-istana rakyat……Tidak lama kemudian, di akhbar-akhbar kita akan mula menganjurkan peraduan-peraduan di dalam bidang kesenian,kesukanan dan yang sepertinya- minat di
dalam perkara-perkara ini akan dapat mengalihkan perhatian mereka daripada persoalan yang mungkin memaksa kita untuk menyanggahnya. Semakin tidak dibiasakan mereka bertindakbalas dan melahirkan pendapat sendiri, orang ramai akan mula bercakap dalam nada yang sama seperti kita, kerana kita sahajalah yang memberikan aliran baru untuk memberi pendapat….."

*(GOYIM: merujuk kepada orang bukan Yahudi, dan perkataan ini digunakan dalam protokol-protokol tersebut)


Jelas, masyarakat dunia hari ini khususnya umat Islam telah diperdayakan oleh golongan yang perasan mereka Insan Pilihan Tuhan yang mahukan seluruh dunia ini ditawan di bawah kekuasaan mereka. Dalam sedar atau tidak pengaruh gerakan Zionisme telah lama meresap ke dalam masyarakat seluruh dunia. Terlalu banyak rancangan syaitan bertopengkan manusia ini yang perlu dibongkarkan. Adalah menjadi keperluan bagi umat Islam untuk mengkaji sejarah bangsa Yahudi secara terperinci dan mengambil iktibar daripada peringatan dalam al-Quran. Apabila umat Islam memahami latar belakang, sifat semulajadi, dan cara pemikiran Yahudi mereka akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan tindakan serta ancaman daripada bangsa tersebut. Memetik kata-kata seorang pendakwah di Malaysia:


"Jika kita hendak berhadapan dengan bangsa Yahudi, perlu ada kekuatan perpaduan, dan berpegang kepada ajaran agama. Selagi kita berpecah belah dan ambil remeh, susah untuk mengalahkan bangsa Yahudi" .
Setiasalah sematkan dalam diri, Allah tidak akan memungkiri janji. Kemenangan pasti berpihak kepada kebenaran, cuma kita perlu mainkan peranan, berusaha dan berdoa serta atasi segala kelemahan.


Wallahua'lam


Thursday, July 22, 2010

Imperialisme Zionis

 Utusan Malaysia 16 Januari 2009

Zionis tidak dibentuk atas dasar agama. Zionisme adalah dasar imperialis yang membuat keuntungan melalui dasar kapitalis. Setengah abad peperangan di Timur Tengah adalah dasar untuk mengawal kekuatan dunia yakni minyak di Arab, yang dianggarkan berjumlah AS$15 trilion (dengan harga AS$25 setong pada tahun 2002).


Zionis didirikan atas dasar mengeksploitasi, membunuh untuk keuntungan. Negara yang haus peperangan kerana minyak. Zionis menyebabkan kesengsaraan manusia lain.
Tahun 1897, kumpulan intelektual Yahudi di Eropah bermesyuarat di Basle, Switzerland dipimpin oleh seorang peguam Austria, Theodore Herzi membincangkan agar Yahudi di Eropah mendapat tempat tinggal. Antara dicadangkan adalah di Argentina, Uganda (kedua-duanya ditolak). Akhirnya mereka mencadangkan tanah suci Palestin dan ia diterima sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut.


Tanah inilah merupakan replika kolonialis Eropah. Dan pertukaran orang Yahudi dibuat secara besar-besaran masuk ke tanah Palestin. Projek ini mendapat bantuan besar daripada golongan Zionis di Great Britain, AS dan Eropah.


Dalam Deklarasi Balfour tahun 1947, AS mempengaruhi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meluluskan cadangan bahawa setengah daripada bumi Palestin akan dihuni oleh bangsa Yahudi. Maka lahirlah negara Yahudi Zionis Israel pada tahun 1948.
Setelah itu penaklukan terhadap kawasan orang Palestin dilakukan berperingkat-peringkat menerusi peperangan tahun 1948, 1956, 1967, 1978, 1982 dan 2002. Tahun 1948 pengambilan kawasan Galilee, kawasan Auja dan koridor Jerusalem di mana kawasan ini adalah milik Palestin menerusi Resolusi PBB 181.


Tahun 1956, Israel dengan kerjasama Great Britain dan Perancis menakluk Mesir, Semenanjung Gaza dan Sinai. Tahun 1967 Israel menakluk sekali lagi daerah Palestin di Semenanjung Gaza. Terus menjajah Sinai, Tebing Barat (West Bank) dan Bukit Golan.
Justeru arahan yang tegas daripada Presiden AS waktu itu Eisenhower telah memaksa Israel keluar dari Semenanjung Gaza dan Sinai.


Tahun 1978, Israel menakluk Selatan Lebanon dan seterusnya menakluk ibu negara Lebanon, Beirut pada 1982. Walaupun meninggalkan Lebanon tetapi Israel mengambil selatan Lebanon sebagai jajahannya.


Israel pernah melancarkan perang ke Syria, Lebanon, Jordan, Iraq, Mesir, Yemen dan Tunisia. Semua ini dilakukan atas bantuan AS dan Great Britain dari segi persenjataan yang canggih sokongan moral yang kuat.


Zionis Yahudi memerintah dengan merampas tanah-tanah orang Palestin. Lebih daripada 400 kampung orang Palestin dibakar dan penduduk dibunuh. Zionis dapat mempengaruhi Senat AS dan banyak negara di dunia untuk menyebelahinya.


Sama dengan kolonial dulu yang diberi nama New World yang dilakukan AS dan Great Britain, Zionis Yahudi turut mengembangkan daerahnya ke kawasan Palestin dan negara Arab lain. Pengambilan secara paksa tanah-tanah Palestin adalah sama seperti bangsa AS merampas kawasan-kawasan penduduk Dayak di AS. Semua Resolusi PBB dilanggar kerana atas persetujuan Amerika Syarikat.


Zionis Yahudi membalas dendam terhadap penduduk Palestin kerana mengingatkan perbuatan Nazi Jerman ke atas mereka sewaktu Hitler memerintah Jerman suatu waktu itu. Dasar barbarian dan terorisme dilakukan untuk membunuh orang Palestin.
Penyembelihan orang Palestin yang terakhir adalah di Jeni pada April 2002 dan saat ini tahun 2009 pelakuan yang sama dilakukan di Gaza.


Propaganda Zionis adalah meminta bantuan AS dengan mengatakan mereka memanjangkan hak kolonial di rantau Timur Tengah.


Dalam negara Israel terdapat satu juta warga Palestin, yang menjadi warga negara Israel. Pemerintah Israel menggunakan orang Palestin untuk kepentingan mereka. Semua negara di dunia tahu Zionis Yahudi adalah rasist.


PBB sendiri membuat resolusi 3379 pada tahun 1975 yang menganggap Zionis adalah rasist. Cuma pada waktu krisis di Teluk, Presiden Bush memaksa PBB menarik balik resolusi tersebut. Rasist adalah kerana pendatang ke Israel cuma orang Yahudi; Zionis menindas orang Palestin dengan memberi gaji cuma separuh dibandingkan dengan orang Yahudi, dan tidak ada bantuan kewangan kepada pekerja-pekerja Palestin.


Eksploitasi dibuat ke atas tanah-tanah Palestin dan orang Palestin dihalau dan dibunuh. Saat ini Israel menguasai hampir 80 peratus tanah kepunyaan orang Palestin. Pada hal resolusi PBB pada tahun 1947. Israel mendapat 58 peratus tanah jajahannya.
Sekarang Palestin cuma menduduki dan memiliki 22 peratus. Itu pun dikuasai oleh tentera Zionis.


Sebuah parti di Israel, yakni Parti Buruh (Labor Party) mempunyai dasar lebih liberal terhadap Palestin tetapi tidak mendapat sokongan dari bangsa Israel.

Pelarian


Perjumpaan di Camp David antara Ehud Barak dan Yasser Arafat pada September 2000, Barak meminta penduduknya tinggal di Tebing Barat (West Bank) mengawal bandar Palestin dengan jalan-jalan yang dibina oleh Israel dan Palestin tidak dibenar mempunyai sempadan dengan Jordon dan Mesir; tidak membenarkan Palestin mengawal Timur Jerusalem dan tidak bertanggungjawab pada 'pelarian'. Ringkasnya semua kawasan orang Palestin ditawan oleh Zionis Yahudi.


Zionis Israel mempunyai strategi agar semua tanah di Palestin diperintah oleh mereka. Perbincangan mengenai hak milik tanah mesti berpihak pada Israel. Keengganan akan berakhir dengan kesengsaraan.


Awal abad ke-20 Zionis adalah rakan rapat Great Britain yang membantu terciptanya negara Israel. Apabila AS menjadi super power, pada pertengahan abad ke-20, Zionis mengubah rakannya kepada AS dan turut mempengaruhi negara itu.


Bukti nyata adalah bantuan kewangan untuk membeli senjata setiap tahun adalah terlalu tinggi kepada Israel (walau pun hutang AS sebanyak AS$6 trilion). Bantuan AS kepada Israel memaksa penduduk AS membayar AS$135 bilion, yakni AS$23,240 bagi tiap-tiap warganya setiap tahun.


Pelobi Kongres AS adalah terdiri daripada orang Yahudi yang berpangkat tinggi di Senat pemerintah AS. Ini yang membuat Perdana Menteri Israel Ariel Sharon dahulu tidak takut dengan Presiden Bush. Walau pun Bush meminta Israel keluar dari Tebing Barat pada tahun 2002 tidak diendahkan oleh Sharon.


Sejak Perang Teluk dan Iraq ditakluki, Zionis membawa AS untuk terus berperang dengan negara Arab lain dan konflik ini berpanjangan hingga saat ini. Kejayaan Zionis dapat membawa Bush untuk berperang dengan Iraq sewaktu krisis Iraq-Kuwait kerana Zionis Yahudi amat takut dengan kebangkitan Saddam Hussein pada waktu itu.


Penaklukan AS ke atas Iraq memberi banyak keuntungan kepada Zionis Israel. Inilah yang dicita-citakan oleh Zionis. Israel cuma berhasrat untuk menumpang kekayaan minyak di Iraq. Ini termasuk cita-cita untuk menakluki semua negara di Timur Tengah, termasuk tanah-tanah subur di Lembah Nil dan Eupharates dan kekayaan minyak Negara Timur Tengah yang lain.


Inilah senario yang membuat perang berpanjangan, pertumpahan darah di Palestin. Inilah harga kemanusiaan yang diimpikan oleh Zionis Israel. Gandingan AS dan Zionis Israel termasuk Great Britain menyebabkan semua negara Arab dalam ketakutan. Tidak terdapat sebuah negara Islam di dunia hari ini mempunyai senjata canggih untuk menentang.
Zaman penjajahan kolonial berulang kembali. Yakni imperialis Zionis, siapa yang berani mencuba melawan, padahnya adalah apa yang berlaku pada Saddam Hussein di Iraq.
Hanya doa agar suatu waktu akan lahir seorang pemimpin Islam yang gagah berani seperti Sallahuddin Alayubi yang sanggup turun dari singgahsana dan berlinang air mata mengajak seluruh umat Islam agar bangkit membela Islam. Inilah yang mungkin ditunggu oleh segenap umat Islam di dunia hari ini.


- PROF. DR. BUKHORY ISMAIL,
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Shah Alam.

Friday, June 18, 2010

Penduduk Palestin Terhimpit

Oleh DR. SAODAH ABD. RAHMAN (Sumber Utusan, 9 Jun 2010)

 


PENDERITAAN rakyat Palestin bermula sejak Zionis menyerang Palestin pada 1948. Sebelum kehadiran Zionis di Jerusalem, penduduk Muslim, Kristian dan Yahudi hidup dengan aman. Sejarah menunjukkan bahawa sikap beberapa pemimpin Arab yang terlalu berkiblatkan barat memberi peluang yang besar kepada Zionis untuk menunjukkan taring mereka. Tambahan pula penubuhan negara Israel pada 1948 adalah hasil kerjasama negara barat dan Zionis. Masyarakat Zionis dibela oleh kuasa barat sejak selepas Perang Dunia Kedua terutama Amerika Syarikat (AS).


Penghijrahan berpuluh ribu orang Yahudi dari negara barat dan pelosok Arab ke Jerusalem begitu pantas setelah Zionis bertapak di Palestin. Orang Yahudi dari Rusia adalah jumlah yang paling ramai berhijrah ke Palestin. Sejak itu, penduduk Palestin terpaksa menghadapi pelbagai kerenah dan kekejaman Israel yang dibantu oleh negara-negara barat sejak berpuluh tahun lamanya. Zionis terlalu angkuh membunuh umat Islam di Palestin kerana kewujudan negara tersebut mendapat restu dan perlindungan dari negara-negara barat.


Peristiwa penyembelihan orang awam lebih daripada 300 orang oleh tentera Israel di kem pelarian di Shubra dan Shatila pada September 1982 sudah cukup memperlihatkan betapa kejamnya Zionis terhadap umat Islam. Mereka menjadi lebih angkuh dan kejam kerana para pemimpin negara Arab kaku apabila membahaskan hak dan kedudukan penduduk Palestin kerana kaki dan tangan mereka diikat dan mata mereka ditutup akibat amaran daripada kuasa besar yang sering dilontarkan kepada mereka.


Bagi memperkukuhkan kedudukan Israel, AS menekan negara-negara Arab dengan pelbagai amaran. Tekanan terhadap negara Arab yang ditunjukkan oleh AS pada peringkat awal selepas Perang Dunia Kedua adalah menentang setiap aspek berkaitan dengan perseteruan terhadap Israel termasuk ketenteraan, perluasan ketenteraan, pembelian senjata, memboikot ekonomi, mengambil penasihat ketenteraan Rusia yang cuba mengecualikan Israel daripada forum antarabangsa, menyediakan perlindungan kepada pejuang Islam menentang Israel, menolak rundingan serta menolak sebarang sikap dan tindak tanduk yang dianggap sebagai tidak bersahabat dengan Israel.


Pembunuhan rakyat Palestin merupakan satu gertakan sinis rejim Zionis terhadap pemimpin Arab yang sentiasa sujud di kaki kuasa besar yang merupakan penaung kepada kedaulatan mereka. Masyarakat Palestin tidak akan terbela jika umat Islam tidak bekerjasama dengan masyarakat dunia menentang kekejaman Israel. Pertumpahan darah di tanah Palestin bukan merupakan simbol peperangan agama tetapi berhubung kait dengan penghapusan kaum dan perluasan wilayah Israel.


Negara-negara Arab seperti Mesir tidak boleh diharapkan untuk membela rakyat Palestin kerana negara itu juga menghadapi pelbagai masalah dalaman dan luaran. Para pemimpin negara Arab lebih menumpukan perhatian kepada pergolakan politik dalaman di mana rakyat bangun memberontak apabila mereka melaksanakan dasar negara berteraskan kepada pemahaman ideologi yang bertentangan dengan akidah Islam terutamanya ideologi sosialis seperti Iraq (ketika Saddam Hussin), Syria (semasa Hafiz al-Asad), dan Mesir (ketika pemerintahan Jamal Abdel Nasir).


Pergolakan politik dan kemiskinan merupakan permasalahan negara-negara Arab yang merupakan jiran Palestin. Berlandaskan kepada suasana begini, rakyat Palestin semakin terhimpit apabila Zionis menunjukkan taring mereka. Ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial menyebabkan para pemimpin Arab tunduk kepada kuasa barat. Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Anwar Sadat dalam bukunya, In Search of Identity: An Autobiograph, New York: Harper and Row Publisher, 1977. Beliau menyatakan, "Legasi ekonomi yang ditinggalkan oleh Presiden Jamal Abdel Nasir kepada saya adalah dalam bentuk yang terlalu miskin daripada keadaan politik. Negara-negara yang bebas dan merdeka lebih menumpukan perhatian kepada ekonomi daripada slogan politik. Kami telah melakukan satu kebodohan meniru bentuk ideologi sosialis Rusia walaupun kami kekurangan kebolehan teknikal dan modal. Pada tahun 1970, kami hanya bergantung kepada sumber yang kami ada, tidak ada sebarang bantuan asing sama ada Rusia, AS, Eropah Barat atau Arab. Kesemua bantuan yang kami dapat dari dunia luar kami salah gunakan. Ekonomi kami telah hancur akibat daripada Peperangan Yaman, pelaksanaan sosialis Marxist dan kekalahan dalam peperangan dengan Israel pada 1967. Apabila saya memegang kuasa dalam masa dua tahun dari 1970, ekonomi Mesir mungkin menjunam kepada kosong. Saya bertanya Dr.Hasan Abbas Zaki mengenai keadaan ekonomi. Beliau berkata bahawa perbendaharaan adalah kosong dan kita hampir bankrap".


Berdasarkan kedudukan ekonomi begini maka Mesir terpaksa tunduk kepada AS untuk mendapat bantuan dalam pelbagai bentuk subsidi sehingga akur dengan setiap perjanjian yang dimeterai oleh kuasa besar tersebut. Anwar Sadat menyatakan bahawa lima hari sebelum Peperangan Oktober 1973 (Peperangan dengan Israel untuk membebaskan Sinai dari Israel), beliau meminta Majlis Keselamatan Negara menghadapi realiti bahawa ekonomi Mesir telah jatuh kepada ke tahap bawah daripada kosong.


Bagi menjamin kedudukan ekonomi, Anwar Sadat terpaksa mendapat bantuan dari negara barat. Mesir bergantung sepenuhnya kepada bantuan AS dan Britian dari sudut ekonomi dan keselamatan negara. AS menyediakan bantuan purata tahunan melebihi AS$2 bilion dalam ekonomi dan ketenteraan sejak 1979. Pada tahun 2008 Bantuan Kewangan Ekonomi dikurangkan kepada AS$400 juta setahun. Tindakan pengurangan itu juga dilakukan kepada Israel. Mesir merupakan negara yang mendapat bantuan kewangan terbesar dari AS.


Berdasarkan hubungan ekonomi dan keselamatan maka Mesir terpaksa mengikut telunjuk AS. Hasil daripada kerjasama Mesir dan AS pada 1974-1975, Anwar Sadat telah mengadakan perjanjian secara tidak rasmi dengan AS dan mengadakan lawatan ke Juresalem pada 1977, menandatangani Perjanjian Camp David secara rahsia, dan seterusnya menandatangani Perjanjian Keamanan Mesir-Israel yang mana memberi keuntungan yang besar kepada Israel walaupun mendapat tentangan hebat dari dunia Islam.


Mesir tidak akan membuka sempadannya bagi bantuan kemanusiaan jika AS tidak membenarkan mereka melakukannya. Oleh itu, umat Islam perlu bekerjasama dengan masyarakat dunia mempertahankan konsep kemanusiaan secara global. Dalam era globalisasi, pergerakan dan tindakan manusia tidak dibatasi oleh bangsa, agama dan budaya. Jika Zionis ingin menunjukkan taringnya dengan membunuh rakyat Palestin dan aktivis bantuan kemanusiaan, maka mereka akan disisihkan masyarakat dunia.


Justeru, umat Islam perlu mempertahankan konsep universaliti dalam setiap aspek kehidupan supaya perjuangan rakyat Palestin dibela atas dasar kemanusiaan sejagat. Ini adalah satu cara terbaik untuk menghentikan pengaliran darah dan kemusnahan rumah suci penganut agama samawi yang dilakukan oleh Zionis.


Penulis ialah pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Monday, June 7, 2010

Salahuddin Al-Ayyubi bebas Baitulmaqdis daripada cengkaman Kristian


Oleh Abdurrahman Haqqi , 

Berita Harian 2010/06/06



PERNAH solat Jumaat tidak didirikan selama 90 tahun di Baitulmaqdis kerana dikuasai tentera Kristian. Tetapi selepas tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, menakluki Kota Suci Ketiga umat Islam itu, solat Jumaat didirikan semula di sana pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah/1187 Masihi.

Salahuddin al-Ayyubi mempunyai jiwa pejuang yang ilmuwan. Keilmuan al-Ayyubi terserlah sejak dia kanak-kanak. Dia memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh dan mengetahui setiap suku kaum Arab serta adat mereka. Bahkan dia mengetahui sifat kuda Arab walaupun dia beretnik Kurd, utara Iraq. Di samping al-Quran, dia banyak menghafal syair Arab.Salahuddin mempunyai pengetahuan luas dan gemar mendalami bidang akidah, ilmu hadis, sanad dan perawinya, syariah dan usul fiqh dan tafsir al-Quran.

PERNAH solat Jumaat tidak didirikan selama 90 tahun di Baitulmaqdis kerana dikuasai tentera Kristian. Tetapi selepas tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, menakluki Kota Suci Ketiga umat Islam itu, solat Jumaat didirikan semula di sana pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah/1187 Masihi.

Salahuddin al-Ayyubi mempunyai jiwa pejuang yang ilmuwan. Keilmuan al-Ayyubi terserlah sejak dia kanak-kanak. Dia memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh dan mengetahui setiap suku kaum Arab serta adat mereka. Bahkan dia mengetahui sifat kuda Arab walaupun dia beretnik Kurd, utara Iraq. Di samping al-Quran, dia banyak menghafal syair Arab.

Salahuddin mempunyai pengetahuan luas dan gemar mendalami bidang akidah, ilmu hadis, sanad dan perawinya, syariah dan usul fiqh dan tafsir al-Quran. Nama sebenar al-Ayyubi ialah Yusuf bin Ayyub, lahir pada 1137 Masihi. Dia dilahirkan dalam keluarga Kurdi di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah gabenor wilayah Balbaik.

Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh panglima kepada Nuruddin dan sering mewakili Nuruddin dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyah di Mesir sekitar 1160 Masihi. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada 1169 Masihi.

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, dia berubah. Dia yakin bahawa Allah mempertanggungjawabkan kepadanya tugas berat yang tidak mungkin dapat dilaksanakan jika dia tidak bersungguh-sungguh. Sejurus dia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya lenyap.

Dia menumpukan seluruh tenaganya membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir daripada tanah air Islam sejak 1099 Masihi. Salahuddin pernah berkata: “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku.”

Perang Hittin antara Salahuddin dan gabungan kuasa Guy dari Lusignan, raja negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli pada 1187 Masihi menyaksikan kejayaan memihak tentera Islam. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin ditawan bersama Reginald dari Chatillon.

Ramai tentera Salib berpangkat tinggi ditawan. Stanley Lane-Poole menceritakan seorang tentera Islam membawa 30 tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian mati dalam peperangan berkenaan.

Kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmaqdis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai ‘Cukai Salahuddin’.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa, Raja Jerman, Richard The Lion, Raja England, Philips Augustus, Raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders bersatu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama lima tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramla pada 1192 Masihi. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib Ketiga.

Mengenai Salahuddin dan Raja Richard, kedua-dua pemimpin amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan kepada adik lelaki Salahuddin, al-Adil, dengan kota Baitulmaqdis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal berikutan kebimbangan berhubung hal agama antara kedua-dua pihak.

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika dia wafat, malah harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengebumiannya.

Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengebumian itu. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Salahuddin sudah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyatnya yang miskin dan sifat inilah yang menjadikan Salahuddin sebesar namanya dalam sejarah Islam.



Saturday, June 5, 2010

Yahudi, Zionis dan Israel: Apa Bezanya?




BARU-BARU ini, banyaklah perbincangan yang berkaitan dengan isu Yahudi, Zionis dan Israel berlegar-legar di portal media dan juga akhbar tempatan.Pelbagai isu, contohnya penglibatan sebuah syarikat bernama Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia, “pendedahan” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan negara dengan dengan gerakan Yahudi antarabangsa dan tuduhan-tuduhan melulu berkaitan Israel dan gerakan Zionis merupakan antara isu “panas” yang dimainkan oleh pakatan pembangkang dan tentunya ia sedang menjadi perhatian rakyat ketika ini.


Umumnya, saya merasakan apabila bercakap soal Yahudi, Zionis, Israel dan keyahudian, terdapat banyak stereotyping dan misnoma yang dikaitkan dengan frasa-frasa ini. Melalui interaksi saya, saya dapati kebanyakan masyarakat menganggap frasa-frasa ini membawa maksud dan mewakili kumpulan masyarakat yang sama, yang tentu sekali anggapan ini amat besar khilafnya.


Perkataan Yahudi itu sendiri melambangkan suatu bangsa, yang jika dikaji susur galurnya di dalam kitab-kitab samawi menunjukkan bahawasanya bangsa ini lahir dari keturunan Nabi Ibrahim A.S melalui anaknya Nabi Yaakub A.S. Manakala agama Yahudi itu atau Judaism merupakan agama amalan bangsa itu sendiri secara eksklusif.Bangsa Yahudi itu semestinya beragama Yahudi dan penurunan keturunan di kalangan bangsa Yahudi ini berlaku dari sebelah ibu, yang bererti sekiranya seseorang itu ibunya adalah Yahudi, maka dia secara automatik akan diiktiraf sebagai seorang yang berbangsa Yahudi oleh komunitinya. Masyarakat Yahudi secara amnya mengamalkan agama mereka secara introvert dan tidak cuba untuk mengembangkan fahaman mereka kepada bangsa-bangsa lain, dan jarang kita dengar akan individu dari subset bangsa lain “masuk” agama Yahudi.


Dari sudut Islam, penganut agama Yahudi ini diiktiraf sebagai ahli kitab dan sembelihannya halal dimakan oleh umat Islam. Saya pernah diberitahu sahabat- sahabat saya yang pernah tinggal di kawasan metropolis di Amerika Syarikat contohnya, mereka pernah dan ada yang selalu melanggani kedai daging Kosher milik masyarakat Yahudi atas sebab tidak wujudnya jualan daging-daging halal di sesetengah kawasan di negara itu.Zionisme pula atau fahaman Zionis adalah satu gerakan dan fahaman ultra-nasionalis Yahudi yang menginginkan penubuhan sebuah negara bangsa sendiri atau promised land yang diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi berkerakyatan Austria bernama Theodor Herzl. Dan hasilnya,tertubuhlah sebuah negara yang tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam sedunia dengan nama Israel. Dan dasar Israel ini adalah mudah - negara ini menganggap semua orang Yahudi, tidak mengira dari mana asal negaranya merupakan penduduknya yang sah dan dibenarkan untuk berhijrah pulang ke Israel untuk menetap secara tetap sebagai rakyatnya.Inilah punca utama pergeseran yang kita saksikan saban hari di Asia Barat apabila kerajaan Zionis Israel terus menerus merampas tanah hak rakyat Palestin untuk memperbesarkan komuniti Zionisnya secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Perbezaaan besar di antara Yahudi dan Zionis ialah; penganut fahaman itu tentunya orang yang beragama Yahudi dan berbangsa Yahudi, tetapi bukannya semua penganut dan bangsa Yahudi ini adalah berfahaman Zionis. Sebagai contoh, pengikut kepada mazhab ortodox Yahudi yang dikenali dengan nama Naturei Karta misalnya merupakan sekelompok masyarakat Yahudi yang menentang secara habis-habisan ideologi Zionisme dan juga penubuhan Israel yang dianggap gerakan itu sebagai satu ‘dosa besar’ bagi bangsa Yahudi. Malah terdapat juga pertubuhan-pertubuhan anti Zionism lain di kalangan masyarakat Yahudi di peringkat antarabangsa, antaranya ialah seperti International Jewish Anti Zionism Network (IJAN) dan Satmar. Gerakan-gerakan ini, sama ada berbentuk sekular mahupun secara keagamaan, semuanya membenci dan menolak gerakan sekular Zionisme yang mereka anggap sebagai satu gerakan haram yang menggadaikan maruah bangsa Yahudi itu sendiri di mata dunia.


Jadi, sebelum mana-mana di antara kita ingin berdiskusi secara lebih lanjut tentang Yahudi, Israel, Zionisme dan keyahudian secara menyeluruh perlulah kita fahami akan terminologi-terminologi ini dahulu, agar sekurang-kurangnya dapatlah kita elakkan mengecam dan mengutuk sesuatu bangsa secara membuta tuli.


Mungkin kemarahan kita sepatutnya ditujukan kepada bangsa Yahudi yang menganut fahaman Zionis sahaja, di atas kekejaman dan penyeksaan yang mereka masih hamburkan kepada masyarakat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, dan tentunya ingatan kita tetap kepada masyarakat Palestin yang masih tertindas setelah lebih 50 tahun berjuang. Mengenangkan ini, saya sungguh bersyukur dilahirkan di Malaysia!


DR HEAZAR ISMAIL berpengalaman berinteraksi dengan beberapa rakan berbangsa Yahudi yang membenci Israel ketika belajar dan bekerja di United Kingdom dahulu.

Friday, June 4, 2010

Mossad, pengganas Yahudi

DRAMA perisikan dan pembunuhan terancang yang berlaku di Dubai pada Januari lepas, ia sama sekali tidak memenuhi kategori filem James Bond era Roger Moore, Sean Connery dan Pierce Brosnan yang penulis anggap sebagai era pesona.Ini kerana agensi perisikan yang menjadi perhatian bukan M-I6 British tetapi Mossad Israel. Mungkin dari segi mencapai sasaran, ia lebih kepada kategori James Bond era Daniel Craig - bunuh dulu, jawab kemudian.

Tetapi apabila pihak berkuasa Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berhasil membongkar tindakan ganas 27 suspek Israel, Mossad dituduh sebagai dalang yang bertanggungjawab membunuh komander sayap tentera Hamas, Mahmoud al-Mabhuh oleh ejen-ejen Zionis itu. Menurut polis Dubai, pembunuh al-Mabhuh memasuki bilik hotelnya di mana komander Palestin itu diseksa dan disoal siasat menggunakan elektrik. Beliau mati dipercayai akibat suntikan racun ke saluran sarafnya.Walaupun sukar untuk mengaitkan pembabitan mana-mana pihak dalam pembunuhan terancang berprofil tinggi itu, UAE ada alasan untuk mempercayai bahawa ia memang kerja Mossad.

Faktor pertama, Hamas yang merupakan entiti pejuang Palestin adalah seteru utama Israel yang menjajah tanah air Palestin. Al-Mabhuh yang merupakan antara pemimpin kanan Hamas, secara automatik termasuk dalam senarai individu paling dikehendaki Israel.
Faktor kedua, yang agak penting dan menonjolkan kecekapan agensi perisikan UAE sendiri adalah bukti video di hotel dan lapangan terbang serta pasport palsu yang digunakan oleh skuad pembunuh berkenaan. Pasport tersebut sebenarnya milik enam warga sebenar British yang telah diklon, lima pasport milik rakyat Ireland yang menggunakan data sahih daripada individu yang masih hidup, pasport Australia, satu pasport Jerman yang didapati tulen dan satu pasport palsu dari Perancis.

Berikutan pendedahan itu, pemilik sebenar identiti yang digunakan oleh skuad pembunuh itu kini hidup dalam ketakutan. Pada masa yang sama, Hamas telah berikrar untuk membalas dendam atas kematian komander tertinggi mereka. Akibat pendedahan itu juga, Israel dikecam oleh masyarakat antarabangsa, termasuk rakan-rakan karibnya di Barat. Minggu lalu, Britain mengusir diplomat Israel yang dikenal pasti sebagai ketua Mossad di negara itu. Ia sesuatu yang amat memalukan Israel.


Mossad adalah singkatan daripada perkataan Yahudi bermaksud Institut Perisikan dan Operasi Khas .Seperti agensi perisikan lain, Mossad berperanan mengumpul data perisikan dan melakukan operasi rahsia seperti melakukan sabotaj, memburu musuh nyata dan terlindung Israel serta menghalang mana-mana negara atau kumpulan memperoleh senjata bertujuan menyerang Israel.


Mossad adalah entiti utama dalam kelompok perisikan Israel yang turut merangkumi Aman (sayap perisikan tentera) dan Shin Bet (keselamatan dalam negeri), manakala pengarahnya tidak menjawab kepada Knesset (Parlimen Israel), sebaliknya hanya kepada Perdana Menteri.

Keupayaan Mossad diiktiraf sebagai sebuah agensi perisikan yang menggerunkan selepas berjaya mengesan dan memburu pejuang-pejuang Palestin yang terlibat dalam kejadian membunuh atlet Israel semasa Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. (Tonton filem Munich )Dalam kejadian itu, 11 atlet ditawan dan dibunuh oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Black September Organisation.

Dalam kebanyakan dokumen dan tulisan, kerajaan Yahudi yang dipimpin Golda Meir dilapor telah mengarahkan Mossad untuk melaksanakan tindakan balas dengan membunuh kesemua mereka yang terlibat. Maka Operasi Bayonet dilancarkan.Pada Julai 1973, dalam 'peristiwa Lillehammer', enam ejen Mossad ditahan atas tuduhan membunuh Ahmed Bouchiki, seorang warga Maghribi yang disangka mereka Ali Hassan Salameh iaitu ketua Black September. Kejadian itu memalukan Mossad.

Baru-baru ini, Abu Daoud iaitu individu yang didakwa sebagai perancang utama penculikan dan pembunuhan di Munich menafikan pejuang Palestin yang dibunuh oleh Mossad itu mempunyai kaitan dengan operasi Munich. Cubaan Mossad untuk membunuh Abu Daoud juga tidak kesampaian, yang masih hidup sehingga sekarang.Kesanggupan Mossad untuk melakukan operasi pembunuhan sememangnya satu fakta yang telah banyak didokumentasikan, malah difilemkan termasuk filem Munich yang mengisahkan perihal skuad pembunuh yang memburu anggota Black September Organisation.

Pada hari ini, sasaran utama Mossad adalah Hamas. Sejak tahun 2000, kira- kira 13 pegawai tinggi Hamas telah dibunuh oleh Israel. Mereka termasuk Ahmed Yassin iaitu pengasas bersama Hamas yang ditembak menggunakan helikopter Apache Israel di Tebing Gaza pada 22 Mac 2004. Penggantinya, Abdel Aziz al-Rantissi pula tumpas pada 17 April 2004. Seorang lagi pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan mati syahid bersama empat isterinya dan 11 anaknya dalam serangan udara Yahudi pada 1 Januari 2009.

Jadi, apabila ada pihak mahu mempertikaikan rumusan yang dibuat oleh pihak berkuasa UAE bahawa Mossad membunuh al-Mabhuh, inilah rekod pembunuhan terancang oleh rejim Zionis. Mossad mungkin cekap tetapi sekarang mereka bukan halimunan lagi. Yang jelas, modus operandi mereka adalah sama dengan entiti pengganas yang lain.

Penulis adalah wartawan kanan di Utusan Malaysia

Thursday, June 3, 2010

Mengingati al-Aqsa dibakar

 

Sumber : Utusan Malaysia 22/08/2006



FIRMAN Allah S.W.T.: ‘‘Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan juga tempat-tempat sembahyang (synagogue kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah sebanyak-banyaknya.” (Surah al-Haaj: ayat 40)

Jika dalam ayat di atas, umat Islam telah dilarang daripada menjadikan rumah-rumah ibadat sebagai sasaran mereka di kala peperangan dan di kala damai, sebaliknya pula yang sentiasa berlaku terhadap umat Islam.Sering kali jika berlaku apa-apa peperangan ke atas umat Islam, pasti musuh-musuh mereka menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran.
Lihatlah apa yang berlaku di Babri, India, masjid-masjid di Bosnia lewat konflik Serb-Bosnia, masjid-masjid di Iraq yang sentiasa terdedah kepada penghinaan dan serangan tentera-tentera “paling bertamadun” di dunia, iaitu tentera-tentera Amerika Syarikat (AS).
Di tanah Palestin, ada masjid yang dirobohkan, ada yang dijadikan muzium dan ada yang ditukarkan kepada kandang lembu.

Ada juga masjid yang ditukarkan menjadi kelab malam dan rumah pelacuran seperti mana yang dilaporkan oleh wartawan Palestine Return Centre, United Kingdom dalam filem dokumentari mereka The Cries of the Minarets.Lebih malang lagi, Masjid al-Aqsa sendiri, yang merupakan masjid ketiga suci umat Islam dan juga kiblat pertama mereka sendiri tidak terlepas daripada ancaman dan juga aksi ganas pihak Zionis.

Dalam peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan AS, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid al-Aqsa dan menawannya.
Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid al-Aqsa sambil menyanyikan lagu:

“Letakkan apricot ke atas epal, agama Muhammad telah hancur dan musnah, Muhammad telah mati. ‘‘Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah.”

Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang dianggap sebagai mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam.Ia juga menandakan kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan masjid mereka!
Bermula tarikh itu, pihak rejim telah mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka.Tembok sebelah barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai ‘Tembok Buraq’ (kerana dikatakan Rasulullah telah mengikat Buraq di tembok tersebut sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj) itu telah ditukarkan namanya kepada ‘Tembok Meratap’.

Ia telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga Yahudi untuk mereka menunaikan ibadat ‘meratap’ di atas kehilangan ‘Haykal’ yang pernah dibina oleh Nabi Sulaiman di atas tapak tersebut.Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman Zionis dari serata dunia akan menunaikan ‘haji’ mereka di sana.
Bagi tentera mereka yang akan menjawat jawatan tertinggi dalam angkatan tentera rejim juga akan menunaikan ‘angkat sumpah’ di tembok tersebut untuk mempertahankan negara Israel (Erez Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka.

Perlu diingat, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah satu tindakan yang terakhir mereka terhadap Masjid al-Aqsa, tetapi merupakan permulaan bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai The Mount Temple ataupun Haykal Sulayman.

Sebagai bukti yang kukuh, pada 21 Ogos 1969, seorang penganut fahaman Zionis beragama Kristian dari Switzerland Dennis Micheal telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid al-Aqsa.Antara yang mengalami kemusnahan daripada tindakan keganasan tersebut ialah mimbar masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi di zaman pemerintahannya.
Sehari suntuk, umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan -kesan sejarah di masjid tersebut.

Hasil daripada peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa ini, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara majoriti umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia.
Bagi penjenayah yang telah bertanggungjawab membakar Masjid al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Zionis kerana didapati ‘tidak siuman’, walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia.
Sejak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid al-Aqsa sedunia.
Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC, malah isu Masjid al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh setiap umat Islam terpinggir dari agenda OIC.

Ratusan resolusi yang telah diluluskan oleh OIC, namun di peringkat praktikalnya, tiada satu pun yang dapat dilaksanakan.Lebih malang lagi, dalam mengemukakan apa-apa penyelesaian terhadap isu Palestin, negara-negara OIC hanya menuruti sahaja apa-apa keputusan yang dibawa dari Washington dan Tel Aviv.

Sehingga detik ini, walaupun sudah hampir tiga ancaman yang diumumkan oleh golongan radikal Yahudi semenjak awal tahun 2005 untuk merempuh masuk dan menawan Masjid al-Aqsa, tiada apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh OIC dan mana-mana negara anggotanya berkaitan perkara tersebut.Sepatutnya, negara-negara OIC menjadikan tarikh 21 Ogos sebagai tarikh untuk diingati oleh semua umat Islam di serata dunia setiap tahun.

Penulis merupakan seorang pensyarah di UIA dan sedang menyambung pengajian di peringkat PhD di Durham University, United Kingdom

Wednesday, June 2, 2010

Di sebalik impian Zionis


Sumber : Utusan Malaysia 28/07/2006


STEPHEN Sizer, Elizabeth Barlow, Micheal Prior dan lain-lain pengkritik Zionis Kristian tidak silap di dalam analisis-analisis mereka. Bukan lagi sesuatu yang rahsia mengenai lobi Zionis Kristian ke atas White House dan juga pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush.

Polisi-polisi luar AS berkaitan rejim Zionis Israel sering bersikap lunak dan menyokong apa sahaja tindakan rejim tersebut. Maka tidak hairanlah lebih 90 veto telah digunakan oleh AS untuk membatalkan apa sahaja keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Zionis, termasuklah yang mutakhir ini berkaitan perang ke atas Palestin.

Siapakah Zionis Kristian ini? Bukankah Zionis itu sinonim kepada Yahudi di dalam mentaliti majoriti masyarakat dunia? Jika anda semua berpendapat sedemikian, maka kita sebenarnya masih belum lagi memahami big picture mengenai isu Palestin.

Zionis Kristian merupakan golongan yang bertanggungjawab menyebabkan kemunculan gerakan Zionis dan juga negara haram Israel. Zionis Kristian merupakan nama kepada sekumpulan Kristian Protestan yang mempunyai misi mereka yang tersendiri. Di AS, golongan Avangelist merupakan tonggak kepada golongan Zionis Kristian ini. Golongan ini mempunyai satu pegangan yang mereka berusaha sedaya upaya untuk menjayakannya.

Pegangan tersebut ialah mengenai “Kedatangan semula Jesus (Nabi Isa a.s.)” ke muka bumi ini untuk membawa The Happy Milleneum (Seribu tahun yang gembira).

Golongan Zionis Kristian percaya, kedatangan semula Jesus memerlukan beberapa syarat. Tanpa syarat-syarat tersebut, Jesus tidak mungkin muncul untuk membawa seribu tahun gembira yang dinanti-nantikan. Syarat pertama yang perlu ada ialah ‘kepulangan kaum Yahudi’ ke bumi Palestin.

Bagi golongan ini, Jesus hanya akan muncul di Palestin jika kaum Yahudi menetap di sana seperti kemunculannya buat kali pertama dahulu. Kaum Yahudi yang menetap di sana juga perlulah menyediakan suasana Palestin seperti mana sewaktu awal kemunculan Jesus dahulu. Mereka perlulah berkuasa di bumi tersebut, membina Haychal (kuil) di tapak di mana hari ini terdapat Masjid al-Aqsa. Setelah itu sesuatu peperangan besar akan berlaku di antara kaum Yahudi tersebut dengan bangsa Arab. Peperangan ini merupakan peperangan besar yang melibatkan banyak nyawa yang terkorban. Peperangan ini dinamakan sebagai peperangan “Armagedon”. Selepas peperangan yang besar ini, maka pada saat itulah Jesus akan muncul untuk membawa The Happy Milleneum.

Kekuasaan

Penghijrahan Yahudi ke bumi Palestin melalui usaha gerakan Zionis Yahudi dan juga kerajaan Great Britain di awal kurun ke-20 merupakan hasil usaha Zionis Kristian. Sir Arthur Belfour dan juga pegawai-pegawai kerajaan British pada waktu itu kebanyakannya merupakan penganut fahaman Zionis Kristian. Selepas kekuasaan dunia beralih ke AS, golongan Zionis Kristian juga telah terarah ke sana untuk menjayakan agenda mereka. Hasilnya, tertubuhnya negara haram “Israel”. Dengan tertubuhnya “Israel”, kegilaan Zionis Kristian semakin menjadi-jadi dan semakin diikuti oleh kebanyakan penganut Avangelist.

Kepercayaan mereka bahawa kedatangan Jesus semakin hampir juga turut bertambah kuat. Peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Zionis juga menjadikan sokongan dan pengaruh golongan ini semakin kuat di AS. Hasilnya, bantuan kepada projek rejim Zionis, sama ada dari segi dana, politik, media, moral dan juga kemanusiaan juga turut bertambah.

Berdasarkan latar belakang inilah kita tidak akan berasa pelik dengan polisi AS terhadap peperangan yang dilancarkan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin dan juga rakyat Lebanon. Berhujahkan alasan Israeli Right of Self Defence, mereka memberikan justifikasi kepada semua tindakan kejam dan ganas rejim Zionis ke atas rakyat Palestin dan Lebanon. Bagi mereka, kewujudan “Israel” amat penting kepada akidah golongan yang telah menaja kebanyakan anggota Kongres AS untuk berada di atas kerusi empuk mereka.

Demonstrasi 17 Julai di New York untuk menyokong tindakan ganas rejim Zionis ke atas Lebanon merupakan satu lagi manifestasi perjuangan golongan Zionis Kristian. Melalui usaha mereka dengan bantuan agensi-agensi dan juga pertubuhan-pertubuhan Yahudi pro-Zionis, mereka telah cuba mewujudkan public opinion untuk menyokong tindakan rejim Zionis.

Pada minggu lepas sahaja, United Jewish Communities telah berjaya mengutip AS$1 juta (RM3.7 juta) daripada kalangan golongan Yahudi dan juga pro-Zionis untuk diserahkan kepada rejim Zionis sebagai tanda solidariti. American Jewish Joint Distribution Committee, salah sebuah pertubuhan berpengaruh di AS juga turut menyediakan program-program untuk menyelamatkan kanak-kanak Yahudi di “Israel” untuk menghadapi situasi peperangan. Di Texas, golongan Zionis Kristian telah menganjurkan demonstrasi yang serupa untuk menunjukkan sokongan terhadap keganasan rejim Zionis.

Judeo-Christian Alliance (JCA) di Washington juga sedang merancang satu demonstrasi besar-besaran untuk menggesa Bush agar terus menyokong tindakan ganas rejim Zionis. Paderi John C Hagee, salah seorang pemimpin Zionis Kristian, ketika diwawancara oleh islamonline.net menyatakan, peperangan tersebut adalah peperangan suci dan telah dijanjikan oleh Tuhan. Sebarang sokongan terhadap keganasan Zionis menurutnya adalah akhlak yang murni dan juga “kerja kebajikan” yang dipuji oleh kitab Injil. Beliau juga turut menggesa rejim Zionis agar melancarkan peperangan ke atas Iran yang dianggap sebagai musuh mereka yang sebenar. American Israel Public Affairs Committee yang merupakan lobi terkuat Zionis di Kongres AS turut berterima kasih kepada Hagee di atas sokongan beliau.

Mereka juga telah menyokong veto AS di Majlis Keselamatan membantah usaha sesetengah pihak untuk menggesa rejim Zionis daripada mengenakan tekanan dan kekejaman ke atas rakyat Palestin baru-baru ini. Kini, mereka dalam usaha memastikan agar Bush dan juga kerajaannya akan berterusan menyokong segala tindakan ganas rejim Zionis.

Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah sikap AS. AS bukan hanya sekadar menyokong tindakan ganas rejim Zionis, malah mereka dilihat begitu bernafsu untuk melibatkan Syria dan Iran agar turut dihukum. Bukankah dengan penglibatan kedua-dua buah negara tersebut akan menyebabkan peperangan yang amat besar dan akan melibatkan banyak lagi pihak? Atau itu merupakan salah satu usaha AS untuk mengheret rantau tersebut ke dalam peperangan yang lebih besar?

Mungkin persoalan yang timbul, apakah keuntungannya? Sudah tentu jawapannya ialah Armagedon yang mereka nanti-nantikan yang akan menyaksikan kemunculan Jesus setelah peperangan tersebut selesai.

Penulis merupakan seorang pensyarah di UIA dan sedang menyambung pengajian di peringkat PhD di Durham University, United Kingdom

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya

Sumber : Mingguan Malaysia 18/1/2009

Ditulis oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ketika beliau cuti sabatikal di United Kingdom tahun 2009 yang lalu



Ketika saya menulis rencana ini (pada hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jemaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem Combat semasa zaman tersebut. Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri Combat tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika. Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak Nazinya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia. Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Kekejaman

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu? Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi. Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut. Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak.

Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi. Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam. Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung di sebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, sama ada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya. Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya. Apa pun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerena mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi saw Maka mereka pun diusir. Pada zaman Khalifah 'Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengisytiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat. Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara 'borong' dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi SAW, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama 'Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain. Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk. Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya: "Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku". Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah SAW bertanya mereka: "Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?" Jawab mereka: "Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami". Sabda Rasulullah: "Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?" Jawab mereka: "Allah lindunginya dari perkara tersebut". Sabda Rasulullah: "Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka". Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: "Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah". Lantas mereka berkata: "Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil". Kata Abdullah bin Salam: "Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta". (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas mufti Perlis dan sekarang Pensyarah Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM)

Tuesday, June 1, 2010

Cinta Rahasia Israel-Singapura

SUMBER : Sasterawan Azizi Hj Abdullah

http://aziziabdullah.wordpress.com/2007/10/12/cinta-rahasia-israel-singapura/#more-50


Singapura menjadi negeri yang seringkali memicu langkah provokasi. Pembangunan jambatan baru yang disusul bergelegarnya pesawat terbang tanpa pilot, mengingatkan sejarah hitam bagaimana negeri ini terbentuk. Apa yang hendak dibangun negara duplikat Israel tersebut?

Tahun 1960-an, tampaknya menjadi tahun-tahun yang penting di Asia Tenggara. Di Indonesia, pada tahun 1965, gejolak pemberontakan PKI terjadi. Di Malaysia sendiri, tahun 1969, terjadi kerusuhan rasial yang cukup tajam terukir dalam sejarah. Bahkan sebelumnya, pada periode tahun ini pula Singapura terpisah dari wilayah Malaysia.

Dan sebagai negara baru yang masih sangat muda, ada langkah-langkah drastis yang harus diambil oleh Perdana Menteri pertama sekaligus founding father Singapura. Dalam penuturannya,[1] Lee Kuan Yew mengatakan bahwa ada beberapa hal yang menjadi konsentrasinya pada awal-awal berdiri Singapura.

Pertama, tentu adalah berusaha mendapatkan pengakuan internasional atas lahirnya negara baru ini. Dan untuk membantunya mengatasi masalah yang satu ini ia memilih Sinnathamby Rajaratnam menjadi Menteri Luar Negeri, seorang yang disebut Lee Kuan Yew sebagai seorang yang anti penjajahan tapi bukan seorang yang radikal. Rajaratnam pula yang menyiapkan segala kebutuhan untuk hajatan bulan September 1965, di markas PBB di New York, sebuah presentasi negara baru.

Hal kedua terbesar yang menjadi perhatian Lee Kuan Yew adalah masalah keamanan dan pertahanan. Pada awalnya ia hanya memiliki dua batalion pasukan, itupun berada dalam komando seorang Brigadir Malaysia, Brigadir Syed Mohammed bin Syed Alsagoff yang menurut Lee seorang Arab Muslim berkumis yang siap setiap saat mengambil alih negara Singapura. Ia harus menyiapkan angkatan bersenjata dan sistem pertahanan dalam waktu dekat, untuk menghadapi kelompok-kelompok radikal, terutama beberapa pihak di Malaysia yang tak setuju dengan kemerdekaan Singapura.

Untuk mengatasi masalah pertahanannya, pada awalnya, Singapura meminta bantuan dan menghubungi Mesir untuk menyiapkan angkatan bersenjata. Tapi, Mesir tak segera memberikan jawaban yang pasti, padahal kebutuhan demikian mendesak untuk diselesaikan. Tapi sebenarnya, sebelum memisahkan diri dari Malaysia, Israel telah menjalin hubungan dengan benih-benih founding fathers Singapura. Mordechai Kidron, Duta Besar Israel di Bangkok sejak tahun 1962 sampai 1963 telah mencoba untuk mendekati Lee Kuan Yew dan menawarkan jasa untuk menyiapkan pasukan bersenjata. Tapi saat ini, Lee Kuan Yew menolaknya dengan beberapa alasan, salah satunya adalah pertimbangan Tunku Abdul Rahman dan masyarakat Muslim di wilayah Singapura yang kemungkinan tidak akan setuju. Dan menurut Lee, jika dilakukan hal tersebut bisa memancing kerusuhan yang tidak terkendali dan merugikan bagi rencana kemerdekaan Singapura.

Tapi akhirnya, Lee melirik tawaran ini. Tapi di saat yang sama, Lee Kuan Yew juga mengirim dan menunggu jawaban dari India dan Mesir. Ia mengirim surat ke Perdana Menteri India, Lal Bahadur Shastri dan Presiden Mesir, Gamal Abdul Nasser. Dari Mesir Lee Kuan Yew mendapat jawaban, bahwa Nasser menerima dan mengakui kemerdekaan negara Singapura, tapi tidak memberikan jawaban pasti atas permintaan bantuan militer. Dan itu memicu kekecewaan Lee Kuan Yew yang langsung memerintahkan proses proposal Israel untuk menyiapkan militer Singapura. Tokoh lain yang berpengaruh dalam hubungan Singapura-Israel adalah Goh Keng Swee. Lee Kuan Yew memerintahkan Keng Swee untuk mengubungi Mordechai Kidron, duta besar Israel yang berkedudukan di Bangkok pada tanggal 9 September 1965, hanya beberapa bulan setelah pemisahan Singapura dari Malaysia. Dan hanya dalam beberapa hari, Kidron telah terbang ke Singapura untuk menyiapkan keperluannya bersama Hezi Carmel seorang tokoh Mossad, Badan Intelijen Israel. Bertahun-tahun kemudian Hezi Carmel dalam sebuah wawancara[2] mengatakan bahwa Goh Keeng Swee berujar kepadanya hanya Israel sajalah yang bisa membantu Singapura. Israel adalah negara kecil yang dikepung oleh negara-negara Muslim di Timur Tengah, tapi memiliki kekuatan militer yang kecil tapi kuat dan dinamik. Bersama Keng Swee, Kidron dan Hezi menghadap Lee Kuan Yew.

Proposal Israel yang telah diajukan sejak tahun 1960, adalah sebuah hasil dari kajian mendalam tentang masa depan Singapura dan percaturan politik di Asia Tenggara. Bukan Singapura yang aktif untuk meminta Israel masuk, tapi Israel lah yang pertama kali menawarkan diri agar bisa terlibat secara aktif di wilayah Asia Tenggara. Tentu saja ini bukan semata-mata kebetulan, tapi berdasarkan perencanaan yang matang dari gerakan Zionisme internasional. Menempatkan diri bersama Singapura, sama artinya menjadi satelit Israel dan kekuatan Yahudi di Asia Tenggara.

November 1965, tim kecil dari Israel yang dikomandani Kolonel Jak (Yaakov) Ellazari tiba di Singapura (kelak ia dipromosikan pangkatnya menjadi Brigadir Jenderal, bahkan setelah pensiun pun ia menjadi salah satu konsultan senior untuk masalah-masalah pertahanan dan keamanan bagi Singapura). Tim susulan yang lebih besar lagi datang pada bulan Desember 1965. Mereka menggunakan kata sandi The Mexicans untuk proyek membantu Singapura ini.

Kedatangan tim The Mexicans ini seboleh mungkin dirahasiakan dari sorotan publik. Maklum, Singapura adalah negara muda yang dikeliling negara-negara Muslim seperti Indonesia, Malaysia, dan juga Thailand. Lee Kuan Yew juga tidak ingin menimbulkan perdebatan di antara penduduk Singapura yang Muslim.

Pada saat yang sama, Israel sendiri telah menyiapkan bantuan militernya langsung ke Singapura berdasarkan oder dari Kidron dan Hezi Carmel. Tokoh-tokoh penting Israel yang turun berperan mengambil keputusan pembangunan militer Singapura ini adalah Yitzhak Rabin, kepala staff pemerintahan Israel kala itu, Ezer Weizmann dan juga Mayor Jenderal Rehavam Ze’evi, yang kelak menjadi menteri perumahan Israel dan tewas karena serangan Hamas pada tahun 2001.

Ze’evi sendiri yang menjadi pimpinan proyek dan terbang ke Singapura dengan nama samaran Gandhi. Rehavam Ze’evi yang telah menggunakan nama Gandhi berjanji akan membangun kekuatan militer Israel sebagai kekuatan militer yang belum pernah ada di wilayah Asia Tenggara. Dengan dibantu oleh Ellazari dan Letnan Kolonel Yehuda Golan, Ze’evi mulai bekerja. Salah satu yang dibangun dengan serius adalah buku panduan yang diberi nama Brown Book atau Buku Cokelat. Buku panduan militer Singapura yang benar-benar blue print dari Israel.

Buku Cokelat adalah buku panduan untuk perang langsung atau combat. Setelah buku ini selesai, buku panduan lanjutan digarap pula dengan nama sandi Buku Biru atau Blue Book yang mengatur segala macam strategi pertahanan dan gerakan intelijen. Buku Cokelat diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dan segera dikirim ke Singapura dari Israel.

Tanggal 24 Desember 1965, enam orang perwira Israel tiba di Singapura. Mereka mengemban dua tugas yang berbeda. Tim perwira pertama bertugas untuk membangun dan set up kementerian pertahanan Singapura, ini dipimpin oleh Kolonel Ellazari. Dan tim kedua, yang dipimpin oleh Yehuda Golan bertugas untuk menyiapkan pasukan bersenjata. Persiapan pasukan bersenjata ini pada mulanya merekrut 40 sampai 50 orang yang telah memiliki pengalaman di bidang militer untuk ditraining lebih lanjut.

Tapi kini, kekuatan yang berasal dari 40 – 50 orang yang dibangun oleh Israel itu telah menjelma menjadi kekuatan militer terbesar di Asia Tenggara. Anggaran military budget Singapura itu 4,4 milyar dolar US. Jauh sekali dibanding dengan Indonesia dan juga Malaysia. Mereka juga punya industri militernya sendiri. Singapura sudah bisa membuat sendiri mulai dari senjata ringan, mesin hingga artileri, mereka sudah mampu membuat sendiri.

Angkatan bersenjata Singapura, keseluruhan, berjumlah 60.500 pasukan. Jauh di bawah Indonesia juga Malaysia. Jumlah itu sudah termasuk 39.800 wajib militer dengan masa dinas 24 sampai 30 bulan. Tapi mereka juga pasukan cadangan berjumlah 213.800. Jadi seluruh penduduk dan populasi Singapura. Dengan seperti itu, Singapura bisa dilihat sebagai negaa yang benar-benar telah menjalankan total defense war. Mereka punya wajib militer untuk seluruh penduduk yang setiap saat semua warga negara Singapura bisa dimobilisasi dan dipersenjatai untuk berperang.

Setiap penduduk Singapura itu sudah memiliki registrasi militer dan juga kepangkatannya. Ketika terjadi ancaman atau serangan, maka mereka per bandar atau per wilayah sudah bisa langsung melapor dan bergabung pada markas-markas yang sudah ditentukan. Orang-orang yang kita pandang sipil itu tahu pangkat mereka apa, berapa anaknya buahnya dan tugasnya apa. Bahkan senjatanya pun sudah disiapkan di masing-masing markas. Ini benar-benar seperti konsep Israel, bahwa semua penduduk dewasa adalah tentara. Sipil yang militer. Bukan militer yang membangun supremasi di atas sipil.

Angakatan Darat mereka 50.000 pasukan, tidak terlalu banyak. Angkatan Laut 4.500 dan Angakat Udara 6.000. Tapi yang menarik adalah, Singapura memiliki Forces Abroad, pasukan-pasukan yang ditempatkan di luar negeri. Bukan pasukan untuk misi internasional, tapi pasukan Singapura sendiri, kebanyakan adalah Angkatan Udara.

Singapura menempatkan pasukannya di Prancis, Australia, Brunei, Afrika Selatan, Taiwan, Thailand dan Amerika. Itu semua terdiri dari pesawat tempur, pesawat pengintai tanpa awak sampai pesawat pengisi bahan bakar di udara yang kebanyakan di parkir di Amerika. Untuk melakukan serangan pre-emptive strike, Singapura hanya perlu waktu kurang dari 30 menit saja.

Didikan Israel yang sangat disiplin memang menghasilkan kekuatan yang bukan main. Salah satu disiplin yang mereka diterapkan Israel pada para kadet Singapura adalah bangun pukul 5.30 untuk memulai aktivitasnya. Bahkan salah seorang kadet pernah membantah dan memberikan alasan kepada kolonel Golan dengan mengatakan, “Kolonel Golan, orang-orang Arab tidak ada di sini dan tidak akan menduduki kepala kita. Mengapa kita melakukan latihan segila ini?”[3]

Dan menjawab komplain para kadet itu, Goh Keng Swee memerintahkan para kadet itu untuk melakukan apa yang diperintahkan Kolonel Golan, jika tidak, mereka akan melakukannya lebih berat lagi. Hanya dalam setahun, latihan yang dibangun oleh Israel ini telah menghasilkan 200 komandan militer yang terlatih.

Selain kekuatan militer darat, Israel juga merancang strategi combating water bagi Singapura. Pada awalnya, mereka membuat sebuah sampan yang mampu mengangkut 10 sampai 15 anggota pasukan untuk patroli laut bahkan ke rawa-rawa. Kekuatan tempur laut yang dibangun oleh Israel memang disiapkan untuk menghadapi negara-negara maritim seperti Indonesia dan Malaysia.

Singapura menyimpan kejutan tersendiri tentang perkembangan militernya ini. Pada peringatan kemerdekaan, 9 Agustus 1969, dalam parade militer para undangan dikejutkan dengan pameran kekuatan Singapura. Termasuk Menteri Pertahanan Malaysia yang diundang untuk menyaksikan 30 tank buatan Israel yang berparade merayap di jalanan. “Sungguh moment yang dramatis,” ujar Lee mengenang saat itu.

Dan sejak itu pula, terbuka secara umum hubungan Israel dan Singapura. Dan setelah itu berikutnya adalah balas jasa yang harus diberikan Singapura pada Israel. Pada sidang umum PBB tahun 1967, negara-negara Arab mensponsori resolusi untuk menveto Israel. Tapi delegasi Singapura yang hadir pada waktu itu menyatakan diri abstain sebagai tanda satu barisan dengan Israel. Selanjutnya, pada tahun Oktober 1968, Lee Kuan Yew menyetujui pembukaan perwakilan dagang Israel di negara tersebut. Setahun berikutnya, secara resmi tahun Mei 1969, Lee memberikan izin pada Israel untuk membuka kedutaannya di Singapura.

Kekuatan militer Singapura ini terus meningkat dengan tajam. Pada sidang parlemen Singapura tahun 1999 terkuak sebuah informasi, bahwa negara ini menghabiskan sekitar 7,27 milyar dolar dalam setahun, atau sekitar 25% dari anggaran belanja negara untuk alokasi pertahanan. Dan pada tahun 2000, menurut laporan Asian Defense Journal, tak kurang Singapura memiliki empat F-16B, 10 F-16D fighters, 36 F-5C fighters, dan delapan F-5T fighters.

Bahkan saking unggulnya kekuatan Singapura yang dibangun oleh Israel ini, sampai-sampai Lee Kuan Yew membanggakan militernya jauh lebih efektif dari militer Amerika. Soal keamanan, menurut Lee Kuan Yew, Israel jauh lebih efektif dan hebat dibanding Amerika. Lee membandingkan kerja Israel di Singapura dan kerja Amerika di Vietnam. Pada Perang Vietnam Amerika tak kurang mengirimkan 3.000 sampai 6.000 ahli militernya ke Vietnam Selatan untuk membantu Presiden Ngo Dinh Diem yang menjadi kaki tangannya Paman Sam. Hasilnya? Amerika dan kaki tangannya tetap tak bisa menang di Vietnam. Tapi dengan Singapura, Israel hanya mengirimkan sekitar 18 perwira-perwiranya untuk membangun angkatan bersenjata negara muda ini begitu kuat.

Sejak saat itu berbagai kerjasama dalam jumlah besar tak hanya dalam bidang militer dan pertahanan, tapi juga ekonomi dan politik telah terjadi antara Israel dang Singapura. Dan tentu saja, pada tataran ekonomi dan politik, kekuatan Israel di Singapura telah pula merangsek negara-negara Muslim seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Tahun 2000 lalu, Israel, Singapura yang difasilitasi oleh Amerika Serikat meneken kontrak kerjasama dalam bidang satelit mata-mata senilai satu milyar dolar Amerika. Bisa jadi, tak sejengkal pun wilayah, khususnya area-area Muslim di Asia Tenggara lolos dari perhatian Israel.

Atas nasihat Israel pula kini Singapura punya interest yang kuat dalam perdagangan dan kerjasama yang dibentuknya untuk empat hal. Empat hal tersebut adalah di bidang Komando, Kontrol, Komunikasi dan Intelijen. Dan kini, lewat doktrin ini pula Singapura tak melepaskan kesempatan emas untuk membeli Indosat dari Indonesia dan juga perusahaan telekomunikasi Thailand.

Akankah Singapura dengan Israel di belakangnya kelak menjadi ancaman bagi negara-negara Asia Tenggara, seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina dan Thailand yang notabene bisa disebut representasi negara Muslim? Jika kelak terbukti Singapura adalah ancaman, sesungguhnya tak mengherankan, sebab kini banyak signal dan indikasi yang menyebutkan.

***

Singapura pada zaman Singasari kita sebut sebagai Tumasik. Sebuah negara nir sumber daya alam dan kekayaan bumi. Mula dirintis oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada awal abad 19, tepatnya 1819. Raffles tahu, secara geografis Tumasik menjadi perlintasan dagang internasional. Dan ia mulai menyewanya dari seorang pangeran Melayu.

Tahun berjalan, zaman berganti. Pada tahun 1942 tentang Dai Nippon mengalahkan sekutu di beberapa wilayah Asia, termasuk Indonesia, Malaysia, Kalimantan Utara (kini Brunei, red). Jepang masuk ke Singapura pada 12 April 1942 dan mengganti namanya dengan Syonan, yang artinya Cahaya dari Selatan. Penamaan ini berkaitan pula dengan posisi strategis yang dimiliki Singapura. Tapi Jepang tak lama memegang kemenangan yang telah diraihnya.

Setelah direbut kembali oleh Inggris, Singapura menjadi sebuah pulau tambang uang untuk melunasi hutang-hutang Inggris. Tak hanya Singapura tepatnya, Malaysia dan Brunei pun terkeruk juga untuk melunasi utang yang diakibatkan perjanjian Lend and Lease Act, perjanjian pembayaran sewa alat-alat perang pada Amerika. Tentang hal itu bisa dibaca di buku The Genesis of Malaysia Konfrontasi: Brunei and Indonesia 1945 – 1965 karya Greg Poulgrain.

Roda zaman terus bergulir dan Singapura pun menjadi negara mandiri setelah melepaskan diri dengan Malaysia pada tahun 1965. Negara yang hanya memiliki garis pantai 150.5 kilo meter ini pelan tapi pasti menjadi negara yang berbeda dengan negara-negara di Asia Tenggara umumnya. Baik secara demografis, maupun sejara finansial. Secara demografis, etnis Cina menjadi mayoritas di negara ini dengan jumlah kurang lebih 75 persen dari total penduduk 3 juta. Sisanya 25 persen dibagi-bagi beberapa etnis, Melayu, Tamil dan juga India.

Secara finansial, karena tidak memiliki sumber daya alam satu pun, orientasi ekonomi Singapura sejak awal mengarah pada industri jasa. Profit oriented inilah yang membuat Singapura membuka dirinya bagi siapa saja, yang ingin menanamkan modal dan bekerjasama. Termasuk Israel dan Amerika.

Singapura menjadikan Israel sebagai negara model yang akan ia tiru dalam bidang keamanan dan pertahanan. Dan Switzerland sebagai model di bidang kemajuan ekonomi. Singapura dan Israel nyaris sama dalam masalah keamanan. Israel adalah negara kecil (merebut tanah dan berusaha menjadi negara tepatnya) di tengah-tengah komunitas Arab Timur Tengah. Israel adalah masyarakat Yahudi yang dikepung orang-orang Arab. Sedangkan Singapura merasa dirinya begitu pula, negara kecil dengan mayoritas etnis Cina yang hidup di kawasan Asia Tenggara dengan etnis mayoritas Melayu Muslim pula.

Di poin terakhir inilah (tentang mayoritas Muslim Melayu), kepentingan Israel, Amerika dan Singapura bertemu, melakukan simbiosis mutualisme.

Sebetulnya tak ada yang salah jika Singapura mengeruk keuntungan dari kerjasamanya dengan Israel dan Amerika. Memang tak ada yang salah, selama proses dan pencapaian tidak mengorbankan, melindas, melibas dan melakukan intrik politik yang tidak sehat. Tapi dalam kasus ini tampaknya memang ada yang salah. Dalam masa-masa kemerdekaan Indonesia, nama Singapura bukan barang baru dalam kosakata intelijen internasional, terutama intelijen Amerika dan Inggris. Lewat Singapura beberapa rencana menghalangi Indonesia merdeka pernah dirilis oleh Kerajaan Inggris.

Dalam sebuah buku yang terbit di London, pada tahun 1961 yang berjudul Rebels in Paradise: Indonesia Civil War, James Mossman menuliskan, “Bukan rahasia lagi bahwa Inggris dan Amerika Serikat selalu berhubungan dengan kaum pemberontak. Inggris melakukan kontak lewat agennya di Singapura dan Malaysia, dan Amerika lewat Formosa dan Manila.”[4]

Dalam buku The Genesis of Malaysia Konfrontasi: Brunei and Indonesia 1945 – 1965 karya Greg Poulgrain Anda akan menemui banyak data. Inggris tak mau kemerdekaan yang diraih oleh bangsa Indonesia menginspirasi negara-negara jajahannya yang berbatasan langsung dengan Indonesia seperti Malaysia dan Brunei. Karena tak rela kehilangan tambang uang inilah Inggris melakukan beberapa provokasi langsung di Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur dan Riau. Pada tahun 1964 saja tercatat 213 provokasi yang dilancarkan pihak Inggris di beberapa wilayah tersebut di atas.

Tentang keterlibatan Singapura, Audrey R. Kahin dan George McTurnan Kahin dalam Subversion as Foreign Policy. The Secret Eisenhower and Dulles Debacle in Indonesia[5] menyebut Singapura sebagai sentral kendali di Asia Tenggara. “Singapura juga salah satu pusat pengendalian kekuasaan regional baik dengan intelijen maupun dengan pemasokan senjata dan serdadu.”

Konstalasi foreign relation yang semula Inggris, Amerika, dan Singapura kini sudah berganti. Amerika, Israel dan Singapura adalah formasi terbaru. Maka tak berlebihan jika Singapura disebut satelit, bahkan kepanjangan tangan Israel di Asia Tenggara.

Maka jika kita dapati rencana pembangunan jambatan baru yang menghubungkan Malaysia-Singapura lebih banyak menguntungkan Singapura, itu bukan lain termasuk dari strategi yang telah dirancang jauh-jauh hari. Dan lewat kisah di atas, kita semua tahu darimana Singapura mendapatkan rancangannya dalam strategi pertahanan, baik militer, politik dan juga ekonomi. Dan Malaysia, sebagai negeri Muslim yang besar, harus senantiasa waspada dengan semua rencana Singapura. Sebab, kepentingan Israel selalu berdiri di belakang negeri kecil ini. Waspadalah!

Herry NurdiIndonesian Muslim Journalist
[1] Memoirs of Lee Kuan Yew, From Third World to First. The Singapore Story: 1965-2001. Singapore Press Holdings, 2000
[2] Amnon Barzilai, A Deep, Dark, Secret Love Affair. Ha’aretz
[3] Ibid
[4] James Mossman, Rebels in Paradise: Indonesia Civil War. London, 1961
[5] Diterbitkan dalam bahasa Indonesia dengan judul: Subversi Sebagai Politik Luar Negeri. Menyingkap Keterlibatan CIA di Indonesia. Pustaka Utama Grafiti, 1997