Gambar Ihsan http://oyaonsketch.blogspot.ca/2012/06/membedakan-zionisme-dari-yahudi.html
Artikel dimuatkan kembali di sini dari laman web
Cloudfable atas persetujuan penulis dan pengendali web. Artikel asal boleh didapati di
http://cloudfable.com/2012/08/zionis-sebenar/
RAMAI dalam kalangan masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan
bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun
masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya
merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah
negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan
istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana
bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman
Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan
zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna
Land of Israel.
Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan
Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan
negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan
Zionisme mula menampakkan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama
Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, tetapi hakikatnya terdapat
beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan
kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utamanya ialah:
1.
Faktor ekonomi
Kerajaan Uthmaniyyah
menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah.
Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa
syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya
kepada pihak Eropah. Kebanyakan negara islam merupakan jajahan takluk
kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.
2.
Arab Revolt 1916
Kebangkitan semangat
nasionalis dalam kalangan masyarakat Arab telah mewujudkan satu usaha
untuk memisahkan negara Arab daripada kawalan kerajaan Islam
Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak
penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup
baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dalam kalangan
masyarakat arab. Arab Saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik
untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘
exchanged corresponde‘ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan McMahon selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.
3.
Perjanjian Sykes-Picot 1916
Perjanjian rahsia
ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei
1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang.
Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek
wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan,
Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia
menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani.
Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya
jatuh ke tangan British. Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan
British, maka bermulalah kemasukkan ‘
Jewish People‘ ke dalam
negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dalam
kalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya
akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman
terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan
bagi memberikan pihak British mandat:
“
His Majesty’s Government view with favour the establishment in
Palestine of a national home for the jewish people, and will use their
best endeavour to facilitate the achievement of this object, it being
clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the
civil and religious right of existing non-Jewish communities in
Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any
other country.”
Sejarah Awal Gerakan Zionis
Nama tokoh Yahudi selaku
Pioneers gerakan Zionis seperti
Theodore Herzl (1860-1904) pastinya dikenali ramai, namun hakikatnya ia
telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu oleh tokoh seperti Shabbetai
Zvi (1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875), dan
Leo Pinsker (1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore
Herzl pada tahun 1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di
Basle pada 27-29 Ogos 1897. Gerakan ini telah menjadi satu usaha di
peringkat global untuk mewujudkan sebuah negara Israel di Palestin dan
seterusnya mendapatkan sokongan kepada kewujudannya. Herzl mewujudkan
hubungan diplomatik yang kuat bagi mendapatkan sokongan kuasa besar
ketika itu dan memujuk British untuk terlibat sama dalam
Jewish Project.
Sebenarnya, negara Palestin merupakan bukan pilihan utama sebagai
tempat penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih sebuah negara di
Afrika iaitu Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu
Second Zionist Conference.
Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke Palestin, dia tidak merasa
berminat dengan Palestin kerana negara Palestin ketika itu kotor dan
telah berlaku pencemaran. Akhirnya, untuk mengekalkan strategi agar
terus berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan
penubuhan negara Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah
menawarkan bantuan kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan
Uthmaniyyah) sebagai pertukaran kepada kewujudan negara Israel di
Palestin, namun Sultan Abdul Hamid mengambil keputusan untuk menolak
cadangan itu. British mengambil alih
Zionist Project apabila
World Zionist Organization tajaan Herzl gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya mendapatkan negara Palestin pada september 1918.
Semasa kekuasaan British di Palestin (1918-1948), pintu negara
Palestin telah dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan
pelarian Yahudi dari seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat
secara mendadak dari 55 000 orang (1918) kepada 646 00 orang (1948).
Selepas perang Dunia ke-2 dan penubuhan negara Israel di Palestin, pihak
Zionis mengalami kesukaran untuk memujuk lebih ramai bangsa Yahudi
masuk ke dalam Palestin. Jika hal ini berterusan, negara Israel akan
mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila rakyat asal
Palestin berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa
Holocaust yang
berlaku di Eropah seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa
Yahudi di Eropah kembali memikirkan semula perpindahan mereka ke
Palestin.
Kristian Zionis
Mungkin istilah ini sesuatu yang baru dan asing, hakikatnya ia
merupakan tulang belakang yang banyak membantu penubuhan dan seterusnya
mengekalkan negara Israel di bumi Palestin. Kristian Zionism ini boleh
diertikan sebagai penganut Kristian yang menyokong kepulangan bangsa
Yahudi ke wilayah Palestin mengikut ramalan
Bible. Ia merupakan satu kepercayaan dalam kalangan sebahagian penganut agama Kristian yang mana mempercayai kedatangan
Messiah ke bumi dan pemerintahannya sebagai Raja. Kristian Zionis menafsirkan
Torah dan
New Testament sebagai ramalan masa hadapan bagaimana dunia ini berakhir dengan kedatangan
Jesus
dari syurga yang akan memerintah dunia. Kewujudan negara Israel
dianggap sebagai titik pusat terhadap visi mereka itu. Merujuk kepada
risalah yang dikeluarkan oleh
Prebyterian Church (AS), golongan Kristian Zionis ini mengaitkan tafsiran literal
Genesis 12:3 adalah merujuk kepada Israel iaitu, “
I will bless those who bless you, and the one curses you will curse.“
Sokongan golongan ini bukan baru, tetapi bermula seawal tahun 1880
apabila William Hechler membentuk satu komuniti Kristian Zionis untuk
membantu pemindahan bangsa Yahudi Rusia ke Palestin. Beberapa tahun
kemudian, dia berkawan dengan Theodor Herzl selepas membaca buku Herzl
yang bertajuk
The Jewish State dan turut membantu meningkatkan sokongan terhadap gerakan Zionism. Pada tahun 1980, Jerry Falwell iaitu pengasas
Moral Majority (gerakan pro-Zionism) berkata tentang negara Israel,
“I
firmly believe God has blessed America because America has blessed the
Jew. If this nation wants her fields to remain white with grain, her
scientific achievements to remain notable, and her freedom to remain
intact, America must continue to stand with Israel.“
Melalui kerja-kerja kebajikan, sokongan politik dan bantuan kewangan
kepada Israel, Kristian Zionis telah menunjukkan bahawa mereka adalah
seteru terbaik kepada kewujudan negara Israel. Terdapat beberapa contoh
yang membuktikan fakta ini, antaranya ialah; Pastor John Hagee telah
berjaya memungut USD 4.7 Million untuk disalurkan kepada
United Jewish Communities, Pat Robertsons daripada
Christian Broadcasting Network
telah mendermakan ratusan ribu dolar untuk membantu Yahudi diseluruh
dunia untuk berpindah ke Israel. Dalam konteks semasa, kita dapat
melihat sokongan kerajaan Amerika Syarikat dan barat secara amnya
terhadap negara Israel dengan pemberian bantuan kewangan berbillion
dollar dan sokongan ketenteraan atas alasan keselamatan.
Naturei Karta
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua Yahudi adalah Zionis
dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan kumpulan Neturei Karta (
The Guardians of The City)
telah membuktikan kebenaran fakta ini. Menurut kefahaman mereka,
gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel adalah bertujuan untuk
merosakkan agama Yahudi. Mereka juga mendakwa gerakan Zionism tidak
sesekali mewakili bangsa Yahudi secara keseluruhan dan mereka yang
berpegang kepada fahaman Zionis ini dianggap kafir oleh mereka. Gerakan
ini diasaskan di Jerusalem, Palestin pada tahun 1938 hasil dari serpihan
pecahan kumpulan Agusdas Yisroel. Agusda Yisroel pada awalnya wujud
menentang aliran Zionism, tetapi akhirnya mula melemahkan pegangnya
apabila ramai dalam kalangan pengikutnya mulai terpengaruh dengan
gerakan Zionisme. Masalah ini berlarutan apabila Rabbi Cook the Elder
mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi seluruh dunia menyokong
gerakan Zionism berdasarkan tafsiran semula Talmud. Bagi mereka yang
masih berpegang teguh pada kepercayaan asal dan meneruskan penentangan
terhadap Zionis, mereka menyisihkan diri daripada kumpulan Agusdas
Yisroel dan membentuk Neturei Karta.
Antara perbezaan yang ketara di antara Neturei Karta dengan golongan
Zionis adalah sikap mereka terhadap isu negara Israel di Palestin.
Kumpulan Neturei Karta sama sekali menentang pembinaan negara Israel
(Erez Yizrael) kerana beranggapan bahawa ini hak Tuhan mereka untuk
menentukannya, apatah lagi pembinaan negara Erez Yizrael menumpahkan
banyak darah serta mengambil hak orang lain. Mereka berpegang pada apa
yang disebut di dalam Tenach, “
not with armed force and not with power, but in My spirit says the Lord of Hosts.” Mereka sebenarnya yakin terhadap kedatangan
Messiah
yang telah dijanjikan Tuhan untuk pulang bersama ke Palestin dan hidup
aman dan harmoni dengan penduduk lain dalam keadaan beriman kepada
Tuhan. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, terdapat kisah
Messiah dalam versi agama Kristian, Yahudi dan juga Islam, namun apakah kebenaran disebalik cerita
Messiah ini dari sudut Islam?
Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kumpulan ini bukan hanya
tidak mengiktiraf gerakan Zionism, mereka banyak mengeluarkan
kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di
bawah kerajaan Islam berbanding di bawah pemerintahan Zionis. Kenyataan
ini dibuat di dalam akhbar-akhbar mereka sejak dari tahun 1944 lagi.
Mereka juga sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengutuk
kerajaan Israel dan sering kali menggantung bendera Israel separa tiang
apabila tiba hari sambutan kebangsaan penubuhan negara Israel yang
dilakukan pada setiap tahun. Kenyataan paling berani yang pernah
dikeluarkan oleh mereka adalah mengenai kesediaan mereka untuk hidup
bersama-sama kaum Muslimin di dalam sebuah negara Islam Palestin. Hal
ini telah mendatangkan tindak balas yang negatif oleh pihak Zionis
apabila penempatan mereka di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan
oleh rejim Zionis. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar
berhijrah meninggalkan wilayah Palestin.
Gerakan Neturei Karta kini telah mempunyai 60 000 keahlian di serata
dunia dan berpusat di Brooklyn, AS. Mereka juga sering berhubung dengan
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan pandangan-pandangan
mereka terhadap isu Palestin dan menggesa PBB agar tidak mengiktiraf
kewujudan negara Israel. Usaha mereka juga meliputi masyarakat
antarabangsa apabila ia menyeru masyarakat dunia agar tidak mengiktiraf
kewujudan negara Israel dan ia perlu digantikan dengan negara Palestin
yang merdeka.
Terdapat juga segelintir golongan Yahudi yang merasa tidak selesa dengan gerakan Zionis terutamanya
Christian Zionist. Mereka merasa tidak selesa disebabkan oleh beberapa isu seperti
Christian replacement theology,
evangelical proselytizing
dan hal-hal berkaitan dengan isu politik domestik. Mereka juga
merasakan bahawa Kristian Zionis adalah lebih konservatif terhadap isu
di Palestin lebih daripada orang Yahudi sendiri. Apabila kerajaan Israel
memberi sebahagian kawasan Israel kepada penduduk Palestin, berlaku
kritikan yang hebat daripada golongan Kristian Zionis. Golongan Kristian
Zionis beranggapan bahawa negara Israel adalah pemberian kepada bangsa
Yahudi oleh Tuhan. Pat Robertson menyatakan bahawa, “
It’s an absolute disaster…I don’t think the holy God is going to be happy about someone giving up his land.”
Dia juga mendakwa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon jatuh
sakit adalah sebagai balasan kerana menyerahkan sebahagian Israel kepada
rakyat Palestin.
Kesimpulan
Isu yang melibatkan negara Palestin bukan membabitkan pertempuran di
antara umat islam dengan bangsa Yahudi semata, hakikatnya jika isu ini
dinilai dari kaca mata yang lebih luas, umat Islam sebenarnya berhadapan
dengan hampir keseluruhan kuasa besar dunia yang menganuti akidah
Zionis. Usaha untuk melahirkan kembali tokoh pahlawan Islam sehebat
Sallehudin Al-Ayubi hasil usaha tajdid oleh Imam Al-Ghazali bukan mampu
untuk direalisasikan dalam masa puluhan tahun, bahkan ia mungkin
mengambil masa ratusan tahun. Kewujudan negara haram Israel moden masih
boleh dianggap terlalu baru, sejarah telah membuktikan hal ini. Usaha
menyedarkan umat islam tentang hakikat pertempuran yang sedang berlaku
di antara ideologi Zionisme (terutamanya Kristian Zionis) dengan agama
Islam perlu dicanangkan secara meluas. Suka juga untuk penulis ingatkan,
usahlah kita terlalu mendabik dada dengan sejumlah besar bantuan
kewangan yang disumbangkan saban tahun kepada rakyat Palestin, kerana
belum pasti sumbangan kita itu sampai ke kumpulan sasaran. Di sekeliling
bumi Palestin, ramainya jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis
mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi kantong poket dengan darah
saudaranya!